Cara Reset Password BKC (Jika Terlupa, Kena Tukar Kata Laluan Untuk Login)


Punyalah sudah lama tak login BPR, tiba-tiba dia minta Kata Laluan untuk login BKC di bkc.hasil.gov.my pula. Yang masih ingat dan masih lagi simpan, tentu sekali boleh Log Masuk. Bagi yang terlupa, nak tak nak menang kena reset password BKC.

Cuma masalahnya, ramai yang sudah cuba tukar kata laluan dengan klik pautan Terlupa Kata Laluan?, tapi tidak menerima email langsung. Akhirnya, terkebil-kebil sahaja, tak tahu nak buat apa. Sebenarnya, kalau ini berlaku, kena apa yang perlu dilakukan?

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara reset password BKC

Sekiranya anda tidak boleh masuk ke dalam portal BKC kerana terlupa Kata Laluan, sila ikut panduan berikut:

  1. Klik laman Log Masuk Pengguna BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Abaikan ID Pengguna dan jangan tekanย butang Semak
  3. Sebaliknya klik pautan Terlupa Kata Laluan?
  4. Anda akan berada di bahagian Terlupa Kata Laluan
  5. Di ruangan SOALAN KESELAMATAN, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad anda
  6. Sekiranya anda dalam rekod, akan terpapar soalan baru iaitu Sila masukkan emel yang telah didaftarkan
  7. Masukkan Emel anda
  8. Tekan butang seterusnya
  9. Ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai

Untuk makluman, kata laluan yang baru anda dihantar ke email yang anda daftarkan. Kata laluan ini hanyalah sementara sahaja.

Sila buat semakan pada email anda dan cuba log masuk semula portal MyBKC. Sila masukkan ID Pengguna (No MyKad) dan sahkan kata kunci keselamatan yang dipaparkan.

Masukkan kata laluan sementara yang diterima tadi dan set semula kata laluan baharu.

 

2. Kenapa tak boleh tukar kata laluan BKC?

Ada beberapa keadaan di mana anda gagal menukar kata lalaun BKC atas beberapa sebab:

  1. Jika anda golongan Miskin Tegar dan B40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda daftar BPR tempohari
    • Pastikan ingat betul-betul email anda, samada Gmail atau Yahoo!
    • Pastikan ejaan email itu betul
  2. Jika anda golongan M40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda gunakan untuk submit cukai pendapatan tahun terdahulu
    • Pastikan ingat betul-betul email anda, samada anda gunakan email syarikat, Gmail atau Yahoo!
    • Pastikan ejaan email itu betul

 

3. Masih gagal login & tak dapat tukar kata laluan BKC?

Jika anda sudah cuba cara yang kami kongsikan seperti di atas, tetapi masih lagi gagal untuk log masuk MyBKC, kami sarankan anda hubungi nombor hotline BKC seperti yang tertera di bawah:

  • 1-800-88-2747

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Kami harap anda dapat selesaikan masalah tidak boleh login bkc.hasil.gov.my dengan reset semula password BKC.

Sekiranya ada masalah untuk login email yang lama, bersabarlah. Cuba perlahan-lahan sehingga selesai kesemuanya.

 

Categories BKC

16 thoughts on “Cara Reset Password BKC (Jika Terlupa, Kena Tukar Kata Laluan Untuk Login)”

  1. Saya Masih gagal login & tak dapat tukar kata laluan, saya sudah bayak kali tapi sampai sekarang tak dapat di tukar kata laluan. Please gime me a help.

    Reply
  2. Sdh byk kali cuba msh xdpt login. Ckp email sdh dihntr utk password pon xda, ntah email dia send pegi lubang tanah mna satu. Xmungkin email sy salah, mentang2 semua urusan sy pkai email dan password yg sma. Call hotline pon xdpt. Bangang betul

    Reply
  3. Saya lupa kata laluan tapi saya masuk login saya masuk e-mel Lepas tu saya masuk kata laluan baru tapi tidak boleh login Saya nak tahu Public Bank bkc sudah masuk ke belum macam mana nak login saya nak masuk lucky place

    Reply

Leave a Comment