Cara Renew Roadtax di JPJ dan UTC


Jika cukai jalan sudah mati, hati pun tak senang untuk bawa kenderaan ke mana-mana. Bimbang kena saman. Jadi, izinkan kami kongsi cara renew roadtax di JPJ dan UTC untuk kenderaan persendirian anda, samada kereta atau motosikal.

Langkau artikel ini jika anda pilih untuk renew roadtax di Pejabat Pos berhampiran.

Siapa boleh renew roadtax?

Permohonan pembaharuan roadtax boleh dikemukakan oleh pemilik kenderaan, iaitu pemunya berdaftar atau wakil.

  • Jika yang hadir untuk memperbaharui cukai jalan ialah pemilik kenderaan berdaftar, dia perlu mengemukakan MyKad bagi tujuan bacaan dan rekod ke dalam sistem MySikap melalui alat pembaca MyKad (MyKad reader).
  • Jika yang hadir untuk memperbaharui cukai jalan tersebut hanyalah wakil, dan bukan pemilik kenderaan berdaftar, dia tidak perlu bawa MyKad pemilik kenderaan berdafter tersebut. Dia hanya perlu mengemukakan MyKad sendiri untuk tujuan bacaan dan rekod ke dalam sistem MySikap melalui alat pembaca MyKad (MyKad reader).
  • Ini kerana pihak JPJ mahu memastikan rekod pemohon yang hadir dapat disimpan dalam pengkalan data JPJ  sebagai rujukan dalam urusan pembaharuan roadtax.

Cara renew roadtax di kaunter JPJ

Sila baca syarat di bawah dahulu, sebelum baca cara renew roadtax di JPJ.

Syarat untuk renew cukai jalan

  1. Kalau mahu renew roadtax, ia boleh dilakukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, cawangan JPJ ataupun UTC.
  2. Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
  3. Kenderaan tersebut, samada motorsikal atau kereta, mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
  4. Anda hanya boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
  5. Jika pemilik kenderaan, atau pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan roadtax hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
  6. Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
  7. Bagi pemilik kenderaan yang tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, termasuk kereta dan motorsikal.
  8. Tambahan untuk pemilik motorsikal, jika tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu perlu dilakukan. Pemeriksaan ini juga untuk motorsikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ.
  9. Bagi permohonan renew roadtax yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana harga roadtax adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemilik kenderaan atau pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan roadtax dijalankan.

Dokumen yang diperlukan untuk renew cukai jalan di JPJ

  1. Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir, iaitu MyKad
  2. Pemohon mesti menyediakan laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa sekiranya kenderaan motor tidak aktif.
  3. Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motorsikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.
  4. Bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih dari lima (5) tahun, perlu membawa dokumen yang menunjukan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk pertimbangan kelulusan.
  5. Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan dimana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai)
  6. Pengisytiharan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

Cara renew roadtax di JPJ

  1. Pastikan anda memenuhi syarat untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  2. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  3. Pergi ke JPJ berdekatan
  4. Boleh pergi ke pejabat JPJ negeri, cawangan JPJ atau mana-mana kaunter UTC yang berhampiran.
  5. Senarai penuh pejabat JPJ ada di sini.
  6. Senarai penuh pejabat UTC pula ada di sini.
  7. Secara ringkasnya, dokumen yang perlu dibawa:
  • Kad pengenalan
  • Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran
  • Cover note insurans
  1. Ambil nombor terlebih dahulu
  2. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  3. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  4. Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
  5. Siap

Akhir kata

Mungkin ada yang kata, “Buat apa mahu cara renew roadtax di JPJ, kalau boleh buat secara online?”

Abaikan kata-kata sindiran begitu.

Untuk orang yang tidak begitu mahir menggunakan komputer dan Internet, tentu sekali sukar untuk selesaikan kerja pembaharuan cukai jalan.

Terpulang pada individu itu sendiri.

Terima kasih sudi membaca dan masih akur dengan undang-undang pengangkutan di Malaysia. Anda sememangnya rakyat yang prihati.

Semoga bermanfaat.

Categories JPJ

1 thought on “Cara Renew Roadtax di JPJ dan UTC”

  1. Why can’t I renew my roadtax online at home and print my roadtax disc like at the UTC kiosk for roadtax renewal disc ?

    Reply

Leave a Comment