Temujanji Imigresen Online (Permohonan Visa di sto.imi.gov.my)


Sekiranya anda perlu urusan di Jabatan Imigresen Malaysia atas urusan visa samada untuk suami, isteri atau pekerja, anda dikehendaki untuk membuat temujanji Imigresen secara online terlebih dahulu di sto.imi.gov.my. Ini adalah disebabkan pejabat-pejabat kerajaan termasuk Imigresen tidak dibuka kepada awam kerana mematuhi SOP semasa PKP.

1. Urusan apa yang perlu buat temujanji Imigresen online?

Anda perlu membuat temujanji untuk urusan-urusan berikut:

  • Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
  • Program Rekalibrasi Pulang
  • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
  • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
  • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas / SP
  • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
  • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Selain itu, antara pertanyaan yang selalu ditanya berkenaan temujanji Imigresen online adalah seperti berikut:

  • Untuk memohon pas lanjutan
  • Untuk melanjutkan pas IMM13 untuk ibu, bapa dan lain-lain
  • Permohonan sambung Visa untuk ikut suami
  • Permohonan untuk perbaharui atau sambung Visa isteri
  • Bayar kompaun rekalibrasi untuk balik ke Indonesia
  • Permohonan apply permit untuk masuk ke Malaysia
  • Permohonan spesialpas

2. Cara buat permohonan temujanji Imigresen online

Berikut pula ialah langkah-langkah untuk membuat mohon temu janji Imigresen:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang khas untuk Sistem Temujanji Online (STO) di sini: https://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php
  2. Pilih JABATAN / DEPARTMENT
  3. Pilih BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT / BRANCH
  4. Pilih URUSNIAGA / TRANSACTION iaitu:
    • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
    • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
    • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas/ SP
    • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
    • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
  5. Pilih TARIKH TEMUJANJI / DATE APPOINTMENT
  6. Untuk makluman, hanya tarikh yang ada kekosongan sahaja akan dipaparkan.
  7. Anda juga hanya boleh memilih hari yang aktif sahaja iaitu hari bekerja.
  8. Tarikh hujung minggu (Sabtu & Ahad) serta cuti umum tidak boleh dipilih
  9. Selepas pilih tarikh, tekan butang NEXT untuk mengisi profil pemohon
  10. Masukkan maklumat berikut:
    • NAMA PEMOHON
    • NO KP / IC / PASSPORT
    • ALAMAT / ADDRESS
    • BANDAR / CITY
    • POSKOD / ZIP CODE
    • NEGERI / STATE
    • NO TEELFON / TEL NO
    • EMEL / EMAIL
  11. Setelah semua maklumat diisi, tekang butang SUBMIT
  12. Akan keluar satu popup untuk pengesahan samada anda ingin menghantar permohonan ini; yang tertulis “ADAKAH ANDA PASTI UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN INI”
  13. Tekan butang OK
  14. Akan keluar satu lagi popup untuk memaklumkan bahawa permohonan sudah berjaya dihantar; yang tertulis “PERMOHONAN TEMUJANJI BERJAYA DIHANTAR, E-MEL MAKLUMAN BERJAYA DIHANTAR KEPADA PEMOHON”
  15. Tekan butang OK untuk teruskan.
  16. Slip temujanji STO akan dipaparkan
  17. Sila cetak dan bawa SLIP TEMUJANJI STO ini semasa temujanji nanti
  18. Proses permohonan temujanji imigresen secara online kini sudah selesai

3. Apa yang perlu difahami sebelum buat temu janji Imigresen online di sto.imi.gov.my ?

Sebelum anda membuat temujanji Imigresen secara online, sila fahamkan terma dan syarat seperti di bawah:

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).
  2. Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
  3. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  4. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen
  5. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji.
  6. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  7. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  8. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  9. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  10. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem.
  11. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  12. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  13. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

4. Ada masalah untuk akses sto.imi.gov.my ?

Sekiranya ada masalah untuk masuk ataupun tidak dapat slot yang dikehendaki, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my/spo

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji Imigresen online melalui sto.imi.gov.my ini akan memudahkan urusan anda.

Bagi anda warga Malaysia yang berhajat untuk ke luar negara, sila buat semakan senarai hitam imigresen. Bimbang kerana hutang PTPTN yang tidak dibayar, anda tidak boleh ke mana-mana.

Semoga bermanfaat.

Categories IMI

5 thoughts on “Temujanji Imigresen Online (Permohonan Visa di sto.imi.gov.my)”

  1. Salam Tuan saya cuba buat sto berbulan tak dapat slot tarikh long term pass saya tamat 27hari bulan october 2021 Saya memohan batuan untuk dapat janji temu di Ibu Pejabat Immigresen Johor .Salam Hormat

    Mohammed ghows bin abduk Hameed
    Ppt.No K0385766Z
    No hp 0177805344
    Email [email protected]

    Reply
  2. AssalamualaikumTuan, saya dah cuba buat sto berulang ulang tak dapat slot tarikh long term pass saya tamat 12 juli 2021 Saya memohan bantuan untuk dapat temu janji di Ibu Pejabat immegresen kuala lumpur,
    salam hormat dr kami tuan.

    NM: MUSTAFA
    P.NO: C7126507
    NO HP: 01121320231
    EMAIL: [email protected]

    Reply
  3. Dear Sir
    I have been trying to make an appointment online for residence pass renewal but I am unable to book it online. What is the next solution? Can the applicant walk in to do the said application?

    Reply

Leave a Comment