SOS Topup Tune Talk


Jika anda seorang pengguna prepaid, dan sudah tidak ada kredit langsung, jangan panik. Selain pinjam kredit dari kawan atau keluarga, anda sebenarnya boleh gunakan cara SOS topup Tune Talk.

Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

Sedikit mengenai SOS topup


SOS itu ialah satu kependekan yang merujuk kepada seseoran yang minta pertolongan. Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink. Namun, bagi kebanyakan pengguna lain seperti Celcom, Digi, Tune Talk dan U Mobile, mereka tetap memanggilnya SOS Topup.

Semua jenis top up kecemasan, mereka panggil SOS topup. Terma yang digunakan Celcom ialah Credit Advance. Lebih kurang sama dengan terma yang digunakan Digi, iaitu Talktime Advance. Dalam kes Tune Talk pula, mereka panggil Pay Later.
 

Cara SOS topup Tune Talk

Berikut ialah langkah mudah untuk pinjam kredit Tune Talk. Guna dulu, bayar kemudian.

  1. Muat turun aplikasi Tune Talk Pay Later.
  2. Jika anda menggunakan telefon Android, dapatkan di Google Play Store di sini.
  3. Jika anda menggunakan telefon iPhone, iaitu menggunakan perision iOS, dapatkan di App Store di sini.
  4. Install sehingga selesai
  5. Buka aplikasi Tune Talk Pay Later tadi
  6. Setelah buka aplikasi Tune Talk Pay Later, isi nombor telefon anda untuk log masuk.
  7. Anda akan menerima SMS daripada Tune Talk mengandungi empat digit untuk pengesahan permohonan pinjaman anda.
  8. Masukkan empat digit tersebut di ruangan yang disediakan untuk diisi.
  9. Periksa baki anda dengan dial *127#.
  10. Di bawah Request Airtime, pilih jumlah untuk pinjaman anda.
  11. Sahkan dan pinjaman anda berjaya.
  12. Proses SOS topup Tune Talk anda kini sudah selesai

Untuk makluman, apabila baki kredit anda adalah rendah, anda akan menerima SMS daripada Tune Talk yang menawarkan pinjaman kredit secara automatik.
 

Akhir kata

Ternyata, setiap syarikat ini memang menawarkan cara yang mudah untuk meminjam kredit atau gunakan SOS Top Up. Gunakanlah servis ini sebaik mungkin di saat anda betul-betul memerlukannya.

Andai sudah dapat pinjam kredit, jemput juga baca cara lajukan Internet dan buat speedtest.
Semoga bermanfaat.

Leave a Comment