Cara Topup Maxis


Kepada pengguna Maxis, pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda 6 cara topup Maxis yang mudah dan ringkas.

Memang sesuai anda jadikan panduan untuk proses topup anda yang akan datang.

Topup Maxis guna duit tunai

Terbahagi kepada dua cara iaitu:

  • Tiket Top-up – Boleh didapati di Maxis Centers, Maxis Exclusive Partners (MEPS) atau Hotlink Dealers;
  • E-vouchers Top-up – Boleh didapati di cawangan-cawangan rangkaian kedai runcit, kios stesen minyak, farmasi, Pos Malaysia, supermarket dan ejen bank berdaftar. Klik sini untuk senarai lengkap.

Apabila anda dah beli kad tambah nilai atau pin untuk tambah nilai, dial *111* dan masukkan 14 digit PINbersama dengan butang (#) dibelakang.

Topup Maxis guna Maxis Pay

Cara topup maxis yang seterusnya adalah Maxis Pay. Kaedah ini sangat sesuai bagi anda yang selalunya sibuk di luar sana, kini anda tidak perlu lagi bersusah payah, cuma dengan beberapa klik saja anda dah boleh menambah nilai kredit Hotlink anda.

Caranya mudah sahaja, klik sini untuk layari pautan Maxis Pay, klik icon Top Up Now dan anda akan ke pautan yang seterusnya. Masukkan nombor telefon anda di ruangan yang disediakan, pilih jumlah tambah nilai dan tekan butang Next untuk proses yang seterusnya. Rujuk gambar dibawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Topup Maxis melalui mobile banking

Cara topup maxis yang ketiga adalah mobile banking. Kepada penggemar cashless, ini adalah platform yang paling tepat untuk anda kerana melalui kaedah ini anda cuma perlu log-in ke dalam akaun bank anda dan ikuti langkah-langkah seperti dibawah untuk menambah nilai kredit Hotlink anda. Selain dari Maybank2u dan CIMB Clicks, anda juga boleh menyemak senarai bank-bank lain yang menawarkan servis yang sama di sini.

Cara sos top-up Maxis Hotlink juga kami ada sediakan artikel khas untuk tajuk itu.

Maybank2u

  • Log-in ke dalam akaun Maybank2u anda;
  • Pilih Pay & Transfer, kemudian tekan butang Reload di hujung kanan atas;
  • Kemudian di ruangan Reload To, pilih Mobile Prepaid dan pilih telco anda;
  • Anda dikehendaki mengisi ruangan Mobile Number, Reload Amount dan akhir sekali tekan butang Reload untuk proses tambah nilai.

CIMB Clicks

  • Sebelum log-in kedalam akaun CIMB Clicks anda, pilih pautan Top Up dalam ruangan I want to;
  • Kemudian isi ruangan To (nombor anda), From (dari akaun mana) dan Amount (jumlah tambah nilai);
  • Akhir sekali, lengkapkan proses tambah nilai anda.

Topup Maxis melalui kod mobile dan aplikasi

Cara topup maxis yang keempat adalah mobile. Terdapat pelbagai cara yang boleh diguna pakai melalui kaedah ini antaranya adalah melalui PosAid Top Up, Ask-A-Top Up, Share-A-Top Up, SOS Top Up dan Hotlink Red App. Dan kami akan kongsikan 3 cara yang paling popular dan selebihnya anda boleh semak senarai lengkap di sini.

PosAid Top Up – Meminta bantuan pengguna postpaid Maxis yang lain untuk proses tambah nilai anda melalui *100#. Cara-caranya seperti dibawah:

  1. Hubungi *100# dan pilih Top Up (nombor 4)
  2. Masukkan 10/11 nombor digit Hotlink anda and kemudian tekan Send/ Call;
  3. Masukkan jumlah yang ingin ditambah nilai dari RM 2 hingga ke RM 100 dan tekan butang Send/ Call;
  4. RM 0.50 servis caj akan dikenakan ke atas akaun anda, tekan 1 untuk teruskan
  5. Taraa, dah siap! Dan kedua-dua pengguna akan mendapat info pengesahan melalui pesanan ringkas SMS.

Ask/ Share-A-Top Up – Terdapat 3 cara iaitu:

  1. Melalui Red App yang boleh di muat turun melalui App Store atau Google Play anda dan pilih pautan Top Up untuk memasukkan kredit kemudian pilih butang Share/ Ask, tekan butang Send Todan isikan nombor penerima, pilih amount, tekan butang Send Credits, dan akhir sekali anda akan menerima pesanan ringkas SMS sebagai pengesahan;
  2. Cara berikutnya dengan mendial *100*4*3#, selepas itu, masukkan nombor si penerima, kemudian pilih jumlah yang ingin di kongsikan dan tekan 1 untuk meneruskan proses Share-A-Top Up. Anda akan mendapat pesanan ringkas SMS sebagai pengesahan transaksi;
  3. Untuk share-credit melalui SMS pula, anda perlu taip SHARE diikuti dengan nombor penerima, jumlah tambah nilai dan akhir sekali, hantarkan kepada 22121. Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.50 dan notis pengesahan transaksi yang dihantar melalui pesanan ringkas SMS.

Topup Maxis melalui terminal

Terbahagi kepada 3 kaedah iaitu Cash Deposit Machine (CDM) dan cuma available di CIMB dan Public Bank sahaja.

Manakala untuk kaedah seterusnya adalah ATM; anda bolehlah menambah nilai di mesin ATM seperti BSN, CIMB, Maybank, Public Bank, RHB dan UOB.

Dan kaedah berikutnya adalah melalui Express Payment Kiosk (EPK) yang available di cawangan Maxis Centre di seluruh negara.

Reload Maxis menggunakan perkhidmatan auto topup

Melalui servis ini anda kini boleh menguruskan proses tambah nilai anda untuk setiap bulan mengikut butiran yang telah anda tetapkan. Auto Top Up akan menambah nilai secara automatik kepada nombor Hotlinkanda seperti ketetapan yang telah ditetapkan. Akan tetapi, setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50 untuk setiap tambah nilai yang berjaya.

Akhir kata

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang mudah untuk proses tambah nilai yang telah direka khas agar ianya bersesuaian dengan kehidupan seharian kita.

Oleh itu, tagline Top Up, Anytime, Anywhere itu sangat relevan dengan keadaan kehidupan seharian yang bergerak pantas kini.

Leave a Comment