KWSP

Cara Check KWSP Guna No IC

Bagi yang tidak tahu, cara check KWSP guna no IC ini boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP atau menggunakan talian telefon sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh buat semakan nombor ahli KWSP secara online.

Sebenarnya, cara cek KWSP melalui IC ini cukup mudah.

Cara nak check KWSP guna no IC

Kalau rasa diri tak berguna kalau tak ingat no KWSP. Perkara kecil sahaja itu. Janganlah dibesar-besarkan pula.

Sebenarnya, tidak sukar untuk check nombor KWSP. Ikuti beberapa langkah yang kami senaraikan di bawah ini.

Macam mana cara check KWSP guna IC melalui panggilan telefon ke EPF CMC?

Ini adalah cara untuk semak nombor KWSP, andai anda tak ingat langsung.

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
  2. Selalunya, akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
  3. Beritahu bahawa and mahu semak nombor KWSP anda
  4. Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk verifikasi
  5. Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh
  6. Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP anda.
  7. Selesai

Untuk versi Bahasa Inggeris, boleh rujuk artikel berkenaan how to check epf number with ic online.

Cara check nombor KWSP melalui kiosk

Untuk buat semakan nombor KWSP, anda tidak perlu beratur. Boleh terus gunakan kiosk.

Jika anda sejenis orang yang malas untuk menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.

Cara cek nombor KWSP di kaunter EPF

Selain kiosk, anda juga boleh pergi ke kaunter KWSP untuk melakukan pelbagai transaksi.

Bukan sahaja boleh check nombor KWSP, anda juga boleh mendapatkan statement yang menunjukkan baki terkini.

  1. Datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat
  2. Bawa Kad Pengenalan
  3. Ambil nombor
  4. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  5. Berurusan di kaunter

Check KWSP tanpa guna no IC secara online melalui i-Akaun

Untuk makluman, anda perlu register i-Akaun KWSP terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa perkhidmatan KWSP secara online di secure.kwsp.gov.my.

Kami andaikan anda sudah mempunyai i-Akaun KWSP. Tidak perlu masuk menggunakan nombor IC. Cukup sekadar menggunakan ID PENGGUNA yang anda telah daftarkan sebelum ini. Anda tidak boleh buat semakan KWSP guna IC.

Untuk semakan KWSP menggunakan ID PENGGUNA, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  2. Pergi ke bahagian menu atas sebelah kanan
  3. Ada dua pilihan bahasa iaitu EN dan BM
  4. Pilih BM untuk Bahasa Melayu
  5. Masukkan ID PENGGUNA
  6. Tekan butang Teruskan
  7. Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia anda adalah betul
  8. Masukkan KATA LALUAN
  9. Tekan butang Log Masuk
  10. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP
  11. Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang NAMA ANDA berserta tarikh login terakhir
  12. Klik PROFIL di menu atas
  13. Lihat maklumat No. KWSP
  14. Catat dan simpan nombor KWSP anda
  15. Selesai

Macam mana nak check baki KWSP secara online melalui i-Akaun?

Kami andaikan anda masih lagi kekal login:

  1. Klik logo KWSP di bahagian atas sebelah kiri
  2. Di bawah Ringkasan Akaun, anda akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai
  3. Selesai

Boleh rujuk panduan berkenaan cara semak baki KWSP secara online yang lebih terperinci.

Ada masalah untuk log masuk i-Akaun?

Anda mungkin akan menerima ralat ini:

G0203: Akaun anda tidak lagi aktif. Sila klik pada pautan "Lupa Kata Laluan" untuk reset kata laluan.

Sekiranya ini berlaku, sila klik pautan Lupa ID Pengguna/Kata Laluan dan ikut arahan sehingga selesai.

Akhir kata

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang seperti pengeluaran wang yang dibenarkan oleh kerajaan..

Tambahan lagi, dengan i-Akaun, anda boleh download dan semak penyata KWSP untuk rujukan dan simpanan sendiri.

Untuk panduan dalam Bahasa Inggeris pula, boleh rujuk how to check KWSP number.

Semoga dipermudahkan urusan.