Sekiranya anda ingin tahu cara check baki KWSP tanpa i-Akaun untuk mengetahui berapa baki duit caruman yang tinggal, anda boleh semak penyata KWSP melalui IC. Semakan penyata KWSP ini akan menunjukkan berapa banyak duit dicarum setiap bulan oleh majikan.
Maka, sekiranya majikan tidak mencarum, anda boleh mengesan lebih awal dan laporkan kepada pihak KWSP.
Izinkan kami berkongsi.
Kandungan
Cara semak penyata KWSP melalui IC
Proses untuk check statement KWSP ini cukup ringkas. Lebih mudah jika anda bawa sekali Kad Pengenalan atau MyKad ke lokasi-lokasi yang ditetapkan. Bukan sekadar nombor IC sahaja.
1. Semak penyata KWSP melalui IC menggunakan kiosk
Sekiranya anda bukanlah jenis orang yang mahir dalam apa-apa perkhidmatan berkaitan Internet dan mahu terus semak baki dengan mencetak statement, boleh terus menggunakan kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.
Anda juga perlu tahu di manakah lokasi kiosk KWSP yang berhampiran dengan lokasi anda supaya tidak penat pusing-pusing.
Tidak kisah kalau terlupa no KWSP kerana kiosk tersebut tidak akan meminta nombor KWSP anda. Cukup sekadar bawa IC fizikal.
Berikut ialah langkah-langkah ringkas dalam menggunakan kiosk untuk menyemak penyata KWSP:
- Sentuh skrin dan pilih Bahasa Melayu
- Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
- Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
- Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mahu mencetak penyata
- Oleh kerana tujuan kita adalah untuk mencetak penyata KWSP, maka pilih untuk Cetak Penyata
- Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
- Dapatkan cetakan penyata KWSP untuk rujukan
- Anda akan dapat lihat baki bagi Akaun 1 dan Akaun 1
- Boleh rujuk kenapa KWSP ada 2 akaun bagi menjelaskan perbezaan Akaun 1 dan Akaun 2
- Selesai
Jangan lupa ambil semula IC anda. Bimbang akan diambil dan dimanipulasi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
3. Cara cek KWSP melalui IC di kaunter KWSP
Bukan semua orang pandai guna kiosk. Selalunya, orang-orang tua akan mengelak daripada menggunakan mesin kiosk KWSP.
Jangan bimbang kerana masih lagi ada cara untuk cek KWSP melalui IC di kaunter KWSP.
- Datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat
- Bawa Kad Pengenalan
- Ambil nombor
- Tunggu sehingga nombor dipanggil
- Apa nombor dipanggil, sila berurusan di kaunter
- Berikan IC kepada pegawai
- Maklumkan mahu semak penyata KWSP dan baki terkini
- Dapatkan cetakan penyata KWSP untuk rujukan
- Selesai
Sekiranya anda adalah anak-anak atau saudara-mara yang membawa orang-orang tua ke KWSP, boleh minta bantuan mana-mana pegawai supaya mempercepatkan urusan mereka.
3. Cara check baki KWSP tanpa i-Akaun melalui EPF CMC
Sekiranya anda tidak perlukan statement dan sekadar mahu tahu baki, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
- Selalunya, akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
- Beritahu bahawa and mahu semak baki akaun KWSP anda
- Nyatakan samada Akaun 1 atau Akaun 2
- Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk proses pengesahan
- Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh dan soalan-soalan lain jika perlu
- Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan baki KWSP anda
- Selesai
4. Kena guna Kad Pengenalan ke untuk semak KWSP online?
Untuk semakan secara online, anda tidak perlu menggunakan nombor IC atau MyKad.
Ini kerana sekiranya anda sudah mendaftar i-Akaun menggunakan komputer ataupun telefon bimbit sebelum ini, anda perlu buat satu ID PENGGUNA untuk login KWSP yang memerlukan verifikasi Kad Pengenalan.
Jika belum buat lagi, sila rujuk panduan berkenaan cara daftar i-Akaun KWSP online handphone ini.
Jadi, sekiranya anda sudah ada ID PENGGUNA, berikut ialah langkah-langkah untuk check statement KWSP melalui Secure KWSP:
- Layari laman web rasmi KWSP untuk ahli di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pergi ke bahagian menu atas sebelah kanan
- Ada dua pilihan bahasa iaitu EN dan BM
- Pilih BM untuk Bahasa Melayu
- Masukkan ID PENGGUNA
- Tekan butang Teruskan
- Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia anda adalah betul
- Masukkan KATA LALUAN
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP
- Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang NAMA ANDA berserta tarikh login terakhir
- Klik AKAUN PERIBADI di menu atas
- Pergi ke bahagian bawah sekali berkaitan Cetak / Muat turun Penyata Ahli
- Pilih samada Penyata Ringkasna atau Penyata Terperinci
- Tekan butang Muat Turun
- Print statement jika perlu
- Selesai
5. Ada masalah untuk buat semakan KWSP guna IC?
Sekiranya adan mempunyai apa-apa masalah semasa berada di premis KWSP, sila berhubung dengan mana-mana pegawai bertugas. Jangan bimbang, mereka ini ramah, terlatih dan sangat-sangat membantu.
Sekiranya anda mempunyai masalah semasa menggunakan perkhidmatan online KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan penyata KWSP melalui IC ini akan memudahkan urusan anda.
Nasihat kami, jika baki masih banyak, jangan keluarkan sehingga umur 55 tahun. Duit ini adalah untuk simpanan hari tua. Jika tidak ada, bimbang akan mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup apabila sudah tidak bekerja nanti.
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Macam mana
Penyata kwsp
Hai saya adly, saya ingin bertanya macam cara untuk saya dapatkan balik number Kwsp saya melalui online Dan saya mahu kemaskini number Hp lama ke baru untuk saya dapatkan TAC
kemaskini kwsp
kemaskini kwsp number fon lama ke number fon baru
Saya nak no kwsp untuk potongan kilang daiso
Nak cek kwsp
I want check kwsp
Kerja tak ada
Semak kwsp
Semak kwsp
semakkan kwsp
Semak kwsb
Nak cek kwsp
saya nak cek kwsp
Nak cik
Nak cek KWSP
Semak baki KWSP
nak cehek kwsp guna ic
cek baki kwsp
Semak baki kwsp
Sy nakSemak baki kwsp
Apa masaalh duit cukup tidak lengkap dikeluarkan,,,3000 lgi
Belum lagi cukup bila,,,,,
Nak cek baki kwsp
Keluarkan kwsp i.akaun 1
Ingin penyata kwsp
Ingin tahu no ahli kwsp
INGIN TAHU BERAPA JUMLAH DUIT DALAM AKAUN KWSP