Secure KWSP (Login i-Akaun KWSP di secure.kwsp.gov.my)


Jika anda salah seorang pencarum KWSP, anda boleh login i-Akaun untuk melakukan pelbagai transaksi seperti semak baki, cetak penyata dan lain-lain lagi melalui secure.kwsp.gov.my.

Bagi yang masih belum ada akaun lagi, boleh daftar i-Akaun melalui telefon sahaja. Walau bagaimanapun, kalau mahu lebih selesa, lebih baik daftar i AKAUN KWSP menggunakan komputer kerana skrin yang lebih besar.

Izinkan kami berkongsi berkenaan Secure KWSP yang bakal membolehkan anda login untuk melakukan transaksi KWSP.

Kenapa tak login direct di kwsp.gov.my?

Jawapan pendek, boleh.

Kami tahu, ada antara anda yang tertanya-tanya kena guna link secure.kwsp.gov.my? Boleh login di laman utama KWSP, kenapa mesti guna pautan secure.kwsp.gov.my?

Jawapannya ialah, kami ingin menjimatkan masa anda.

Kalau anda rajin dan gigih untuk taip kwsp.gov.my dahulu pun tak apa. Tak ada masalah. Selepas tiba di halaman utama kwsp.gov.my, anda perlu klik menu LOG MASUK dan pilih i-AKAUN (AHLI).

Tadaaaaa!

Akhirnya anda akan di bawa ke secure.kwsp.gov.my juga.

Bukan kami sudah kata tadi. Tujuan kami kongsikan pautan ini adalah untuk menjimatkan masa. Tak perlu buang masa klik sana klik sini.

Benda dah ada direct link, buat apa susah-susah nak klik sana klik sini?

 

Care login Secure KWSP di secure.kwsp.gov.my

Izinkan kami berkongsi cara untuk log masuk i-AKAUN dengan langkah-langkah mudah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi KWSP untuk ahli di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik menu di atas sebelah kanan untuk tukar bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu
  3. Masukkan ID PENGGUNA
    • Sila ambil maklum bahasa ID PENGGUNA bukan nombor ahli KWSP
    • Ia adalah username yang anda pilih semasa membuat akaun ini suatu masa dulu
  4. Tekan butang Teruskan
  5. Lihat Imej Keselamatan yang terpapar dan pastikan itu adalah imej yang anda pilih
  6. Lihat juga Frasa Rahsia yang terpapar dan sila pastikan itu adalah frasa yang anda pilih
  7. Masukkan KATA LALUAN
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-AKAUN
  10. Selesai

 

Cara semak status kelulusan KWSP 10k melalui Withdrawal History i-AKAUN

Sekiranya anda telah daftar KWSP online, anda boleh check status pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP seperti i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar. Tidak dilupakan, anda juga boleh semakan status bagi pengeluaran terbaru bagi tahun 2022 iaitu Pengeluaran Khas KWSP 10k melalui i-Akaun.

Melalui Withdrawal History di dalam i-AKAUN, anda boleh menyemak tarikh dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan Pengeluaran Khas KWSP 10k:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
  3. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan PASSWORD
  6. Tekan butang Login
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • PROFILE
    • NOMINATION
    • SIMPANAN SHARIAH
    • MY ACCOUNT
    • ENQUIRY
    • INVESTMENT
    • WITHDRAWAL
    • INBOX
  9. Klik WITHDRAWAL
  10. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
  12. Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
  13. Lihat tarikh bila duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank
  14. Selesai

 

Cara semak baki akaun KWSP melalui i-AKAUN

Kalau sudah berjaya login, boleh buat macam-macam transkasti. Selalunya, ramai yang mahu tahu berapa baki duit KWSP.

Jika anda salah seorang yang nak tahu balance duit EPF anda, berikut ialah cara untuk menyemak baki duit anda dalam KWSP:

  1. Pastikan anda sudah berjaya login seperti panduan di atas
  2. Selepas login, anda akan melihat paparan “Selamat Datang NAMA ANDA”
  3. Lihat Ringkasan Akaun
  4. Lihat Jumlah Simpanan
  5. Lihat pie chart yang menunjukkan baki Akaun 1 dan Akaun 2
  6. Selesai

 

Akhir kata

Walaupun duit KWSP ini adalah duit kita sendiri, setidak-tidaknya kerajaan masih lagi memberikan peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan sedikit wang melalui inisiatif i-Lestari dan i-Sinar untuk kegunaan saat pandemik COVID-19 masih menular.

Apa-apa pun, terima kasih KWSP kerana menyediakan platform secure.kwsp.gov.my. Mudah untuk ahli buat semakan baki selepas keluarkan i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan juga KWSP 10k. Lega sedikit hati bila lihat simpanan masih berbaki.

Semoga EPF terus maju dan memberikan pulangan yang baik kepada ahli-ahlinya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

15 thoughts on “Secure KWSP (Login i-Akaun KWSP di secure.kwsp.gov.my)”

Leave a Comment