KWSP 10k (Bila Tarikh Pengeluaran One-Off RM10000 Terkini?)


Sempat tak tengok Sidang Media Khas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Facebook Live mahupun YouTube tadi? Kalau sempat tengok, mesti sekarang tengah tersenyum girang sebab tak sabar nak buat login dan buat pengeluaran khas KWSP RM1000 secara one-off yang selama ini diperjuangkan oleh Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bila akan ada maklumat terkini KWSP 10k one-off ini?

Kami tahu, ramai sudah maklum bahawa pada 16 Mac 2022, pihak kerajaan telah bersetuju dalam membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 yang kini boleh dicapai melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Walau bagaimanapun, sidang media oleh Perdana Menteri tidak tidak memberikan apa-apa maklumat tambahan. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran KWSP 10k ini akan dibuat oleh pihak KWSP dan juga Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kami sarankan anda siap-siap follow Facebook rasmi KWSP dan juga laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Memetik hantaran Facebook Tengku Zafrul iaitu Menteri Kewangan Malaysia, butir-butir mengenai pengeluaran KWSP 10k akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.

 

Bila tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP 10k?

Sehari selepas pengumuman Perdana Menteri pada 16 Mac 2022, laman Facebook rasmi KWSP membuat satu posting di mana permohonan pengeluaran khas KWSP RM10000 ini akan dibuka bermula 1 -30 April 2022. Kami nasihatkan anda tidak memohon sehingga tarikh akhir yang dibenarkan iaitu 30 April 2022.

Lagi lambat mohon, lagi lambat dapat duit RM10k. Cepat-cepat dapatkan maklumat berkenaan cara mohon pengeluaran khas KWSP 2022 supaya cepat dapat duit.

 

Perlu apply online atau isi borang di cawangan KWSP?

Setakat yag kami tahu, permohonan pengeluaran hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Ini adalah berdasarkan posting KWSP di Facebook yang tidak menyatakan apa-apa borang yang boleh diambil dari cawangan KWSP berhampiran dan diisi secara manual.

 

Apa link untuk login dan apply pengeluaran khas KWSP RM1000 ini?

Buat masa ini, pihak KWSP belum mengeluarkan apa-apa maklumat berkenaan perkara ini. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa portal permohonan baru ini ialah iceria.kwsp.gov.my

Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak KWSP dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

 

Adakah pengeluaran ini ialah i-Ceria?

Nama i Ceria ini dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat. Cadangan ini adalah sebelum kelulusan yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2022.

Oleh yang demikian, masih belum ada maklumat terkini samada pihak KWSP akan menggunakan nama i-Ceria atau tidak.

 

Adakah pengeluaran ini akan dipanggil i-Bunga?

Kenapa pula i-Bunga? Pelik bukan?

Mari kami terangkan serba sedikit teori konspirasi ini. Jika sebelum ini sudah ada i-Citra dan i-Lestari, netizen meramalkan bahawa pihak KWSP akan menggunakan nama i-Bunga.

Netizen kata, alang-alang nak guna nama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, gunakanlah kesemuanya. Jangan tinggal-tinggal.

Netizen Malaysia memang terlalu banyak idea. Tak ada yang tak lawak!

 

Kalau tak terdesak, jangan keluarkan duit KWSP 10k

Dalam sidan media tadi, keputusan membenarkan permohonan pengeluaran KWSP 10k ini adalah satu keputusan yang sukar oleh pihak kerajaan. Ini adalah kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat. Pengeluaran khas KWSP 10k ini diluluskan dan dibenarkan kerana ada sesetengah rakyat yang terlalu memerlukan bantuan kewangan. Pengeluaran KWSP 10k ini hanyalah satu jalan tengah yang bakal mengimbangi keperluan mendesak rakyat dan juga simpanan masa hadapan.

Perdana Menteri menambah lagi, walaupun kerajaan telah membenarkan permohonan pengeluaran khas KWSP 10 ini, diharapkan agar rakyat tidak mengeluarkan simpanan ini, kecuali dalam keadaan yang betul-betul mendesak. Beliau juga berharap agar pencarum KWSP membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

 

Akhir kata

Bertenang, bukan anda seorang yang tertunggu-tunggu maklumat baru berkenaan duit pengeluaran khas KWSP 10k ini. Ramai lagi di luar sana yang tak sabar-sabar nak pegang dan cium duit RM10k di tangan.

“DUIT KITA WOIIIII, TAZZABARRRR NI”

Sabar. Sabar.

Sama-sama kita berdoa agar pihak KWSP dan MOF cepat-cepat keluarkan pengumuan berkenaan pengeluaran KWSP RM10000 ini. Yang penting, bagi yang belum register lagi, cepat-cepat daftar i Akaun KWSP online di secure.kwsp.gov.my untuk memudahkan lagi urusan pengeluaran nanti.

Sama-sama kita tunggu!

15 thoughts on “KWSP 10k (Bila Tarikh Pengeluaran One-Off RM10000 Terkini?)”

  1. sy berasa amat besyukur krn KWSP ini telah diluluskan oleh kerajaan kt ukt berterima kasih kpd kerajaan semua.

    Reply
  2. Sy berasa amat bersyukur kerana KWSP ini telah diluluskan oleh kerajaan kt ukt berterima kasih kod kerajaan semua..

    Reply

Leave a Comment