Pengeluaran Khas KWSP RM10000 2022 (Bila Tarikh Permohonan 10k Dibuka?)


Aku tahu, kau adalah antara individu yang tak sabar-sabar nak login dan buat pengeluaran khas KWSP RM10000 ini. Gedik bukan main. Apa tidaknya, bukan senang nak dapat sekelepuk duit 10k kan? Jarang-jarang berlaku. Aku faham.

Oleh sebab itu, dalam artikel ini, aku akan kongsikan semua perkara penting berkenaan permohonan pengeluaran khas KWSP RM10k yang kau perlu tahu.

Bila tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP 10k akan dibuka?

Mengikut laman Facebook rasmi KWSP, tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10000 ini akan dibuka bermula 1 April 2022. Tarikh akhir untuk memohon ialah pada 30 April 2022.

 

Perlu apply online atau isi borang di cawangan KWSP?

Menurut pembacaan kami, permohonan pengeluaran KWSP 2022 hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Walau bagaimanapun, kami pasti ada borang yang boleh diambil di kaunter untuk yang kurang mahir dengan komputer.

 

Apa link untuk login dan apply pengeluaran khas KWSP RM1000 ini?

Buat masa ini, pihak KWSP belum mengeluarkan apa-apa maklumat berkenaan perkara ini. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa portal permohonan baru ini ialah iceria.kwsp.gov.my

Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak KWSP dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

 

Apa kriteria, syarat dan kelayakan untuk mohon pengeluaran khas KWSP 10k ini?

Tidak banyak syarat yang dikenakan. Permohonan ini terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah.

Sekiranya kau berusia lebih 55 tahun, kau tidak layak mengeluarkan duit KWSP 10k. Ini kerana kau sebenarnya layak untuk baut pengeluaran KWSP untuk persaraan. Yang lebih menarik, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 kau akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ini bermakna tak perlu lagi buat pengeluaran Akaun 1 lagi kerana ia sudah digabungkan dengan Akaun 2 menjadi Akaun 55.

 

Berapa jumlah amaun duit KWSP yang boleh dikeluarkan?

Amaun minimum yang kau boleh keluarkan dari akaun KWSP ialah RM50. Amaun maksimum pula RM10,000.

Secara asasnya, ia bergantung kepada jumlah amaun duit caruman kau di dalam akaun KWSP. Yang paling utama, kau kena check baki akaun KWSP kau terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.

 

Duit 10k ini akan dikeluarkan dari Akaun 1 atau Akaun 2 KWSP?

Mula-mula, pihak KWSP akan ambil duit dari Akaun 2 kau. Andai kata tidak mencukupi, barulah KWSP akan tarik dari Akaun 1.

Sila ingat, amaun 10k itu ialah yang maksimum kau boleh keluarkan. Jika kau cuma ada sekitar RM6000, kau boleh keluarkan sekadar yang ada sahaja.

 

Bila duit KWSP 10k akan dimasukkan ke dalam akaun bank?

Paling awal duit KWSP RM10000 akaun dimasukkan dan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli KWSP ialah pada 20 April 2022.

Ini bermakna, kau perlu memohon pada hari pertama portal permohonan dibuka iaitu pada 1 April 2022. Janganlah terhegeh-hegeh buat permohonan pada 19 April 2022 dan berharap duit masuk pada keesokan harinya. Sila rancang betul-betul.

 

Adakah pengeluaran khas KWSP ini dipanggil i-Ceria?

Bagi yang tidak tahu, nama iCeria ini dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Cadangan nama iCeria ini adalah sebelum kelulusan yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2022. Sama-sama kita tunggu apa nama baru portal untuk pengeluaran KWSP yang baru ini.

Kau suka misteri kan?

 

Adakah pengeluaran ini akan dipanggil i-Bunga?

Kenapa pula i-Bunga? Pelik bukan?

Mari sini aku terangkan serba sedikit teori konspirasi ini. Kalau sebelum ini sudah ada i-Citra dan i-Lestari, netizen meramalkan bahawa pihak KWSP akan menggunakan nama i-Bunga.

Netizen kata, alang-alang nak guna nama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, gunakanlah kesemuanya. Jangan tinggal-tinggal.

Netizen Malaysia memang terlalu banyak idea. Tak ada yang tak lawak!

 

Patut ke keluarkan KWSP 10k dan masukkan dalam ASB?

Macam-macam versi yang kau boleh baca di Internet berkenaan perkaran ini. Ada yang kata lebih baik keluarkan 10k dan masukkan terus dalam ASB sebab mudah nak keluarkan. Kalau duduk diam-diam dalam KWSP, memang sampai kau pencen nanti baru boleh keluarkan.

Ada pula yang kata biarkan sahaja terperap dalam KWSP. Alasan dia ialah KWSP pun bukan lekeh-lekeh punya investment. Dividen yang kau boleh dapat dari KWSP juga tinggi. Tak kurang juga yang beri sentimen negatif bahawa pelaburan ASB belum tentu tinggi pulangan.

Aku pun tak ada jawapan berkenaan simpan dalam ASB atau biarkan dalam KWSP. Ada baiknya kau solat 2 rakaat dan berdoa, minta petunjuk dari Allah.

Cuma nasihat aku, jangan pula kau keluarkan duit ASB untuk berjoli. Sudah baik-baik tersimpan untuk hari tua, kau gatal-gatal nak joli katak.

 

Perdana Menteri kata, jangan keluarkan duit KWSP 10k

Dalam sidan media tadi, keputusan membenarkan permohonan pengeluaran KWSP 10k ini adalah satu keputusan yang sukar oleh pihak kerajaan. Ini adalah kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat. Pengeluaran khas KWSP 10k ini diluluskan dan dibenarkan kerana ada sesetengah rakyat yang terlalu memerlukan bantuan kewangan. Pengeluaran KWSP 10k ini hanyalah satu jalan tengah yang bakal mengimbangi keperluan mendesak rakyat dan juga simpanan masa hadapan.

Perdana Menteri menambah lagi, walaupun kerajaan telah membenarkan permohonan pengeluaran khas KWSP 10 ini, diharapkan agar rakyat tidak mengeluarkan simpanan ini, kecuali dalam keadaan yang betul-betul mendesak. Beliau juga berharap agar pencarum KWSP membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

 

KWSP minta berhati-hati, jangan kena tipu dengan scammer!

Memandangkan ramai yang mencari maklumat berkenaan pengeluaran khas KWSP RM10000 ini, pasti ada puak-puak jahat di luar sana yang cuba mengambil kesempatan.

Percayalah, KWSP tidak akan dan tidak pernah melantik pihak ketiga yang diberikan kebenaran menguruskan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran.

Pengeluaran khas KWSP RM10k

Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membantu anda, itu adalah scam.

Sekadar ingatan:

  • Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah mereka yang menawarkan bantuan
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam email
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam SMS
  • Jangan download apa-apa aplikasi pengeluaran KWSP yang meragukan
  • Sila download aplikasi i-Akaun yang rasmi daripada KWSP sahaja

Sila kemaskini no telefon KWSP anda jika ada perubahan. Proses kemaskini no telefon ini penting kerana segala urusan KWSP secara online akan menggunakan TAC yang akan diterima melalui SMS.

 

Akhir kata

Bertenang, bukan kau seorang yang tertunggu-tunggu maklumat baru berkenaan duit pengeluaran khas KWSP RM10000 ini. Ramai lagi di luar sana yang tak sabar-sabar nak pegang dan cium duit RM10k di tangan.

“GATAL TANGAN DAH NI WOOOOIIIII”

Sabar. Sabar. Bertenang. Sila tunggu tarikh duit pengeluaran khas KWSP masuk dalam akaun bank.

Sama-sama kita berdoa agar pihak KWSP dan MOF cepat-cepat keluarkan pengumuan berkenaan pengeluaran KWSP RM10000 ini. Yang penting, bagi yang belum register lagi, jika terlupa, semak nombor KWSP kau terlebih dahulu dan cepat-cepat daftar i Akaun KWSP online di secure.kwsp.gov.my.

Bukan itu sahaja, kau juga boleh register i-Akaun KWSP melalui handphone Android ataupun iPhone. Ini adalah untuk memudahkan lagi urusan pengeluaran khas ini nanti.

Sama-sama kita nantikan!

Leave a Comment