Login Pengeluaran Khas KWSP (Link Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my)


Sekiranya anda teringin keluarkan duit KWSP seperti yang dibenarkan oleh kerajaan baru-baru ini, anda dikehendaki untuk login Pengeluaran Khas KWSP 2022 terlebih dahulu. Barulah boleh memohon untuk buat Pengeluaran Khas KWSP ini dan check KWSP 10k samada lulus atau tidak.

Izinkan kami berkongsi link atau pautannya.

Cara login Pengeluaran Khas KWSP (Direct Link)

Langkah-langkah yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan i-Sinar sebelum ini. Kami menjangkakan tidak banyak perbezaan antara Pengeluaran Khas dan i-Sinar. Andai kata ada perbezaan, kami akan kemaskini.

Sila ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk log masuk portal Pengeluaran Khas KWSP seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk log masuk Pengeluaran Khas KWSP di sini: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
    • Sila pastikan di belakang URL tersebut ialah .gov.my dan bukannya .com.my
    • Untuk makluman, laman web pengeluarankhas.kwsp.com.my tidak wujud
  2. Seterusnya, anda akan dapat lihat mesej “Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.”
  3. Tekan butang MOHON SEKARANG
  4. Seterusnya, akan ada beberapa butang lain yang tertera seperti:
    • PERMOHONAN (Tarikh akhir permohonan 30 April 2022)
    • SOALAN LAZIM
    • PANDUAN PENGGUNA
    • SEMAK STATUS (belum wujud lagi)
  5. Jika anda masih belum buat permohonan KWSP 10k 2022, sila klik butang PERMOHONAN
  6. Isikan semua maklumat seperti dipinta
  7. Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
  8. Walau bagaimanapun, jika anda sudah mendaftar dan buat permohonan Pengeluaran Khas KWSP, boleh terus klik SEMAK STATUS untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
  9. Anda juga dinasihatkan untuk login portal Pengeluaran Khas KWSP ini bagi membuat semakan status kelulusan dan bayaran bermula 20 April 2022
  10. Selesai

 

Kenapa tak berjaya Log Masuk Pengeluaran Khas KWSP?

Secara ringkasnya, cara untuk log masuk portal Pengeluaran Khas ini tidak sama dengan log masuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di portal BKM Hasil.

Untuk BKM, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak untuk login bkm.hasil.gov.my. Sekiranya layak, barulah boleh terus buat permohonan BKM.

Ini sedikit berbeza dengan portal Pengeluaran Khas KWSP. Setelah anda masukkan Nombor Kad Pengenalan, anda perlu memasukkan nombor telefon bimbit dan mengesahkan nombor tersebut dengan OTP / TAC yang diterima dalam bentuk SMS. Selepas itu, barulah boleh meneruskan permohonan pengeluaran dengan memilih amaun pilihan, maklumat peribadi dan sebagainya.

Jadi, sekiranya anda gagal log masuk Pengeluaran Khas KWSP, kemungkinan besar anda mempunyai masalah dengan nombor telefon. Mungkin nombor sudah tidak aktif atau mungkin apabila anda sudah bertukar no telefon KWSP kepada yang baru, anda masih belum kemaskini nombor telefon KWSP dalam sistem i-AKAUN lagi. Sekiranya mempunyai masa, sila buat kemaskini KWSP secara online bagi memastikan profil anda adalah yang paling latest.

Sila pergi ke mana-mana kiosk KWSP yang terdekat dengan lokasi anda untuk mengemaskini nombor telefon baru anda.

 

Kenapa ada error kod ralat 201 KWSP & kod ralat 010 KWSP?

Terus terang, memang ramai yang bertanyakan masalah ini. Kami juga tidak pasti kenapa ini berlaku. Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada pihak KWSP berkenaan error berkenaa dan seterusnya mengemaskini ruangan ini untuk rujukan anda.

 

Maklumat Tambahan Pengeluaran Khas

  • Tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10000 ini akan dibuka bermula 1 April 2022. Tarikh akhir untuk memohon ialah pada 30 April 2022.
  • Permohonan ini terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah.
  • Permohonan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia, bukan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap
  • Akaun 1 KWSP anda mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM150
  • Pengeluaran ini juga adalah secara lump-sum iaitu dengan satu (1) bayaran sahaja
  • Anda tidak dibenarkan membatalkan permohonan ini

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara login Pengeluaran Khas KWSP ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran, permohonan dan withdraw EPF. Dari semasa ke semasa, sila login dan semak tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP.

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon. Simpan duit elok-elok dan jangan membazir. Kalau perlu, kurangkan perbelanjaan simpan sedikit untuk kecemasan.

Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

6 thoughts on “Login Pengeluaran Khas KWSP (Link Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my)”

  1. Sebelum in mengunakan no lama yang sudah hilang 0163114581 .mahu menukar ke no baru 01124093961..boleh tolong kemaskini?

    Reply
  2. Dulu saya daftar masuk kwsp, guna no tel yang Ni, 01137301915, tapi no tel yang ni, dah hilang kena curi, bolih ke tolong, daftar masuk kwsp no tel yang baru Ni 0109491283, ni no tel yang saya guna sekarang ni tolong daftar kan bolih,,??

    Reply

Leave a Comment