Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
1. Login BKM (Terus guna direct link)
Sila ambil maklum bahawa link ini mungkin jem sebab terlalu ramai orang masuk. Nasihat kami, sila masuk pada waktu bukan puncak (contohnya 12 malam dan ke atas) untuk mengelakkan kesesakan di bkm.hasil.gov .my Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:- Layari laman web rasmi BKM di sini: https://bkm.hasil.gov.my
- Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Keluarga Malaysia di sini: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad anda
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 900202-03-5355, masukkan 900202035355
- Tekan butang Semak
- Sila ambil perhatian. Akan ada dua situasi di sini semasa dalam proses login BKM:
- Yang pertama, jika ada belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini "ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar." Maka, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
- Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login BKM
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
2. Akaun BKM disekat?
Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, jangan menggelabah. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 10 minit. Selepas itu, cuba login sekali lagi. Namun, jika masih lagi gagal, boleh rujuk panduan berkenaan BKM akaun disekat.3. Masalah Log Masuk BKM
Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BKM:- Portal BKM jem, tak boleh masuk
- Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BKM mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
- Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BKM dalam masa yang sama.
- Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
- Keluar error "ID pengenalan belum didaftarkan"
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar apa-apa bantuan sebelum ini
- Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
- Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun BKM
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk BKM
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai