Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
1. Cara semakan BKM (Kelulusan Permohonan)
Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak status lulus atau gagal permohonan BKM:- Pergi ke portal rasmi BKM di bkm.hasil.gov.my (atau terus ke https://bkm.hasil.gov.my/)
- Tekan pada LOG MASUK BKM
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan/IC.
- Tekan SEMAK.
- Tekan YA kalau kata keselamatan betul.
- Masukkan kata laluan myBPR atau myBKM anda.
- Tekan Log Masuk.
- Kemudian Laman Utama Portal myBKM akan terpapar
- Semak status kelayakan dengan klik Semakan Status
- Di situ akan tulis sama ada Status Permohonan LULUS atau tidak.
- Tekan KEMBALI.
- Selesai.
- Log Keluar.
2. Cara semakan BKM (Pembayaran)
Berikut pula ialah langkah-langkah untuk menyemak status bayaran BKM melalui portal MyBKM:- Pergi ke portal rasmi BKM di bkm.hasil.gov.my (atau terus ke https://bkm.hasil.gov.my/)
- Tekan pada LOG MASUK BKM
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan/IC.
- Tekan SEMAK.
- Tekan YA kalau kata keselamatan betul.
- Masukkan kata laluan myBPR atau myBKM anda.
- Tekan Log Masuk.
- Kemudian Laman Utama Portal myBKM akan terpapar
- Semak status kelayakan dengan klik Semakan Status
- Di situ akan tulis sama ada Status Permohonan LULUS atau tidak.
- Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan
- Amaun Kelulusan Asas BKM
- BKM Tambahan
- Jumlah Keseluruhan BKM
- Jumlah Telah Dibayar
- Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran dan Maklumat Anak untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran
- Selesai.
- Log Keluar.
3. Bila boleh buat semakan BKM?
Untuk BKM Fasa 1, anda boleh mula buat semakan pada 28 Mac 2022.4. Bila boleh tahu permohonan BKM 2022 LULUS atau TIDAK?
Untuk BKM Fasa 1 ini, anda boleh mula buat semakan kelulusan pada 28 Mac 2022.5. Kalau belum mohon BKM macam mana?
Anda boleh layari di laman web rasmi BKM 2022 https://bkm.hasil.gov.my/. Kemudian boleh buat pendaftaran BKM dan mohon dengan mengikut panduan yang dikongsikan oleh portal rasmi BKM ini. Walau bagaimanapun, memandangkan tarikh sudahpun ditutup, anda tidak dibenarkan mendaftar BKM lagi. Anda hanya dibenarkan untuk mengemaskini BKM bagi bahagian akaun bank, status perkahwinan dan jumlah anak. Harap-harap akan ada bantuan kerajaan yang lain pada masa hadapan.6. Semakan BKM bujang macam mana?
Langkah-langkah semakan bagi pemohon BKM 2022 bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima dan ada salah isi maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan.7. Semakan warga emas bujang macam mana?
Cara semakan bagi pemohon BKM 2022 warga emas bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tetapi ada salah isi maklumat dan masalah maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan di kaunter BKM 2022.8. Semakan BKM isi rumah pula macam mana?
Semakan bagi pemohon BKM 2022 isi rumah yang tidak mempunyai anak, lebih dari 1 orang anak atau lebih dari 3 orang anak adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tapi ada masalah sistem atau isi maklumat boleh kemaskini hanya di cawangan LHDN berdekatan.9. Bila tarikh pembayaran dilakukan?
Seperti yang dimaklumkan di portal rasmi BKM pembayaran akan dilakukan secara 4 fasa. Iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember. Anda boleh juga lakukan semakan jadual pembayaran untuk lebih faham di link rasmi myBKM ini.- Untuk bayaran BKM bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
- Untuk bayaran BKM bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi