Kemaskini BKM 2022 (Update Akaun Bank, No Telefon & Status Bujang)

Sekiranya anda adalah salah seorang penerima yang layak secara automatik, anda tidak perlu daftar Bantuan Keluarga Malaysia lagi di laman web bkm.hasil.gov.my. Walau bagaimanapun, anda perlu kemaskini BKM bermula 1 Januari 2022. Sila jangan buat lambat-lambat kerana tarikh tutup untuk proses pengemaskinian ialah 31 Januari 2022.

Ingat, jika ada perubahan sahaja baru perlu kemaskini. Jika tidak ada apa-apa perubahan, biarkan sahaja.

Apa yang perlu dikemaskini dalam BKM 2022?

Secara amnya, cara kemaskini BKM ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di bkm.hasil.gov.my

Nombor akaun bank terbaru

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BKM 2022
  • Jika anda ingin tukar akaun bank baru, contohnya dari CIMB ke Maybank, sila kemaskini
  • Sila ambil maklum bahawa jika akaun bank tidak aktif, duit bantuan tidak dapat dimasukkan

 

Status perkahwinan terkini

  • Jika status terkini anda adalam sudah berkahwin, sila kemaskini BKM
  • Jika status terkini anda adalah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia
  • Bagi BKM Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
  • Kegagalan untuk kemas kini ruangan ini akan menyebabkan duit bantuan tidak masuk seperti yang sepatutnya
  • Contohnya, jika anda sudah berkahwin tetapi dalam BKM masih lagi bujang, ada kemungkinan wang yang akan diterima lebih kecil nilainya

 

Nombor telefon terbaru

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BKM
  • Jika gagal untuk kemaskini BKM dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

 

Maklumat anak terkini

  • Ini hanya untuk yang sudah berkeluarga sahaja
  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BKM juga
  • Data ini penting untuk pihak kerajaan menyalurkan duit bantuan yang sepatutnya

Selepas mengikuti panduan dan cara kemaskini zbkm ini; dan hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan BKM 2022 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

 

Kenapa perlu kemaskini BKM 2022?

Tidak ada maklumat yang kekal sepanjang zaman. Pasti ada perubahan. Jadi proses kemaskini BKM ini perlu dilakukan bagi memastikan setiap data pemohon adalah konsisten dan terkini.

Bagi pihak kerajaan, data pemohon yang terkini penting bagi merancang bantuan-bantuan pada masa akan datang.

 

Cara kemaskini BKM 2022

Jika anda boleh login BKM, ini bermakna ada boleh kemaskini BKM. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://bkm.hasil.gov.my
  2. Klik butang LOG MASUK BKM di bahagian atas skrin
  3. Untuk direct link, klik https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  4. Login dengan memasukkan No MyKad / ID Pengguna
  5. Semak maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, nombor telefon bimbit, status perkahwinan, bilangan anak dan lain-lain yang berkaitan
  6. Jika semuanya sama dan tidak ada perubahan, jangan buat apa-apa. Abaikan.
  7. Jika ada perubahan, sila edit dan buat pindaan berdasarkan maklumat terkini
  8. Tekan butang Simpan
  9. Selesai

 

Akhir kata

Semoga Bantuan Keluarga Malaysia ini dapat meringakan beban kita semua pada tahun 2022 ini. Ingat, walaupun anda sudah layak, cepat-cepat semak maklumat dan buat kemaskini BKM 2022 jika perlu. Jangan lambat-lambat, takut tak sempat.

28 thoughts on “Kemaskini BKM 2022 (Update Akaun Bank, No Telefon & Status Bujang)”

  1. Encik saya ingin mohon kepada encik tentang status permohonan Bantuan bkm saya tapi saya terlupa kata laluan boleh ke kalau saya ingin mohon kepada encik tentang status dan bantuan kerajaan 2021 dan inditi saya yang sama untuk tahun ini 2022

    Reply
  2. email dan nombor telefon saya sudah
    Tukar yang baru..Macam mana nak kemaskini
    Email dan nombor telefon ye?

    Reply
  3. Email dan no fon saya sudah tukar yang baru..Macam mana nak kemaskini email dan no fon yang baru..Sebab saya terlupa kata laluan

    Reply
    • Sy nak kemaskini bkm pakci yg menggunakan no tel sy,tetapi tak dapat semak menggunakan tel dan no sy,..MCM mn ye sy nak tolong semak status bkm beliau tu?..

      Reply
  4. Saya nak kemaskini nombor telefon dan email
    Saya dah cuba tapi tak boleh macam mane boleh tolong
    Terimah kasih

    Reply

Leave a Comment