Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Bila tarikh rayuan BKM akan dibuka?
Rayuan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022. Kalau ikut tarikh ini, hanya beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022. Jadi, bolehlah layari portal bkm.hasil.gov.my sambil makan ketupat dan rendang nanti. Mesti senang untuk login BKM nanti sebab tak ramai yang masuk. Heaven!Apa alasan TIDAK LULUS BKM 2022?
Kenapa TIDAK LULUS apabila buat semakan di portal BKM? Berikut adalah beberapa alasan kenapa anda GAGAL mendapat kelulusan permohonan BKM 2022: [su_table]| Kod | Penerangan |
| Kod 04 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon dan/atau Pasangan melebihi RM5,000 |
| Kod 06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
| Kod 08 | Hubungan Pertalian antara anak dan pemohon dan/atau pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) |
| Kod 09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500 |
| Kod 13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
| Kod 15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon dan/atau pasangan melebihi had kemampuan bagi kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah B40 |
| Kod 18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
| Kod 21 | Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain. Ini kod yang paling ditakuti oleh isteri-isteri kerana mungkin petanda suami kahwin lain. |
| Kod 32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
| Kod 33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
| Kod 39 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan |