Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
1. Check permohonan BKM diterima
Jika anda adalah salah seorang individu yang telah mohon BKM dan juga kemaskini BKM untuk update status perkahwinan dan jumlah anak yang terkini, sila pastikan bahawa permohonan dan pengemaskinian tersebut telah diterima oleh LHDN. Ikuti panduan di bawah:- Log Masuk BKM di sini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad / ID Pengguna
- Klik Semak
- Jika tiada masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
- Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BKM 2022
- Lihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.
2. Semakan status permohonan BKM (Lulus)
Hanya ada dua sahaja status permohonan BKM iaitu samada LULUS atau GAGAL. Jadi, ini bermakna walaupun permohonan BKM anda telah selamat diterima, itu bukan satu janji bahawa anda akan lulus Bantuan Keluarga Malaysia ini secara automatik. Anda masih lagi perlu buat semakan status kelulusan BKM melalui portal bkm.hasil.gov.my Ikuti panduan di bawah:- Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad / ID Pengguna
- Klik Semak
- Kalau semuanya berjalanlancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
- Tekan butang Semakan Status
- Semak samada anda berstatus LULUS atau GAGAL
3. Check status bayaran BKM (Berjaya Kredit)
Walaupun LULUS permohonan, anda perlu check status pembayaran BKM samada anda mendapat status samada Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Sila buat semakan status bayaran BKM melalui portal BKM. Ikuti panduan di bawah:- Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad / ID Pengguna
- Klik Semak
- Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
- Tekan butang Semakan Status
- Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan
- Amaun Kelulusan Asas BKM
- BKM Tambahan
- Jumlah Keseluruhan BKM
- Jumlah Telah Dibayar
- Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran dan Maklumat Anak untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran
4. Cara check bayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan
Macam mana pula nak tahu samada duit BKM masuk dalam akaun suami atau isteri? Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:- Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad / ID Pengguna
- Klik Semak
- Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
- Tekan butang Semakan Status
- Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan Amaun Kelulusan Asas BKM, BKM Tambahan, Jumlah Keseluruhan BKM dan yang terakhir Jumlah Telah Dibayar
- Tekan butang Maklumat Bayaran
- Anda akan dapat lihat paparan Maklumat Bayaran seperti berikut:
- Tarikh Kredit
- No Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
- Lihat betul-betul bahagian Nama
- Pastikan Nama enerima itu ialah nama suami atau ister
4. Link untuk Log Masuk BKM
Sila ambil maklum bahawa anda mungkin tidak dapat akses link ini kerana terlalu ramai yang cuba login. Untuk mengelakkan dari kesesakan yang disebabkan oleh jumlah pelawat yang tinggi, adan disarankan untuk Log Masuk pada waktu puncak. Contoh 2.00 atau 3.00 pagi. Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:- Layari laman web rasmi BKM di sini: https://bkm.hasil.gov.my
- Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Keluarga Malaysia di sini: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad anda
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 900202-03-5355, masukkan 900202035355
- Tekan butang Semak
- Selesai
5. Macam mana kalau belum mohon BKM?
Maaf, tempoh untuk permohonan sudah ditutup. Walau bagaimanapun, anda boleh layari di laman web rasmi BKM 2022, kemudian boleh daftar dan mohon dengan mengikut panduan yang dikongsikan oleh portal rasmi BKM.6. Macam mana nak check bayaran BKM bujang?
Langkah-langkah semakan bagi pemohon BKM bujang bagi tahun 2022 adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima dan ada salah isi maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan.7. Macam mana nak cek dan buat semakan BKM untuk warga emas?
Cara semakan bagi pemohon BKM 2022 warga emas bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tetapi ada salah isi maklumat dan masalah maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan di kaunter BKM 2022.8. Semakan BKM keluarga / isi rumah pula macam mana?
Semakan bagi pemohon BKM 2022 isi rumah yang tidak mempunyai anak, lebih dari 1 orang anak atau lebih dari 3 orang anak adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tapi ada masalah sistem atau isi maklumat boleh kemaskini hanya di cawangan LHDN berdekatan.9. Bila tarikh untuk chek pembayaran BKM 2022?
Seperti yang dimaklumkan di portal rasmi, tarikh bayaran BKM adalah pada bulan Mac, Jun, September dan Disember yang akan dilakukan secara 4 fasa.- Untuk bayaran BKM bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 - 8 April 2022
- Untuk bayaran BKM bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi