Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Kalau zaman Najib, kita ada BR1M dan BSH. Kalau zaman Muhyiddin, kita ada BPN, BPR dan BKC. Jadi, sama seperti sebelum-sebelum ini, BKM ialah kesinambungan bantuan oleh kerajaan yang begitu prihatin dengan keadaan rakyat, lebih-lebih lagi pasca pandemik COVID-19.Berapa dapat duit bantuan BKM 2022?
Sekiranya anda termasuk dalam kategori isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan, anda bakal menerima RM2,000. Sekiranya anda adalah ibu tunggal (dan juga bapa tunggal) yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000, anda bakal menerima RM500. Tidak dilupakan, untuk isi rumah warga emas bantuan tambahan adalah sebanyak RM300.Kenapa tak ada BKM bujang?
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2022 berlangsung, ramai golongan bujang yang mengadu bahawa mereka tersisih dan tidak dapat apa-apa dari kerajaan. Ramai juga yang meluahkan rasa marah dan kecewa dengan menulis komen yang bukan-bukan. Benarkah BKM bujang tidak ada? Sebenarnya, ada. Ini jawapan dari Menteri Kewangan di Facebook. Kalau tak percaya, boleh rujuk sini. Hanya perlu mendaftar BKM sahaja jika belum. Jika sudah layak, boleh terus buat proses kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia. Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang? Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat. Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul. Menteri Kewangan juga memuat naik jadual terbaru seperti di bawah:
Bila boleh daftar & mohon BKM 2022?
Masih belum ada pencerahan dan perincian berkenaan pendaftaran dan permohonan BKM. Bagi penerima sedia ada, samada perlu mohon atau tidak, sama-sama kita tunggu pengumuman dari kerajaan nanti. Bila pengumuman itu? Sabarlah. Bajet 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya. Kita bagilah peluang mereka berehat dulu. Penat pun tak hilang lagi.Betul ke link untuk BKM ialah bkm.hasil.gov.my ?
Ya, betul. Dulu hanya spekulasi, sekarang pautan yang legit ialah bkm.hasil.gov.myMacam mana nak buat semakan BKM?
Anda boleh semak status kelayakan, permohonan, rayuan, check status pembayaran BKM dan lain-lain lagi melalui portal myBKM.- Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad / ID Pengguna
- Klik Semak
- Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
- Tekan butang Semakan Status
- Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan
- Amaun Kelulusan Asas BKM
- BKM Tambahan
- Jumlah Keseluruhan BKM
- Jumlah Telah Dibayar
- Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran dan Maklumat Anak untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran
Bila tarikh bayaran BKM 2022?
Pembayaran BKM akan dilakukan secara 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.- Untuk bayaran BKM bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 - 8 April 2022
- Untuk bayaran BKM bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi