Maklumat penting: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan sekali sahaja di bawah pakej PEMULIH/PERMAI 2021. Program ini telah tamat dan tidak dilanjutkan. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKC. Untuk bantuan tunai semasa, lihat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menggantikan keseluruhan rangkaian BR1M → BSH → BPR → BKM.
1. Login BKC guna pautan bkc.hasil.gov.my
Terima kasih kerajaan kerana merealisasikan portal BKC yang akan memudahkan kami buat semakan BKC. Lebih kurang sama sahaja dengan BPR yang boleh diakses melalui portal MyBPR di bpr.hasil.gov.my Berikut ialah cara-cara untuk login BKC melalui MyBKC:- Layari laman web rasmi BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my
- Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
- Untuk terus buat semakan, ini satu lagi direct link untuk buat semakan: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
- Masukkan No MyKad anda
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 940404-14-5355, masukkan 940404145355
- Tekan butang Semak
- Sekiranya semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, maklumat berkenaan kelulusan dan bayaran BKC akan terpapar
2. Semakan status BKC melalui bkc.hasil.gov.my
Selepas berjaya log masuk, sila lihat status seperti berikut:- Status
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Bayaran
Contoh screenshot bagi yang terima duit melalui Maybank adalah seperti di bawah:
3. Kenapa tiada dalam senarai Penerima BKC?
Pasti ada yang mempunyai masalah tiada rekod iaitu status BKC tiada dalam senarai penerima seperti di bawah:
Apa perlu buat?
- Sila pastikan bahawa anda memang layak untuk menerima BKC
- Sila rujuk apakah antara alasan tidak lulus sebagai Penerima BKC
- Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk FAQ BKC yang terbaru pada 6 September 2021
4. Alasan tidak tersenarai Penerima BKC
Seperti yang dimaklumkan kerajaan, tiada permohonan diperlukan bagi menerima bantuan BKC. Ini kerana kelayakan akan dibuat berdasarkan data permohonan yang dibuat semasa permohonan BPR 2021, khusus bagi golongan dalam kategori Miskin Tegar dan B40. Kelayakan juga dibuat daripada data percukaian LHDN bagi penerima M40. Jadi, sekiranya anda gagal BKC, ini adalah antara alasan:Alasan tidak lulus BKC bagi Miskin Tegar dan B40
Kriteria kelulusan diambil dari data BPR 2021- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
- Bekerja / menetap di luar negara
Alasan gagal BKC bagi M40
Kriteria kelulusan diambil dari data bayaran cukai kepada LHDN:- Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
- Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
- Pembayar cukai meninggal dunia
- Bekerja / menetap di luar negara
5. Terlupa Kata Laluan BKC
Sekiranya anda tidak boleh masuk ke dalam portal MyBKC kerana terlupa Kata Laluan, sila ikut panduan berikut untuk reset password BKC:- Klik laman Log Masuk Pengguna BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
- Abaikan ID Pengguna dan jangan tekan butang Semak
- Sebaliknya klik pautan Terlupa Kata Laluan?
- Anda akan berada di bahagian Terlupa Kata Laluan
- Di ruangan SOALAN KESELAMATAN, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad anda
- Sekiranya anda dalam rekod, akan terpapar soalan baru iaitu Sila masukkan emel yang telah didaftarkan
- Masukkan Emel anda
- Tekan butang seterusnya
- Ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai
6. Akaun BKC disekat LHDN?
Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, janganlah panik. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 15 minit. Selepas itu, cuba log masuk sekali lagi.7. Masalah login di bkc.hasil.gov.my
Soalan "Kenapa BKC tak boleh login" sangat-sangat popular. Kami juga penat mahu menjawab. Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BKC:- Portal BKC jem, tak boleh masuk
- Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BKC mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
- Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BKC dalam masa yang sama.
- Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 1 pagi dan ke atas.
- Keluar error "ID pengenalan belum didaftarkan"
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar BPR
- Untuk makluman, jika tidak pernah daftar BPR, anda tidak akan dapat bantuan BKC
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini.
- Jadi, anda perlu reset password BKC
- Jangan menggelabah. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk BKC
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda pilih semasa buat pendaftaran BPR sebelum ini
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang selanjutnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
8. Kenapa BKC tak masuk lagi?
Ini satu lagi soalan yang kerap ditanya. Ramai yang mahu tahu kenapa duit BKC belum masuk. Kenapa lambat sangat? Untuk makluman, segala urusan pengkreditan adalah terletak pada pengurusan pihak bank. Pihak LHDN sudah memasukkan duit ke dalam bank-bank terpilih. Sekarang, bank akan memproses satu persatu bagi pihak penerima. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang sudah masuk pada 6 September 2021 dan ada juga yang masih lagi belum dapat sehingga ke hari ini. Perlukah saya risau? Tak perlu. Jika status dalam MyBKC sudah lulus dan memang ada maklumat bayaran, tunggu sahaja. Pasti akan masuk ke dalam akaun bank anda. Banyakkan bersabar.9. Semakan bayaran BKC dalam akaun bank
Untuk memudahkan anda membuat semakan pembayaran, boleh klik pautan untuk setiap bank seperti yang disediakan di bawah. Pastikan amaun yang masuk adalah sama dengan jumlah yang tertera di bahagian Maklumat Bayaran dalam MyBKC.| Nama Bank | Pautan |
| Maybank / Maybank Islamic | https://maybank2u.com.my |
| BSN | https://www.mybsn.com.my |
| Bank Islam | https://www.bankislam.biz |
| RHB / RHB Islamic Bank | https://logon.rhb.com.my |
| Ambank / AmIslamic Bank | https://ambank.amonline.com.my |
| Agrobank | https://www.agronet.com.my |
| Hong Leong Bank | https://s.hongleongconnect.my |
| Affin Bank / Affin Islamic Bank | https://rib.affinonline.com |
| Bank Rakyat | https://www2.irakyat.com.my |
| CIMB Bank / CIMB Islamic Bank | https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/ |
| Bank Muamalat | https://www.i-muamalat.com.my |
| Public Bank /Public Islamic Bank | https://www.pbebank.com |
- 1-800-88-2747
- 03- 89111000