Maklumat penting: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan sekali sahaja di bawah pakej PEMULIH/PERMAI 2021. Program ini telah tamat dan tidak dilanjutkan. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKC. Untuk bantuan tunai semasa, lihat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menggantikan keseluruhan rangkaian BR1M → BSH → BPR → BKM.
1. Cara reset password BKC
Sekiranya anda tidak boleh masuk ke dalam portal BKC kerana terlupa Kata Laluan, sila ikut panduan berikut:- Klik laman Log Masuk Pengguna BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
- Abaikan ID Pengguna dan jangan tekan butang Semak
- Sebaliknya klik pautan Terlupa Kata Laluan?
- Anda akan berada di bahagian Terlupa Kata Laluan
- Di ruangan SOALAN KESELAMATAN, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad anda
- Sekiranya anda dalam rekod, akan terpapar soalan baru iaitu Sila masukkan emel yang telah didaftarkan
- Masukkan Emel anda
- Tekan butang seterusnya
- Ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai
2. Kenapa tak boleh tukar kata laluan BKC?
Ada beberapa keadaan di mana anda gagal menukar kata lalaun BKC atas beberapa sebab:- Jika anda golongan Miskin Tegar dan B40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda daftar BPR tempohari
- Pastikan ingat betul-betul email anda, samada Gmail atau Yahoo!
- Pastikan ejaan email itu betul
- Jika anda golongan M40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda gunakan untuk submit cukai pendapatan tahun terdahulu
- Pastikan ingat betul-betul email anda, samada anda gunakan email syarikat, Gmail atau Yahoo!
- Pastikan ejaan email itu betul
3. Masih gagal login & tak dapat tukar kata laluan BKC?
Jika anda sudah cuba cara yang kami kongsikan seperti di atas, tetapi masih lagi gagal untuk log masuk MyBKC, kami sarankan anda hubungi nombor hotline BKC seperti yang tertera di bawah:- 1-800-88-2747
- 03- 89111000