BKC

Semakan BKC 2021 (Check Kelulusan & Bayaran BKC Fasa 2)

Maklumat penting: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan sekali sahaja di bawah pakej PEMULIH/PERMAI 2021. Program ini telah tamat dan tidak dilanjutkan. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKC. Untuk bantuan tunai semasa, lihat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menggantikan keseluruhan rangkaian BR1M → BSH → BPR → BKM.

Sama seperti BPR, bila sebut tentang semakan BKC, ramai yang blur. Ramai yang keliru dan kurang faham. Untuk makluman semua, semakan Bantuan Khas Covid  ini boleh terbahagi  kepada beberapa bahagian iaitu:
  • Semakan kelayakan
  • Semakan status kelulusan
  • Semakan bayaran
Izinkan kami berkongsi dan rungkaikan satu persatu.

1. Semakan kelayakan BKC Fasa 2 ikut kategori

Ramai mengeluh dan terkejut kerana tidak layak menerima bantuan. Asalnya, kerajaan telah mentapkan, jika anda layak menerima bantuan BPR sebelum ini, maka anda juga layak menerima bantuan BKC secara automatik. Apa-apa pun, jadual di bawah menunjukkan golongan yang layak menerima bantuan: [su_table]
Kategori Miskin Tegar
  • Kriteria kelayakan adalah berdasarkan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan seperti berikut:
    •  Bujang
      • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Isi rumah (sudah berkahwin)
      • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    • Warga emas sebatang kara
      • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Kategori B40
  • Kriteria kelayakan adalah berdasarkan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan seperti berikut:
    •  Bujang
      • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Isi rumah (sudah berkahwin)
      • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    • Warga emas sebatang kara
      • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Kategori M40
  • Kriteria kelayakan adalah berdasarkan pelaporan cukai pendapatan yang difailkan dengan LHDN.
    •  Bujang
      • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000
    • Isi rumah (sudah berkahwin)
      • Pendapatan RM5,001 hingga RM9,000
    • Warga emas sebatang kara
      • Tiada
[/su_table]  

2. Semakan status kelulusan BKC

  1. Klik laman semakan status BKC: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
  2. Masukkan No MyKad anda
    • Sila pastikan No MyKad yang diisi adalah dalam 12 digit tanpa tanda sempang (-) atau dash
    • Contohnya, kalau Nombor MyKad ialah 870404-14-5355, masukkan 870404145355
  3. Seterusnya, klik icon Cari
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
    • Jika tak jelas, mohon kod baru
    • Tekan butang yang nampak anak panah ke atas dan ke bawah
    • Jika salah, akan keluar Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.
    • Masukkan sehingga betul semuanya
  5. Akan keluar paparan Adakah ini kata kunci keselamatan anda?
  6. Jika betul, klik butang Ya
  7. Akan keluar ruangan Kata Laluan
  8. Masukkan Kata Laluan yang sama seperti password BPR sebelum ini
  9. Tekan butang Log Masuk
  10. Jika semuanya berjalan lancar, barulah anda tahu samada anda penerima BKC atau tidak
  11. Akan keluar maklumat berikut:
    1. Amaun Keseluruhan Diterima
    2. Maklumat Bayaran
  12. Selesai
Berikut ialah contoh screenshot untuk Maklumat Bayaran:   BKC Dalam Proses Pengkreditan   Maklumat Bayaran BKC  

3. Semakan bayaran & pengkreditan BKC ke akaun bank

Maklumat Bayaran yang dipaparkan dalam sistem bukan bermakna duit sudah masuk dalam akaun. Anda perlu semak baki akaun anda untuk memastikan duit BKC benar-benar masuk. Untuk memudahkan anda membuat semakan status pengkreditan, boleh klik pautan untuk setiap bank seperti yang disediakan di bawah. [su_table]
Nama Bank Pautan
Maybank / Maybank Islamic https://maybank2u.com.my
BSN https://www.mybsn.com.my
Bank Islam https://www.bankislam.biz
RHB / RHB Islamic Bank https://logon.rhb.com.my
Ambank / AmIslamic Bank https://ambank.amonline.com.my
Agrobank https://www.agronet.com.my
Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
Affin Bank / Affin Islamic Bank https://rib.affinonline.com
Bank Rakyat https://www2.irakyat.com.my
CIMB Bank / CIMB Islamic Bank https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
Public Bank /Public Islamic Bank https://www.pbebank.com
[/su_table] Berikut ialah contoh screenshot duit yang selamat dikreditkan ke dalam akaun Maybank: BKC Maybank duit masuk akaun Jika masih belum dapat duit dalam akaun, boleh rujuk beberapa sebab kenapa BKC tak masuk lagi. Bertenang. Jangan marah-marah.  

4. Jumlah bantuan BKC mengikut Fasa 1 dan Fasa 2

Amaun bantuan BKC Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas (mengikut kategori Miskin Tegar, B40 dan M40) adalah seperti di bawah: [su_table]
Kategori Miskin Tegar
  • Bujang: RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
  • Isi Rumah: RM1,300
    • Fasa 1: RM500 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM500 pada November 2021
    • Fasa 3: RM300 pada Disember 2021
  • Warga emas: RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
Kategori B40
  • Bujang: RM200
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
  • Isi Rumah: RM800
    • Fasa 1: RM500 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
  • Warga emas: RM200
    • Fasa 1: RM200 pada Ogos 2021
Kategori M40
  • Bujang: RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021
  • Isi Rumah: RM250
    • Fasa 1: RM250 bermula 6 September 2021
  • Warga emas: RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021
[/su_table]  

5. Ada pertanyaan tentang BKC?

Dek kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:
  • 1800 88 2747
 

Akhir kata

Kami sarankan agar membuat semakan pembayaran BKC secara online terlebih dahulu sebelum pergi keluarkan duit di ATM. Pastikan betul-betul duit sudah masuk ke dalam akaun bank untuk mengelakkan kekecewaan. Penat beratur nanti. Hati juga jadi panas. Jika gagal BKC, pastikan baca alasan tidak lulus BKC. Lebih baik fahamkan kenapa anda tidak berada dalam senarai penerima dan jangan marah-marah. Banyakkan bersabar. Kalau ada rezeki, tak ke mana. Rezeki tak pernah salah alamat. Semoga bermanfaat.