BKC

BKC Tiada Dalam Senarai Penerima? (Ini 9 Alasan Kenapa Tak Lulus)

Maklumat penting: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan sekali sahaja di bawah pakej PEMULIH/PERMAI 2021. Program ini telah tamat dan tidak dilanjutkan. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKC. Untuk bantuan tunai semasa, lihat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menggantikan keseluruhan rangkaian BR1M → BSH → BPR → BKM.

Kecewa sebab tak lulus Bantuan Khas Covid? Ya, kami faham perasaan anda selepas buat semakan BKC di bkc.hasil.gov.my, tiba-tiba dapat status "Semakan mendapati No. MyKad yang dimasukkan tiada dalam senarai Penerima BKC. Sila semak semula no. MyKad atau klik i untuk paparan alasan bukan Penerima BKC. Mohon rujuk FAQ BKC bagi maklumat lanjut." Apa pun tak boleh buat bukan? Hanya boleh klik butang Kembali. Sabar. Tarik nafas panjang-panjang. Untuk menenangkan hati anda kenapa dunia ini tidak adil, atau sebelum anda menghamburkan kata-kata nista kenapa kerajaan ini zalim, izinkan kami berkongsi apakah antara alasan-alasan yang menyebabkan anda gagal menerima bantuan BKC ini. Izinkan kami berkongsi. [su_note] Makluman:
  • Alasan tidak lulus adalah rasmi dari pihak LHDN
  • Kami tidak mengada-adakan alasan ini
  • Jika tidak puas hati, hubung pihak BKC di talian 1-800-88-2747
[/su_note]

1. Screenshot tak lulus, tiada dalam senarai Penerima BKC

Pertama sekali, pastikan anda menerima status seperti di bawah selepas login dan buat semakan BKC di bkc.hasil.gov.my: Semakan status BKC tiada rekod Ya, memang rasa macam nak pengsan bila menerima status BKC ini. Rasa dunia itu gelap. Kami pasti, ramai yang rasa tak keruan kerana tidak tersenarai sebagai orang yang layak menerima bantuan BKC. Jadi, apa yang perlu dilakukan? Teruskan membaca bahagian di bawah yang menerangkan alasan-alasan kenapa tidak layak BKC.  

2. Alasan tiada dalam senarai Penerima BKC

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan tempohari, untuk bantuan BKC, tidak perlu mohon apa-apa. Tak perlu register. Tak perlu daftar. Ini kerana kelayakan akan dibuat berdasarkan dua elemen iaitu:
  • Berdasarkan data permohonan yang dibuat semasa permohonan BPR 2021, untuk penerima Miskin Tegar dan B40
  • Berdasarkan data percukaian LHDN untuk penerima M40.
Jadi, sekiranya anda tidak lulus dan tidak layak BKC, ini adalah antara alasan yang disenaraikan dalam FAQ BKC:

Alasan tidak lulus BKC bagi Miskin Tegar dan B40

  1. Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
  2. Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
  3. Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
  4. Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
  5. Bekerja / menetap di luar negara
 

Alasan gagal BKC bagi M40

  1. Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
  2. Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
  3. Pembayar cukai meninggal dunia
  4. Bekerja / menetap di luar negara
 

3. Screenshot status lulus Penerima BKC

Sekiranya anda lulus, sepatutnya anda akan melihat paparan yang menunjukkan:
  • Status
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Bayaran
Rujuk contoh seperti di bawah: Semakan status BKC Miskin Tegar    

4. Tak puas hati tak layak & gagal bantuan BKC?

Janganlah marah kami. Kami sekadar menyampaikan apa yang kami tahu. Jika anda mahu buat rayuan atau rasa sangat tak puas hati kerana gagal dapat bantuan BKC, kami sarankan anda hubungi nombor hotline BKC di sini:
  • 1-800-88-2747
Sekiranya mahu bercakap dengan pegawai, boleh terus datang ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan. Sila patuhi SOP semasa hadir ke premis.  

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian kami mengenai alasan BKC tidak dalam senarai penerima ini berjaya membuatkan anda lebih tenang. Kami tahu anda frust, tapi apa boleh buat. Sudah itu kelayakan yang diberi. Rezeki itu milik Allah. Niatkan agar bantuan ini sampai pada orang yang sepatutnya dan membantu mereka meneruskan kehidupan. Semoga bermanfaat.