Maklumat penting: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan sekali sahaja di bawah pakej PEMULIH/PERMAI 2021. Program ini telah tamat dan tidak dilanjutkan. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKC. Untuk bantuan tunai semasa, lihat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menggantikan keseluruhan rangkaian BR1M → BSH → BPR → BKM.
- Jika anda tak boleh login MyBKC, mungkin anda silap kata laluan
- Sila tukar Kata Laluan BKC terlebih dahulu
- Hanya terpakai untuk penerima BPR sebelum ini
1. BKC tak masuk lagi sebab anda tak layak
Ya, anda memang lulus BPR sebelum ini. Tak ada masalah. Duit memang terus masuk akaun. Tapi itu BPR, bukan BKC. Jangan ingat bila dapat BPR, akan terus dapat BKC secara automatik. Kerajaan ada mekanisme mereka tersendiri untuk menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Janganlah kita mempertikaikan cara mereka membuat kerja. Ini jadual yang menunjukkan golongan yang menepati kriteria untuk menerima bantuan BKC: [su_table]| Kategori Miskin Tegar |
|
| Kategori B40 |
|
| Kategori M40 |
|
2. BKC tak masuk lagi sebab anda tak lulus
Sekali lagi kami ingatkan, layak tidak bermaksud lulus. Kemungkinan besar anda tidak termasuk dalam senarai penerima BKC yang mendapat kelulusan. Ini contoh paparan status tidak lulus BKC, hasil semakan Bantuan Khas COVID melalui bkc.hasil.gov.my:
Saya Miskin Tegar dan B40, kenapa tak lulus BKC?
Walaupun anda memang termasuk dalam kategori tersebut, seperti yang kami nyatakan tadi, kerajaan mempunyai mekanisme mereka yang tersendiri. Kerajaan boleh semak silang atau cross check dengan agensi yang lain bagi menentukan anda benar-benar layak. Jika anda tidak layak BKC, ini adalah antara alasan yang disenaraikan dalam FAQ BKC:- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
- Bekerja / menetap di luar negara
Saya M40, kenapa tak lulus BKC?
Benar, ada M40 yang tertunggu-tunggu Bantuan Khas Covid juga. Walaupun M40 ini sedikit selesa berbanding Miskin Tegar dan B40, akan ada situasi di mana mereka tidak mendapat kelulusan. Jika anda M40 yang tidak lulus BKC, ini adalah antara alasan yang disenaraikan dalam FAQ BKC:- Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
- Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
- Pembayar cukai meninggal dunia
- Bekerja / menetap di luar negara
3. BKC belum masuk lagi sebab bank tengah proses
Sila fahamkan, bayaran BKC akan dibuat secara berperingkat. Kalau yang dapat duit BKC Fasa 1 pada 6 September 2021, untunglah. Yang masih belum dapat lagi, tunggulah. Sekiranya anda mendapat kelulusan BKC, sudah pasti duit itu akan ada dalam genggaman. Tidak ada beza pengkreditan akaun Bantuan Khas COVID-19 Bujang, Isi Rumah mahupun Warga Emas. Sekiranya lulus, anda akan melihat paparan yang menunjukkan:- Status
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Bayaran
Secara asasnya ia akan melalui proses ini:
- Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank, Bank Rakyat dan lain-lain lagi
- Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
- Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari
- Katakan penerima adalah Mustafa
- Salleh guna akaun Bank Rakyat
- Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC yang menggunakan Bank Rakyat pada 6 September 2021
- Pihak Bank Rakyat terima pada hari yang sama
- Pada keesokan harinya iaitu 7 September 2021, pihak Bank Rakyat transfer duit BKC ke akaun bank Mustafa
- Mustafa dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Rakyat akan mendapat bayaran
- Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada cawangan bank masing-masing
- Ringkas cerita, tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 2 hari sahaja
4. Tak puas hati duit BKC tak masuk lagi?
Janganlah marah kami. Kami sekadar menyampaikan apa yang kami tahu. Jika anda mahu buat rayuan atau rasa sangat tak puas hati kerana tidak mendapat bantuan BKC, kami sarankan anda hubungi nombor hotline BKC di sini:- 1-800-88-2747