BKC Bujang 2021 (Check Status & Semak Bayaran RM200)


Ada jenis orang bujang yang hidup sendiri dan berbelanja hanya untuk diri sendiri. Ada yang status bujang, tapi hidup dan tinggal bersama keluarga. Akhirnya, terpaksa keluarkan duit juga dan membantu keluarga. Apa pun kategori anda, semoga bantuan BKC bujang ini dapat membantu meringankan beban anda.

Izinkan kami berkongsi.

[su_note]

Makluman:

[/su_note]

1. Amaun keseluruhan bantuan BKC bujang 2021

Bagi yang terlupa, kami sedikan jadual di bawah untuk anda. Sekiranya anda mahu maklumat lebih lanjut, sila rujuk FAQ BKC yang terkini, yang dikeluarkan pada 6 September 2021.

Bantuan bagi golongan Bujang Miskin Tegar akan diberikan secara berperingkat, iaitu melalui dua fasa. Fasa pertama bagi kategori Bujang Miskin tegar akan dibayar sebanyak RM200 dalam Fasa 1 dan RM300 dalam Fasa 2.

Golongan Bujang B40 dan M40 hanya akan menerima dalam Fasa 1 sahaja.

[su_table]

Bujang Miskin Tegar
  • RM500
Bujang B40
  • RM200
Bujang M40
  • RM100

[/su_table]

 

2. Tarikh pembayaran BKC bujang

Tarikh bayaran BKC adalah bermula pada 6 September 2021. Sila buat semakan kelulusan BKC samada anda adalah penerima BKC yang layak atau tidak.

Ada banyak kes di mana ramai yang layak BPR, tetapi tidak mendapat bantuan BKC.

Memang sedih, tapi perlulah berlapang dada. Ada beberapa alasan tidak layak BKC yang anda perlu baca untuk mengetahui sebab anda tiada dalam senarai penerima.

[su_table]

Bujang Miskin Tegar
  • RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
Bujang B40
  • RM200
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
Bujang M40
  • RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021

[/su_table]

Tarikh bayaran sebanyak RM300 untuk Fasa 2 Bujang Miskin Tegar dijangka akan dikreditkan dalam bulan November 2021. Kami akan kemaskini semula jadual ini sejurus menerima maklumat yang sahih dan terkini.

 

3. Semakan bayaran BKC bujang

Tak kisahlah anda berstatus bujang atau sudah berkahwin, proses semakan kelulusan dan bayaran adalah sama sahaja. Tidak ada beza kecuali amaun yang diterima.

Berikut ialah cara-cara untuk login dan seterusnya buat semakan pembayaran BKC:

  1. Klik laman semakan status BKC: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
  2. Masukkan No MyKad anda
    • Sila pastikan No MyKad yang diisi adalah dalam 12 digit tanpa tanda sempang (-) atau dash
    • Contohnya, kalau Nombor MyKad ialah 870404-14-5355, masukkan 870404145355
  3. Seterusnya, klik icon Cari
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
    • Jika tak jelas, mohon kod baru
    • Tekan butang yang nampak anak panah ke atas dan ke bawah
    • Jika salah, akan keluar Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.
    • Masukkan sehingga betul semuanya
  5. Akan keluar paparan Adakah ini kata kunci keselamatan anda?
  6. Jika betul, klik butang Ya
  7. Akan keluar ruangan Kata Laluan
  8. Masukkan Kata Laluan yang sama seperti password BPR sebelum ini
  9. Tekan butang Log Masuk
  10. Jika semuanya berjalan lancar, barulah anda tahu samada anda penerima BKC atau tidak
  11. Akan keluar maklumat berikut:
    1. Amaun Keseluruhan Diterima
    2. Maklumat Bayaran
  12. Selesai

 

4. Bila duit BKC bujang masuk?

Bayaran BKC akan dibuat secara berperingkat.

Secara asasnya ia akan melalui proses ini:

  1. Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi
  2. Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
  3. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari

Contoh proses transfer duit pembayaran BKC adalah seperti berikut:

  1. Katakan penerima adalah Salleh
  2. Salleh guna akaun Bank Islam
  3. Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC bujang yang menggunakan Bank Islam pada 31 Ogos 2021
  4. Pihak Bank Islam terima pada hari yang sama
  5. Pada keesokan harinya iaitu 3 September 2021, pihak Bank Islam transfer duit BKC ke akaun bank Salleh
  6. Salleh dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Islam akan mendapat bayaran
  7. Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 3 hari sahaja

Sila ambil maklum bahawa apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar contoh semata-mata. Proses sebenar mungkin mengambil masa yang lebih lama, bergantung kepada tempoh pemprosesan antara pihak LHDN dan bank.

Sila buat semakan BKC terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaaan melalui portal MyBKC.

 

5. Pembayaran BKC, masuk bank mana?

Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC.

Selepas  anda melakukan semakan pembayaran BKC dan sahih status kelulusan anda adalah Lulus, duit bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih mengikut tarikh pembayaran BKC yang telah ditetapkan.

Untuk memastikan duit betul-betul masuk, berikut ialah panduan untuk check baki akaun mengikut bank:

 

[su_table]

Nama Bank Pautan
Maybank / Maybank Islamic https://maybank2u.com.my
BSN https://www.mybsn.com.my
Bank Islam https://www.bankislam.biz
RHB / RHB Islamic Bank https://logon.rhb.com.my
Ambank / AmIslamic Bank https://ambank.amonline.com.my
Agrobank https://www.agronet.com.my
Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
Affin Bank / Affin Islamic Bank https://rib.affinonline.com
Bank Rakyat https://www2.irakyat.com.my
CIMB Bank / CIMB Islamic Bank https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
Public Bank /Public Islamic Bank https://www.pbebank.com

[/su_table]

Sekiranya anda telah selamat menerima pembayaran Bantuan Khas COVID ini, sila maklumkan pada yang lain di ruangan komen.

 

6. Adakah perlu buat permohonan BKC bujang?

Sekiranya anda layak, anda tidak perlu buat permohonan BKC pun.

  1. Sekiranya anda adalah golongan bujang Miskin Tegar, anda layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
  2. Sekiranya anda adalah golongan bujang B40, anda juga layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
  3. Terakhir, sekiranya anda adalah golongan bujang M40 yang pernah membayar cukai sebelum ini, kelayakan anda akan dilihat berdasarkan maklumat percukaian LHDN.

 

5. Ada pertanyaan tentang bayaran BKC?

Oleh kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC melainkan portal BPR semata-mata, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:

  • 1800 88 2747

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian semakan dan tarikh pembayaran BKC bujang ini serba-sedikit dapat memberikan kelegaan. Apabila sudah dapat duit nanti, jangan pula berbelanja sesuka hati. Sila berjimat cermat untuk hari-hari mendatang

Semoga bermanfaat.

Categories BKC

24 thoughts on “BKC Bujang 2021 (Check Status & Semak Bayaran RM200)”

  1. Sye maybank..bujang..Sampai sekarang belum masuk..masih dalam proses pengkreditan..Dah berapa hari..sedangkan hari dah 9 hari bulan..kenapa ye??

    Reply
  2. 9/9/21 jam 11.40pm cimb johor masih belum masuk. Harap maklum ya. Jangan beratur panjang dibank untuk periksa kemasukan bantuan untuk mengelakkan menularan wabak Covid.

    Reply
  3. Ada kh sy layak menerima bantuan covid 19 ??
    Bantuan prihatin rakyat sy hanya terima yg pertama je, yg seterus nya sy x dpt terima

    Reply
  4. Minta bantuan , acc bank(CIMB) yg saya tetapkan semasa permohonan bantuan sudah tidak aktif . Boleh saya tahu mcm mana saya nak tukarkan ke acc bank lain? (BSN) Saya harap ada yg dpt membantu untuk penukaran acc bank untuk kemasukkan duit bantuan .🙏🏻

    NI NO ACC BSN SAYA :
    1413941100011216 ( BSN )
    Muhd Naziruddin

    Reply

Leave a Comment