Maklumat penting: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah program 2021 yang telah diganti oleh Bantuan Keluarga Malaysia (BKM, 2022), yang seterusnya digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BPR.
1. Log masuk bpr.hasil.gov .my
Selepas daftar, baru baru boleh login untuk Log masuk. Anda boleh terus guna pautan ini untuk Log Masuk Bantuan Rakyat: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login. Pastikan anda isikan No MyKad dengan betul tanpa tanda sempang. Selepas itu, tekan butang Semak. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses login, anda akan boleh terus Log Masuk ke dalam sistem Selepas login BPR, anda boleh melakukan pelbagai perkara. Antaranya ialah membuat permohonan BPR, kemaskini BPR serta membuat rayuan BPR. Yang paling utama ialah melakukan semakan BPR, samada untuk status kelulusan dan status pembayaran ke dalam akaun bank pilihan.2. Pendaftaran portal bpr.hasil.gov .my
Pertama sekali, apabila anda mendengar pengumuman tentang bantuan yang terkini seperti Bantuan Prihatin Rakyat, anda perlu membuat pendaftaran. Ini adalah penting untuk melancarkan proses permohonan. Berikut ialah langkah ringkas untuk mendaftar BPR. Untuk panduan lengkap, boleh rujuk cara daftar BPR yang lebih terperinci.- Layari portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat di bpr.hasil.gov.my
- Isikan No MyKad
- Tekan butang Semak
- Akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
- Klik Daftar Akaun
- Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
- Sila jawab semua soalan yang diberikan
- Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah Apakah poskod yang telah didaftarkan? dan juga Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
- Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
- Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BPR
- Di bahagian PENDAFTARAN BPR, sila semak dan masukkan maklumat yang dikehendaki iaitu Nama, No Pengenalan dan Kata Kunci Keselamatan
- Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identifyapabila masuk login BPR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
- Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
- Antara soalan tersebut ialah Apakah tahun kelahiran ayah anda?, Apakah tahun kelahiran ibu anda?, Apakah warna kegemaran anda?, Apakah haiwan kegemaran anda?, Apakah lagu kegemaran anda?, Apakah buku kegemaran anda?, Apakah nama panggilan anda ketika kecil?, Apakah sukan kegemaran anda? dan yang terakhir Apakah buah kegemaran anda?
- Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
- Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
- Tekan butang Teruskan
- Sekarang, masukkan Kata Laluan
- Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
- Seterusnya, tekan butang Daftar
- Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BPR”
- Pendaftaran BPR selesai
3. Permohonan BPR melalui bpr.hasil.gov.my
Selepas daftar dan login, barulah mudah untuk buat permohonan BPR. Sila ikuti langkah-langkah di bawah yang ringkas untuk buat proses permohonan baru BPR. Rujuk cara mohon BPR untuk panduan yang lebih terperinci.- Untuk direct link Permohonan Baru, boleh terus klik sini: https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
- Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu Permohonan, Pengesahan dan yang terakhir Hantar
- Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
- Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon yang dikehendaki iaitu No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan), Nama, Umur, Jantina, No Telefon Rumah, No Telefon Bimbit, Pekerjaan, Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan), Status Perkahwinan, Alamat, Poskod, Negeri, Bandar, Nama Bank, No Akaun Bank dan tidak lupakan Alamat Emel
- Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti Sijil Kahwin, Sijil Cerai, Sijil Kematian Pasangan, Pengesahan Pasangan dan juga Pengesahan Bank
- Seterusnya, tekan butang Muat Naik
- Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu samada Ada Wakil atau Tiada Wakil
- Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
- Tekan butang Teruskan
- Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selesai
4. Kemaskini BPR melalui bpr.hasil.gov.my
Sila ikuti langkah-langkah ringkas di bawah untuk buat proses kemaskini BPR. Untuk yang lebih terperinci, rujuk cara kemaskini BPR.- Layari laman utama portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov .my
- Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
- Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan butang Semak
- Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
- Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat seperti Profil, Semakan Status, Kemaskini, Permohonan, Cetakan, Peti Mel dan juga Maklum Balas
- Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
- Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
- Maklumat yang paling selalu berubah adalah Nombor Akaun Bank, Status Perkahwinan, Nombor Telefon dan juga Maklumat Anak
5. Rayuan BPR
Rayuan BPR ini hanya untuk pemohon yang ditolak pada awalnya kerana tidak menepati kriteria. Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ini juga adalah untuk mana-mana individu yang mendapat status TIDAK LULUS setelah buat semakan BPR. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk rayuan BPR. Untuk langkah-langkah ringkas, rujuk seperti di bawah:- Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
- Klik pautan Log Masuk
- Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
- Tekan butang Semak
- Sahkan kata kunci keselamatan anda
- Jika ya, klik butang Ya
- Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
- Tekan butang Teruskan
- Setelah berjaya masuk ke dalam portal MyBPR, klik butang Semakan Status
- Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
- Teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
- Tunggu status menunjukkan Berjaya
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
- Ambil gambar dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang
6. Semakan Status Permohonan BPR (Lulus / Gagal)
Untuk panduan lebih lanjut, sila rujuk semakan kelulusan BPR. Untuk langkah-langkah ringkas, rujuk seperti di bawah:- Seperti biasa, sila Log Masuk bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu.Tekan butang Semakan Status
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu BPR, kerana ada butang Maklumat BPR. Anda boleh muat turun maklumat tersebut. Sila lihat Amaun Keseluruhan BPR Diterima, contohnya RM800.00
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran, di mana ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Paparan jika anda tidak download adalah Tarikh Kredit, No. Pengenalan Akaun Dikredit, Fasa, Jumlah Dikredit, Status Kredit, Nama Bank, No Akaun, Kod Tidak Berjaya, Nombor Siri dan juga Tarikh Tunai
- Jika anda berstatus GAGAL, anda akan dapat lihat paparan kod tidak lulus / gagal
- Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaranadalah Berjaya Kredit
- Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
- Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
- Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
- Selesai