BKM

Tarikh BKM Masuk 2022 (Bayaran Duit Dalam Bank Secara Online)

Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.

Aku tahu, kau adalah antara orang yang tak sabar-sabar nak check BKM dan ingin maklumat tarikh BKM masuk dalam akaun bank bukan? Tak payah tipu, aku tahu. Kalau tak, takkan kau Google sana, Google sini semata-mata nak tahu adakah orang lain pun sama macam kau atau tidak. Sebelum kau check akaun bank, sila pastikan yang kau sudah buat semakan status kelulusan BKM terlebih dahulu. Sila log masuk BKM dan check samada kau lulus atau tidak. Jangan menggelabah kalau duit bantuan belum masuk kerana tarikh bayaran BKM hanya bermula pada 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022. Aku akan share beberapa perkara penting berkenaan semakan dan pembayaran BKM.

Bila tarikh duit BKM masuk?

Maklumat ini adalah berdasarkan laporan Berita Harian yang memetik pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan bahawa penerima BKM yang membabitkan isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima pembayaran bantuan yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022. Datuk Seri Ismail Sabri Yaako berkata pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan tidak dilupakan 3.4 juta individu bujang. Apa yang lebih penting, pembayaran BKM Fasa 1 ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya 2022. Secara asasnya, tarikh pembayaran duit BKM yang akan masuk dalam akaun akan dilakukan secara 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.
  • Untuk bayaran BKM Fasa 1 bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
  • Untuk bayaran BKM Fasa 2 bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM Fasa 3 bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM Fasa 4 bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
 

Duit BKM dah masuk ke?

Ada desas-desus mengatakan bahawa ada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan BKM yang masuk lebih awal iaitu pada tarikh 27 Mac 2022. Walau bagaimanapun, jika anda pemilik akaun bank selain BSN, sila buat semakan pembayaran melalui perbankan Internet masing-masing:
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank
  • RHB Bank / RHB Islamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Maybank / Maybank Islamic
  • Bank Islam
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Ambank / AmIslamic Bank
 

Tarikh hari ini, kenapa duit BKM 2022 belum masuk lagi?

Satu sahaja aku boleh cakap. Sabar. Kadang-kadang, proses pembayaran bukan boleh dilakukan dalam masa 24 jam. Kau kena faham bahawa kerajaan akan masukkan duit bantuan ke dalam bank dahulu. Kemudian, barulah bank akan masukkan duit pembayaran BKM ke dalam akaun bank kau. Jadi, kalau kau check BKM Fasa 1 pada 28 Mac 2022 dan duit masih lagi belum ada, sila check lagi pada 29 Mac 2022. Kalau tak ada lagi, sila teruskan buat semakan pada pada tarikh BKM dijangka masuk iaitu:
  • 30 Mac 2022
  • 31 Mac 2022
  • 1 April 2022
  • 2 April 2022
  • 3 April 2022
  • 4 April 2022
  • 5 April 2022
  • 6 April 2022
  • 7 April 2022
  • 8 April 2022
Sekiranya pada tarikh 8 April 2022 duit bantuan BKM masih lagi belum masuk dalam akaun bank kau, barulah kau perlu menggelabah. Ini kerana tarikh akhir pembayaran ialah 8 April 2022. Pertama sekali, kau perlu check sekali lagi, pastikan bahawa kau benar-benar mendapat status lulus BKM dan layak menerima pembayaran. Takut-takut, akaun bank kau tidak aktif atau kau terlupabuat proses kemaskini BKM. Kalau dah daftar BKM sekalipun, sila double-check maklumat berkenaan pembayaran. Yang kedua, kalau kau sebenarnya tak lulus dan tak layak, buang masa kau menunggu. Tapi, kalau kau memang lulus dan layak menerima bayaran bantuan BKM, sila hubungi pihak LHDN untuk membuat aduan.  

Akhir kata

Tahniah aku ucapkan pada mana-mana individu yang sudah terima bayaran BKM. Bagi yang masih menunggu bila BKM masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit. Teruskan buat semakan bayaran BKM melalui portal LHDN di bkm.hasil.gov.my Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BKM ini dapat melegakan hati kau. Jangan lupa semak cara bayaran BKM juga. Bagi yang tidak lulus, sila tunggu pautan rayuan BKM yang akan dibuka pada 1 Mei 2022. Semoga dipermudahkan.