Daftar BKM (Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia)


Bagi mana-mana individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda perlu daftar BKM bermula 1 Januari 2022. Sila jangan buat lambat-lambat kerana tarikh tutup untuk permohonan dan kemaskini BKM ialah 31 Januari 2022. Sila log masuk BKM dan selesaikan segala urusan permohonan sebelum tarikh tutup yang tertera.

Selepas siap mendaftar, sila ikuti laman Facebook LHDN untuk mengetahui tarikh bila boleh semak status kelulusan BKM.

Kenapa perlu daftar BKM 2022?

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pendaftaran ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada sesiapa yang terlepas daripada menerima bantuan BKM ini. Bagi mana-mana individu yang masih lagi belum ada nama dalam database bantuan kerajaan, anda perlu ambil peluang ini.

 

Berapa jumlah bantuan BKM 2022 ini?

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lagi, lebih 9.6 juta penerima bantuan akan mendapat bantuan yang berjumlah 8.2 bilion. Jumlah baru BKM ini lebih tinggi daripada bantuan BPR yang diberikan pada tahun 2021.

 

Siapa yang layak automatik untuk Bantuan Keluarga Malaysia 2022 ini?

Ini adalah satu berita baik. Pasti ada pemohon BPR dan BKC yang mendapat status tidak lulus atas alasan menerima GKP pada tahun lalu. Jadi, mana-mana individu yang tidak lulus atas alasa menerima Geran Khas Prihatin, permohonan anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM.

Namun, layak bukan bermakna lulus. Permohonan tersebut masih lagi perlu disemak silang atau cross check mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peluang diberikan. Lulus atau tidak itu perkara kedua.

 

Data apa lagi yang akan dibawa ke dalam BKM?

Ada pelbagai data dari agensi kerajaan akan dibawa masuk ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia untuk disemak silang bagi membolehkan anda daftar BKM dengan lebih mudah. Ini adalah penting bagi pihak kerajaan untuk menyemak pemohon sedia ada yang telah menerima pelbagai bantuan lain.

Antaranya, BKM akan menggunakan data daripada e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam, penghuni Perojek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan juga data daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain itu, data yang akan disemak silang adalah kelayakan Orang Asli yang akan diambil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Tidak dilupakan, orang homeless atau gelandangan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DKBL) akan diberikan bantuan juga.

Bukan itu sahaja, bantuan BKM 2022 ini lebih meluas. Ibu tunggal yang berdaftar dengan KPWKM juga boleh memohon. Terakhir, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan penerima zakat atau Baitulmal di Selangor dan Kuala Lumpur juga layak untuk membuat permohonan bantuan BKM ini.

Orang bujang jangan risau, masih lagi ada bantuan BKM untuk orang bujang.

 

Macam mana nak daftar BKM?

Sekiranya anda adalah salah seorang individu yang layak, anda boleh buat permohonan melalui laman web rasmi BKM. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://bkm.hasil.gov.my
  2. Klik butang Permohonan Baharu di bahagian bawah skrin
  3. Masukkan Maklumat Pemohon seperti dipinta
  4. Sertakan Dokumen Sokongan seperti dipinta
  5. Sila buat Pengesahan
  6. Akhir sekali, Hantar permohonan tersebut
  7. Selesai

 

Akhir kata

Pasti ada yang bertanya, Bila tarikh BKM masuk akaun dan bila akan dapat pembayaran yang sepatutnya?”.

Sabar.

Kita selesaikan dahulu bab pendaftaran. Bab pembayaran BKM nanti, tahulah pihak LHDN buat kerja mereka. Kita cuma perlu berdoa agar Allah permudahkan urusan permohonan bantuan kita.

Semoga Bantuan Keluarga Malaysia ini dapat membantu kita semua pada tahun 2022. Walaupun tidak banyak mana, setidak-tidaknya dapat mengurangkan beban keluarga.

Cepat-cepat daftar BKM 2022. Jangan lambat-lambat, takut tak sempat.

Semoga dipermudahkan semuanya.

Categories BKM

42 thoughts on “Daftar BKM (Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia)”

  1. Please be informed that I try to register through your website (https://bkm.hasil.gov.my) & Press according to your instructions But unfortunately I was trying to press “New Application” many time, it doesn’t works. Please kindly advise that how to register.
    Thanks

    Reply
  2. My name is:
    Chandra Tilaka M Tilakasekara
    KP NO: 480529055163
    WARGAMAS/73YRS
    I tried to login into my Account to verify and confirm my BKM payment 2022 status.
    But could not access as I don’t have records of my Username ID and Password to login .
    Pl advice me how to follow up to log in to access BKM claims.
    Thank you for your kind attention.

    Reply
  3. Saya Nak Tanya.. BKM bila masuk ye.. Saya BSN..tak ade lagi.. Setatus saya BKM pn xble buka dah.. Tolong la lulus kn..

    Reply
  4. hello tuan

    Tahuh ke tahun sejak 2016 saya dapat bantuan dari BRIM,dan BKC ,tetapi tahun ini bagi bantuan (Mar 28-8 Apr) apa pun ta ada! Berhubong dengan tuan melalui [email protected], tuan suruh saya pergi mendaftarkan tetapi website tidak boleh buat daftaran. Dahulu saya telah daftarkan dan tahun-tahun hingga Dis 2021 saya pun dapat wang bantuan ini. Kenapa tahun ini 2022 , (tuan tolong jelaskan kah?)apa pun tidak dapat.
    Tolong tolong lah..

    Reply
  5. hello tuan

    Tahuh ke tahun sejak 2016 saya dapat bantuan dari BRIM,dan BKC ,tetapi tahun ini bagi bantuan (Mar 28-8 Apr) apa pun ta ada! Berhubong dengan tuan melalui [email protected], tuan suruh saya pergi mendaftarkan tetapi website tidak boleh buat daftaran. Dahulu saya telah daftarkan dan tahun-tahun hingga Dis 2021 saya pun dapat wang bantuan ini. Kenapa tahun ini 2022 , (tuan tolong jelaskan kah?)apa pun tidak dapat.
    Tolong tolong lah..

    Reply
  6. bagaimana cara kalau borang bkm yang di hantar ada kesilap dan bagaimana cara hendak betulkan kesilapan pada borang tersebut

    Reply
  7. saya nikah tahun 2020, lepas nikah dah pergi LHDN nilai hantar sijil nikah untuk update status tapi tak pernah dapat 1 pon bantuan bkc ke bpr ke bkm ke tapi yang pelik tu bujang punya pun tak dapat jugak 2022 saya bersalin dan pergi sekali lagi hantar surat beranak anak bak update status dah ada anak then suami tanya kenapa sebelum ni tak pernah dapat apa apa bantuan pihak LHDN cakap sebab tak update status dah kawin suami pun cakap tapi kami dah hantar sijil nikah dekat sini (LHDN) pastu takpe lah then suami tanya kalau belum update statu berkahwin pun kenapa saya dah wife tak dapat yang bujang pun then mereka takda jawapan suami saya just kerja kilang basic 1600 sahaja saya tak bekerja tapi tak dapat pun bujang punya pun tak dapat hmmmmmmm

    Reply

Leave a Comment