BKM Bujang 2022 (Berapa Jumlah Duit Bantuan Keluarga Malaysia?)


Secara ringkas, untuk pemohon bujang, anda cuma perlu buat pendaftaran BKM sahaja jika masih lagi belum mendaftar di bkm.hasil.gov.my. Jika sudah layak, sila buat kemas kini BKM berdasarkan maklumat peribadi terkini. Mudah untuk buat semakan BKM nanti.

Kami kongsikan beberapa maklumat penting untuk BKM Bujang 2022.

1. Kenapa BKM bujang tak disebut dalam Bajet 2022?

Dek terlalu ramai yang bertanya di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram, Tengku Zafrul Aziz akhirnya menjelaskan berkenaan perkara ini melalui posting beliau di Facebook.

Beliau menyatakan bahawa ucapan dalam Bajet 2022 itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Beliau menjelaskan lagi, sekiranya kerajaan menyenaraikan kesemua bantuan secara terperinci, mungkin tidak habis pembentangan Bajet 2022.

Dalam posting di Facebook itu juga, beliau berkongsi amaun bantuan yang bakal diterima oleh penerima yang layak.

Jadual Bantuan Keluarga Malaysia

 

2. Berapa jumlah amaun bantuan BKM bujang 2022?

Mengikut pemahaman kami, berdasarkan jadual di atas, golongan bujang yang bergaji bawah RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM350.

Untuk golongan bujang yang termasuk dalam kategori Warga Emas yang tidak mempunyai pasangan dan berpendapatan bawah RM5,000, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM600.

 

3. Cara nak check bayaran BKM bujang

Sila tunggu tarikh BKM dikeluarkan terlebih dahulu. Seterusnya, jika tarikh pembayaran BKM sudah ada, langkah-langkah semakan bagi pemohon BKM 2022 bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima dan ada salah isi maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan.

  1. Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan
    • Amaun Kelulusan Asas BKM
    • BKM Tambahan
    • Jumlah Keseluruhan BKM
    • Jumlah Telah Dibayar
  7. Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran
  8. Selesai

Sekiranya anda mempunya masalah untuk log masuk dan buat semakan, sila reset password BKM anda.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan berapa jumlah bantuan ini serba-sedikit dapat memberikan kelegaan kepada anda. Apabila sudah boleh check status BKM dan dapat duit bantuan ini nanti, jangan pula berbelanja sesuka hati. Walaupun belum mempunyai pasangan, sila berjimat cermat untuk hari-hari mendatang nanti.

Maklumat lebih lanjut berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia untuk gologan bujang akan menyusul.

Semoga bermanfaat.

Categories BKM

17 thoughts on “BKM Bujang 2022 (Berapa Jumlah Duit Bantuan Keluarga Malaysia?)”

  1. Good Day…
    I just want to KEMASKINI maklumat… So, what are the procedure and where can get it…
    Thank You Very Much..

    Reply
  2. This kerajaan moves at the speed of an itik yg tekedek kedek bila mana memberi bantuan. Slow and very slow. Org kata shukur ada, itu mmg tetap dan harus tapi kalo ada hal mendesak dan perlu dana, duit macam ni tak boleh la tunggu atau harap sangat.

    Reply

Leave a Comment