BKM

Cara Reset Password BKM (Jika Terlupa Kata Laluan, Kena Tukar)

Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.

Kalau anda jenis jarang masuk dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), memang logik kalau terlupa kata laluan. Kadang-kadang, bila terlalu banyak sistem yang kita perlu login, memang boleh buat keliru. Namun, janganlah sampai menggelabah sampai tak sabar-sabar nak check status pembayaran BKM sebab sudah tahu tarikh BKM masuk. Bertenang. Ikuti panduan ringkas kami tentang cara reset password BKM dan login BKM dengan mudah.

Cuba ingat semula kata laluan BKM

Sebelum itu, apa kata anda cuba ingat-ingat semula kata laluan BKM sebelum ini. Kalau dapat balik, tak perlulah susah-susah untuk reset semula semata-mata nak buat semakan status BKM. Kebanyakan orang akan cuba menggunakan password yang mudah seperti:
  • 123456
  • 12345678
  • 123456789
  • password
  • 111111
  • 123123
  • password123
  • abc123
  • qwerty
Jika ada cuba dan masih tidak berjaya, mungkin ada gunakan kombinasi berikut:
  • nama anak
  • nama suami
  • tarikh lahir
  • nombor plat kenderaan
  • nombor Kad Pengenalan sendiri
 

Cara reset password BKM

Kalau masih lagi tak dapat ingat, sila ikuti langkah-langkah di bawah. Untuk makluman, panduan ini kami olah daripada carta alir yang disediakan oleh pihak LHDN di Facebook. Cara tukar kata laluan BKM
  1. Mula-mula, klik Log Masuk BKM di laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di https://bkm.hasil.gov.my
  2. Lihat di bawah butang Semak
  3. Klik TERLUPA KATA LALUAN
  4. Masukkan nombor MyKad 12 digit
  5. Klik butang Semak
  6. Anda kata tersilap masukkan nombor Kad Pengenalan, klik butang Semula
  7. Masukkan email yang didaftarkan sebelum ini bagi sistem BKM ataupun bantuan-bantuan lain yang automatik terdaftar
  8. Klik Seterusnya
  9. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul
  10. Klik butang Ya
  11. Jawab beberapa soalan keselamatan yand diberikan
  12. Klik Seterusnya
  13. Masukkan kata laluan yang baru dan buat pengesahan kata laluan yang baru
  14. Klik Tukar kata laluan
  15. Permohonan untuk reset password BKM telah berjaya
  16. Selesai
 

Akhir kata

Diharapkan agar langkah-langkah di atas berkenaan cara untuk reset password BKM akan memudahkan urusan anda untuk login semula ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia. Terakhir, jika boleh login nanti, pastikan nombor telefon bimbit anda adalah yang terkini dan masih lagi aktif. Ini adalah untuk membolehkan anda menerima SMS atau apa-apa notifikasi berkenaan BKM, terutama sekali berkenaan pembayaran. Sila kemaskini BKM jika anda masih lagi belum berbuat demikian. Dan bagi yang mendapat status permohonan TIDAK LULUS, boleh cuba nasib untuk merayu BKM. Mudah-mudahan ada rezeki. Semoga dipermudahkan semuanya.