Bayaran BKM 2022 (Pembayaran Mengikut Bank, Bila Dapat Masuk Akaun?)


Penat nak jawab bila seorang demi seorang tanya, Ambank bila masuk? Seorang lagi tanya Maybank dah masuk ke?Mari sini kami jelas satu persatu berkenaan bayaran BKM 2022.

Bila tarikh bayaran duit BKM masuk?

Untuk makluman, pembayaran bantuan BKM yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022.

Walau bagaimanapun, pastikan anda sudah buat semakan kelulusan BKM terlebih dahulu. Sila log in BKM dan pastikan anda check status BKM betul-betul, samada lulus atau tidak.

Kalau TAK LULUS, jangan sedih-sedih. Sila tunggu tarikh buka untuk rayuan Bantuan Keluarga Malaysia pada 2 Mei 2022. Kalau LULUS, ucapkan Alhamdulillah dulu. Selepas itu barulah tunggu duit masuk ke dalam akaun bank.

Jangan kalut kalau duit bantuan belum masuk kerana tarikh bayaran BKM itu adalah selama 12 hari bermula pada 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022. Kalau 30 Mac 2022 masih belum masuk, jangan panik. Tunggu.

Maklumat berkenaan tarikh duit BKM masuk ini adalah berdasarkan laporan Berita Harian yang memetik pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan bahawa penerima BKM akan melibat semua isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaako juga berkata pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan tidak dilupakan 3.4 juta individu bujang.

Apa yang lebih penting, pembayaran BKM Fasa 1 ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri 2022.

 

Bila tarikh bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4?

Secara yang dimaklumkan tadi, tarikh pembayaran duit BKM yang akan masuk dalam akaun milik peribadi secara pengkreditan online akan dilakukan secara 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

  1. Untuk bayaran BKM Fasa 1 bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
  2. Untuk bayaran BKM Fasa 2 bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  3. Untuk bayaran BKM Fasa 3 bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  4. Untuk bayaran BKM Fasa 4 bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi

Kami akan mengemaskini maklumat berkaitan tarikh pembayaran BKM sejurus menerima maklumat daripada LHDN.

 

Kalau tak ada akaun bank, boleh terima bayaran BKM?

Boleh.

Kaedah atau cara pembayaran BKM secara penunaian ini adalah untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh dilakukan bermula 30 Mac 2022.

 

Duit bayaran BKM dah masuk ke?

Ada penerima bantuan yang mengatakan bahawa mereka sebagai pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan BKM yang masuk lebih awal iaitu pada tarikh 27 Mac 2022. Kalau anda pemegang akaun BSN yang dapat duit bantuan awal, Alhamdulillah.

Tapi, jika anda adalah pemilik akaun bank selain BSN, sila buat semakan pembayaran melalui perbankan Internet. Jangan tanya lagi bank sekian-sekian sudah masuk ke belum?

Berikut ialah link untuk semakan baki dalam akaun bank masing-masing:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank
  • RHB Bank / RHB Islamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Maybank / Maybank Islamic
  • Bank Islam
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Ambank / AmIslamic Bank

 

Kenapa duit BKM tak masuk lagi?

Hanya satu perkataan sahaja kami boleh cakap.

Sabar.

Faham tak maksud BERPERINGKAT? Mari sini kami terangkan. Berperingkat itu menurut Kamus Dewan ialah bertingkat, bertahap, berkelas atau berperenggan.

Kalau tak faham definisi kamus, di bawah ini kami jelaskan definisi dalam layman term.

Kadang-kadang, proses pembayaran bukan boleh dilakukan dalam masa 24 jam. Anda perlu faham bahawa kerajaan akan masukkan duit bantuan ke dalam bank dahulu. Kemudian, barulah bank akan masukkan duit pembayaran BKM ke dalam akaun bank peribadi milik penerima bantuan.

Seterusnya, kerajaan bukan boleh bayar sekali semua lumpsum. Ia perlulah secara berperingkat.

Jadi, kalau anda check BKM Fasa 1 pada 28 Mac 2022 dan duit masih lagi belum ada, sila check lagi pada 29 Mac 2022. Jika belum masuk juga, check lagi pada 30 Mac 2022.

Dan kalau tak ada lagi, sila teruskan buat semakan pada pada tarikh BKM dijangka masuk iaitu:

  • 31 Mac 2022
  • 1 April 2022
  • 2 April 2022
  • 3 April 2022
  • 4 April 2022
  • 5 April 2022
  • 6 April 2022
  • 7 April 2022
  • 8 April 2022

Sekiranya pada tarikh 7 April 2022 atau 8 April 2022 duit bantuan BKM masih lagi belum masuk dalam akaun bank anda, barulah anda perlu panik. Ini kerana tarikh akhir pembayaran ialah 8 April 2022.

 

Nak buat apa kalau bayaran BKM belum masuk?

Pertama sekali, anda perlu check sekali lagi, pastikan bahawa anda benar-benar mendapat status lulus BKM dan layak menerima pembayaran. Sekiranya anda sebenarnya tak lulus dan tak layak, buang masa sahaja menunggu duit masuk.

Yang kedua, mungkin anda menerima status Gagal Kredit. Kenapa boleh jadi Gagal Kredit? Takut-takut, akaun bank anda tidak aktif atau anda terlupa buat proses kemaskini BKM tempohari. Kalau anda sudah mendaftar BKM atau layak secara automatik sekalipun, sila double-check maklumat berkenaan akaun bank.

 

Apa maksud bayaran BKM dalam proses pengkreditan?

Kami faham, ayat ini ialah bahasa tinggi yang susah nak faham.

Sebenarnya, dalam bahasa yang mudah, BKM dalam proses pengkreditan itu bermakna duit Bantuan Keluarga Malaysia anda masih lagi sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan anda.

Pengkreditan terus di sini bermakna duit BKM akan terus masuk ke akaun anda.

Namun, proses untuk masukkan duit kadang-kadang bukanlah seperti kita buat Instant Transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Ia mengambil masa. Lebih-lebih lagi untuk jutaan penerima BKM. Kami harapkan, anda boleh bersabar menunggu bayaran duit BKM anda.

 

Pembayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan?

Macam mana pula nak tahu samada duit BKM masuk dalam akaun suami atau isteri?

Ini adalah antara soalan yang popular. Untuk makluman, duit BKM akaun masuk ke dalam akaun bank pemohon. Jadi, jika anda adalah pasangan suami isteri, hanya salah seorang sahaja dari anda yang boleh memohon.

Pemohon di sini adalah orang yang memohon dan memasukkan nombor akaun bank semasa permohonan BKM tempohari.

Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan Amaun Kelulusan Asas BKM, BKM Tambahan, Jumlah Keseluruhan BKM dan yang terakhir Jumlah Telah Dibayar
  7. Tekan butang Maklumat Bayaran
  8. Anda akan dapat lihat paparan Maklumat Bayaran seperti berikut:
    • Tarikh Kredit
    • No Pengenalan Akaun Dikredit
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • No Akaun
    • Kod Tidak Berjaya
    • Tarikh Tunai
  9. Lihat betul-betul bahagian Nama
  10. Pastikan Nama enerima itu ialah nama suami atau ister

 

Akhir kata

Tahniah kami ucapkan kepada mana-mana individu yang sudah terima bayaran BKM. Bagi yang masih menunggu bila BKM masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit. Teruskan buat semakan bayaran BKM melalui portal BKM Hasil.

Kalau memerlukan duit lebih untuk belanja bulan Ramadan dan Syawal 2022 ini, anda boleh buat permohonan pengeluaran khas KWSP yang akan dibuka pada 1 April 2022 nanti.

Semoga dipermudahkan.

Categories BKM

7 thoughts on “Bayaran BKM 2022 (Pembayaran Mengikut Bank, Bila Dapat Masuk Akaun?)”

  1. Status sya Lulu’s dlm prose’s kridit ke akaun ..tapi smpai hari ni 8hb blum masuk lg..dlm bank Islam sya..

    Reply

Leave a Comment