Pasti ada yang tertanya-tanya, apa maksud IBG Transfer? Bukan itu sahaja, pasti ada yang mahu tahu, IBG Transfer berapa hari? Adakah proses pindahan adalah bergantung kepada hari dan waktu transaksi dilakukan?. Jadi, jangan bimbang. Kami akan cuban menjawab persoalan Interbank Giro Transfer berapa lamaย ini.
Maksud IBG Transfer
Sebelum itu, mohon izin kami kongsikan apa itu IBG Transfer.
Maksud IBG Transfer dalam Bahasa Melayu secara literal adalah pindahan antara bank. Jadi, ini bermaksud duit boleh dipindahkan dari satu akaun bank ke akaun bank yang lain.
Ini termasuk:
- Akaun peribadi (savings account)
- Akaun semasa (current account)
- Pinjaman/pembiayaan (loan/financing)
- Kad kredit
Perkhidmatan IBG Transfer ini disediakan dan diurus oleh MyClear, iaitu salah satu anak syarikat Bank Negara Malaysia.
IBG Transfer berapa hari?
Kami harap, maksud IBG Transfer adalah jelas dan mudah difahami seperti di atas. Berikut pula adalah jadual Interbank Giro yang dirujuk dari Maybank.
1. Untuk transaksi pada hari bekerja iaitu (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat)
- Jika waktu transaksi adalah sebelum jam 5.00 pagi, duit akan terima oleh penerima pada jam 11.00 pagi
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 5.01 pagi hingga 8.00 pagi, duit akan terima oleh penerima pada jam 2.00 petang
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 8.01 pagi hingga 11.00 pagi, duit akan terima oleh penerima pada jam 5.00 petang
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 11.01 pagi hingga 2.00 petang, duit akan terima oleh penerima pada jam 8.20 malam
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 2.01 petang hingga 5.00 petang, duit akan terima oleh penerima pada jam 11.00 malam
- Jika waktu transaksi adalah selepas jam 5.00 petang, duit akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya dalam jam 11.00 pagi
- Contohnya, jika anda masukkan duit pada hari Khamis jam 6.00 petang, maka wang tersebut akan diterima pada hari Jumaat jam 11.00 pagi
2. Untuk transaksi pada hari tidak bekerja iaitu (Sabtu, Ahad dan Cuti Am)
- Jika transaksi dilakukan bila-bila masa dalam hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am, duit akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya dalam jam 11.00 pagi
- Contoh pertama, jika anda masukkan duit pada hari Sabtu, maka wang tersebut akan diterima pada hari Isnin jam 11.00 pagi.
- Contonya kedua, jika hari Sabtu, Ahad dan Isnin adalah bersambung kerana cuti perayaan, maka wang tersebut akan diterima pada hari Selasa jam 11.00 pagi.
Akhir kata
Pada pendapat kami, jika anda ingin gunakan IBG Transfer, anda akan terpaksa menunggu mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak bank. Maka, jalan paling mudah ialah menggunakan Instant Transfer.
Dulu, Instant Transfer kena bayar. Jadi ramai yang gunakan IBG.
Sekarang Instant Transfer sudah percuma. Maka, lebih baik gunakannya kerana lebih cepat dari Instant Transfer.
Maksud IBG Transfer sudah dikongsikan. Jadual Interbank Giro Transfer juga sudah diberikan. Diharapkan, maklumat ini dapat membantu anda dalam urusan pemindahan wang kepada pihak ketiga.
Semoga bermanfaat.
Terpakai utk semua bank ker @ bank tertentu shj?
Saye tranfer dr maybank hari sabtu pukul 10 malam mengunakan interbank giro, kawan sy cek xde masuk lg duit itu sampai hari ini xde masuk
Duit dh masukk ke bro?
I banking Hari jumsst pkl 5.30 maybank to public bank..Sampai sekarang terima duit .knp
Kalau transfer ibg ambank to bsn.. Transfer pkul 8mlm rabu..tapi xmsuk lg pkul 11pgi khamis..ambik masa brpe hari
Tolong sesiap boleh bagi tahu tak berapa lama masa untuk duit tu masuk dari maybank je bsn risau jugak duit tak masuk lagi
Kawan sy baru byr sy guna ibg.3 ari dh duit belum masuk2.dh lh sy kena bgi tokey duit tu..total dia bankin 2k lebih..sy dh xtw nk jawap apa.dgn tokey nnt..
Bsn ada instant transfer tak.
kawan trnspr duit dri hri sabtu,,ke akaun saya,, sampai
skg dah selasa,,belum masuk2 juga..apa mslh smpi empt hari,,rm225 je bukan bnyk pun..
-> INTERBANK TRANSFER..
-> INSTANT TRANSFER…
Jika ingin kan pengeluaran segera sebaik nya guna INSTANT TRANSFER..Tranfser kul 8pagi.,kul 8โฐโต minit dh bleh amek duit..
Nk lg pantas bwk cask masuk kat CDM..Resit blom kuar penerima dh bleh kuar kan..,๐โ๏ธโ๏ธโ๏ธ
Jika duit di melalui ibg ke account saya iaitu public bank pada sebelah ptng hari sabtu jam 5 atau 6 ptng.bila kah saya akan dapat duit tersebut.
Saya ada buat pindaan duit RM690 dri akaun simpanan koperasi tentera pada 14 Jul 21 hari rabu jam 7 malam ke akaun simpanan bank rakyat pada 16 Jul 21 hari jumaat jam 1200 malam masih belum masuk di akaun simpanan bank rakyat..sedangkan duit RM690 dalam simpanan koperasi tentera sudah tiada…NAPA???
Kalau dari cimb trransfer guna igb ke maybank hrini bila bleh dpt ya
Kwn msk kn duit dkt bsn sy xmsk2 lgi dari 24/7 hingga 29/7 xmsk2 lgi sebab ape ni
Nak tnya Hari ni kejap tadi kawan saya ada transfer dari akaun die cimb ke akaun saya maybank time 8.12am ..pasal pe Tak masuk lagi duit tu
kalau nak mudah lagi guna kad bigpay tak pending kepala caj 50sen tranfer 1000
silap sy lah transfer tk tgk ,,sy masukkan 1k cimb ke maybank2u tp tk masuk2 lg,,aduhai,,nak gune duit nie,,
Kenapa duit tak masuk lagi, saya transfer pukul 8.30 sekrg dh jam 6 tpi xda masuk duit tu pon
maaf bertanya kalau bank islam transfer kepada public bank ambik masa brapa lama menggunakan ibg sbb saya dh transfer 3 hari lepas dan kawan saya belum dapat2