Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP (Permohonan RM10k 2022)


Kami tahu, anda ternanti-nanti detik 1 April 2022 untuk login portal Pengeluaran Khas KWSP dan seterusnya mohon Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10k yang dijanjikan kerajaan. Sabar. Anda tidak keseorangan. Ramai lagi yang menunggu tarikh 1 April 2022.

Kami tulis artikel ini sebagai persediaan kepada persoalan yang bakal anda tanya bermula 1 April 2022 nanti. Insya Allah, segala perkara penting berkenaan application atau permohonan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 akan dihimpunkan di sini.

Bila tarikh untuk mohon pengeluaran khas KWSP 2022?

Mengikut laman Facebook rasmi KWSP, tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10000 ini akan dibuka bermula 1 April 2022. Tarikh akhir untuk memohon ialah pada 30 April 2022.

 

Apa syarat permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10k 2022? Ada kriteria atau kelayakan tertentu?

Syarat kelayakan pengeluaran khas KWSP 2022

Berdasarkan informasi ringkas KWSP di Facebook, tidak banyak syarat yang dikenakan. Yang pertama, anda mestilah seorang Warganegara Malaysia. Bukan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap juga dibenarkan memohon.

Antara lain, anda mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150. Sedih pula dengar baki KWSP tinggal RM150. Tapi itulah realiti.

Cuma kami tidak pasti, jika baki RM150, adakah anda boleh keluarkan kesemuanya atau hanya boleh keluarkan RM100 sahaja. Kita tunggu pengumuman KWSP nanti.

Selain itu, permohonan ini terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah.

Sekiranya anda berusia lebih 55 tahun, anda tidak layak mengeluarkan duit KWSP sebanyak RM10,000. Ini adalah disebabkan anda sebenarnya layak untuk baut pengeluaran KWSP untuk persaraan. Yang lebih menarik, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ini juga bermakna tak perlu lagi buat pengeluaran Akaun 1 lagi kerana ia sudah digabungkan dengan Akaun 2 menjadi Akaun 55.

 

Berapa jumlah amaun duit KWSP yang boleh dikeluarkan?

Amaun pengeluaran khas KWSP 2022

Amaun minimum yang anda boleh keluarkan dari akaun KWSP ialah RM50. Amaun maksimum pula RM10,000.

Secara asasnya, ia bergantung kepada jumlah amaun duit caruman anda di dalam akaun KWSP. Yang paling utama, anda kena check baki akaun KWSP anda terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.

 

Cara mohon pengeluaran khas KWSP di pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Ketika artikel ini ditulis, pihak KWSP masih belum membuka pautan pengeluarankhas.kwsp.gov.my untuk pendaftaran dan permohonan lagi.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman kami, pihak KWSP akan menggunakan method atau pendekatan yang sama seperti pengeluaran sebelum-sebelum ini iaitu i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Apa yang kami kongsikan di bawah ini adalah berdasarkan langkah-langkah pengeluaran i-Sinar. Rasanya tidak banyak beza dengan Pengeluaran Khas. Sekiranya ada, kami akan kemaskini panduan ini:

    1. Layari portal rasmi Pengeluaran Khas di sini: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
    2. Klik MOHON SEKARANG
    3. Seterusnya, klik PERMOHONAN
    4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
    5. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
      • 010
      • 011
      • 012
      • 013
      • 014
      • 015
      • 016
      • 017
      • 018
      • 019
    6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
    7. Tekan butang TERUSKAN
    8. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
    9. Masukkan Nombor OTP tersebut (Jika tidak terima OTP melalui SMS, mungkin ada perlu tukar nombor telefon KWSP kepada nombor yang baru)
    10. Tekan butang SAHKAN OTP
    11. Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
    12. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem Pengeluaran Khas
    13. Ikuti Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
      • Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
      • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki
      • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan
    14. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
      • Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
      • Isikan Nombor MyKad.
      • Isikan Nombor Telefon Bimbit
      • Isikan Alamat Email
      • Isikan Alamat Rumah
      • Isikan Poskod
      • Isikan Bandar
      • Pilih Negeri
    15. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
      • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran Pengeluaran Khas online yang tertera seperti berikut:
        • Affin Bank Berhad
        • Agrobank
        • Al Rajhi Bank (M) Berhad
        • Alliance Bank
        • Ambank (M) Berhad
        • Bank Muamalat (M) Berhad
        • Bank Rakyat
        • Bank Islam (M) Berhad
        • BSN
        • CIMB Bank Berhad
        • Citibank Berhad
        • EON Bank Berhad
        • HSBC Bank (M) Berhad
        • Hong Leong Bank
        • Kuwait Finance House
        • Maybank
        • OCBC Bank (M) Bhd
        • Public Bank Bhd
        • RHB Bank Bhd
        • Standard Chartered
        • UOB (M) Bhd
      • Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
      • Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
      • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
      • Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit Pengeluaran Khas tidak dapat dimasukkan
      • Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
      • Tekan butang TERUSKAN
    16. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
      • Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
      • Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
      • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
      • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
      • Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
      • Jika tidak ada gambar, klik langkau
      • Pastikan pilihan semua selesai
      • Klik Hantar
  1. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
  2. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan Pengeluaran Khas anda
  3. Permohonan baru Pengeluaran Khas kini sudah selesai.

Sekadar makluman, anda dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan URL bukan rasmi daripada KWSP seperti iceria.com.my, pengeluarankhas.com.my mahupun ikhas.kwsp.gov.my. Semua URL yang disebutkan tadi tidak wujud dan bukan yang rasmi daripada KWSP.

Dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 berkenaan pengeluaran khas KWSP RM1000 secara one-off yang selama ini diperjuangkan oleh Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, beliau juga tidak menyebut nama i-Ceria.

Hati-hati semua.

 

Boleh saya guna URL ikhas.kwsp.gov.my?

Anda mungkin masih belum move on dengan i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar. Semuanya nak guna huruf “i”.

Untuk makluman anda, tidak ada terma KWSP i-Khas untuk pengeluaran kali ini. Tidak wujud URL https://ikhas.kwsp.gov.my. KWSP menamakan Pengeluaran Khas KWSP buta-buta begitu, tidak ada nama lain.

“Bukan ke panjang sangat dan susah nak taip?”

Ya, tahu pun. Kami pun dapat merasakan bahawa URL pengeluarankhas.kwsp.gov.my itu sangat panjang. Ada potensi untuk typo atau tersilap taip seperti pengeluarankhas.kwsp.gov.com, pengeluarankhas.com.my dan macam-macam lagi variasi.

 

Kenapa ada kod ralat 201 KWSP dan kod ralat 010 KWSP?

Kami tahu, anda tengah geram sekarang kerana mengalami masalah untuk meneruskan proses permohonan kerana menerima kod ralat 201 ataupun kod ralat 010.

Sejujurnya, kami tidak pasti kenapa ini berlaku. Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada pihak KWSP berkenaan error berkenaa dan seterusnya mengemaskini ruangan ini.

 

Semakan keputusan pengeluaran KWSP 10k

Mohon pun belum, macam mana mahu semak?

Sabar.

Kita selesaikan satu persatu.

Izinkan kami kongsikan segala yang berkaitan dengan pendaftaran, permohonan, kemaskini dan lain-lain terlebih dahulu.

Kalau anda tidak sabar, ini maklumat berkenaan semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP.

Anda boleh mula menyemak status kelulusan bermula 9 April 2022.

Ada 2 cara membuat semakan:

  1. Klik Semak Status Permohonan di portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran melalui i-Akaun

 

Apa yang saya perlu prepare sebelum buat pengeluaran khas KWSP ini?

Kelancaran urusan pengeluaran khas KWSP 2022

Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sebelum buat permohonan untuk mengeluarkan duit KWSP 10k. Antaranya ialah:

A) Kemaskini nombor telefon bimbit KWSP

Anda perlu kemaskini nombor telefon bimbit terkini yag berdaftar dengan KWSP.

Ini adalah penting supaya anda boleh menerima SMS yang mengandungi OTP / TAC bagi urusan dan transaksi secara online. Sila rujuk cara untuk kemaskini no telefon KWSP untuk maklumat lanjut.

Sila hadirkan diri ke kiosk KWSP yang berdekatan. Boleh rujuk senarai kiosk KWSP di seluruh Malaysia.

 

B) Buat semakan baki simpanan KWSP sebelum keluarkan

Sila semak samada baki simpanan KWSP mencukupi atau tidak. Contohnya, kalau mahu keluarkan RM10,000, pastikan baki simpanan anda melebihi RM10,000. Takkan mahu tinggalkan amaun kosong dalam KWSP. Sila rujuk cara untuk semak baki KWSP secara online yang lebih memudahkan.

Yang penting, bagi yang belum register KWSP online lagi, cepat-cepat daftar i Akaun KWSP online di secure.kwsp.gov.my untuk memudahkan lagi urusan pengeluaran khas ini nanti. Andai terlupa nombor KWSP, boleh semak no KWSP menggunakan IC sebelum meneruskan proses permohonan pengeluaran khas KWSP nanti.

 

C) Check samada akaun bank berdaftar dengan KWSP masih aktif

Seterusnya, anda juga perlu pastikan akaun bank anda yang berdaftar dengan KWSP adalah masih lagi aktif. Aktif di sini ialah tidak kena freeze atau ditutup kerana tiada apa-apa aktiviti.

Jika anda tidak pernah keluarkan atau masukkan duit dalam masa 3 bulan, 6 bulan mahupun 12 bulan, ia boleh dikira tidak aktif mengikut bank-bank tertentu.

Cara yang paling mudah ialah cuba login akaun perbankan Internet bank tersebut untuk memastikan akaun anda masih lagi aktif.

 

D) Check status akaun, atas nama sendiri

Ini satu lagi persediaan yang penting sebelum apply pengeluaran khas KWSP RM10,000. Anda hanya boleh mohon atas nama sendiri sahaja.

Jika akaun KWSP anda adalah akaun bersama ataupun akaun syarikat, anda tidak dibenarkan membuat permohonan untuk mengeluarkan duit KWSP.

Perlu diingatkan, anda hanya boleh apply untuk withdraw duit EPF atas akaun individu atau akaun peribadi atas nama sendiri.

 

Hanya satu cara untuk mohon pengeluaran khas KWSP iaitu secara online atau boleh isi borang di cawangan?

Ya, permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.

Pihak KWSP juga menegaskan bahawa permohonan pengeluaran ini hanya boleh dilakukan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Pengeluaran Khas KWSP melalui i-Akaun, kiosk dan cawangan

TIDAK ADA permohonan pengeluaran melalui:

  • i-Akaun
  • Kiosk
  • Cawangan

Sekiranya anda dihampiri oleh pihak ketiga yang menawarkan bantuan untuk pengeluaran dengan mengisi borang, sila jauhkan diri. Mereka mungkin berniat jahat.

Dan sekiranya ada yang ingin membantu anda mengeluarkan duit simpanan KWSP melalui kiosk dan meminta anda Kad Pengenalan, jangan layan. Itu semuanya scam.

Yang terakhir, jangan sesekali termakan tipu daya pihak lain yang mengatakan ada kemudahan mengeluarkan duit simpanan KWSP melalui i-Akaun. Ini juga tidak benar.

Sekali lagi kami ingin tegaskan, cara untuk mohon Pengeluaran Khas KWSP hanyalah melalui pengeluarankhas.kwsp.gov.my sahaja.

 

Duit RM10,000 bagi Pengeluaran Khas ini akan dikeluarkan dari Akaun 1 atau Akaun 2 KWSP?

Mula-mula, pihak KWSP akan ambil duit dari Akaun 2 anda. Andai kata tidak mencukupi, barulah KWSP akan tarik dari Akaun 1.

Sila ingat, amaun 10k itu ialah yang maksimum anda boleh keluarkan. Jika anda cuma ada sekitar RM6000, anda boleh keluarkan sekadar yang ada sahaja.

 

Bila wang KWSP RM10,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank?

Paling awal duit KWSP RM10k akaun dimasukkan dan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli KWSP ialah pada 20 April 2022.

Ini bermakna, anda perlu memohon pada hari pertama portal permohonan dibuka iaitu pada 1 April 2022. Janganlah terhegeh-hegeh buat permohonan pada 19 April 2022 dan berharap duit masuk pada keesokan harinya. Sila rancang betul-betul.

 

Bagus ke keluarkan KWSP 10k dan masukkan dalam ASB?

Macam-macam versi yang anda boleh baca di Internet berkenaan perkaran ini. Ada yang kata lebih baik keluarkan 10k dan masukkan terus dalam ASB sebab mudah nak keluarkan. Kalau duduk diam-diam dalam KWSP, memang sampai anda pencen nanti baru boleh keluarkan.

Ada pula yang kata biarkan sahaja terperap dalam KWSP. Alasan dia ialah KWSP pun bukan lekeh-lekeh punya investment. Dividen yang anda boleh dapat dari KWSP juga tinggi. Tak kurang juga yang beri sentimen negatif bahawa pelaburan ASB belum tentu tinggi pulangan.

Kami pun tak ada jawapan berkenaan simpan dalam ASB atau biarkan dalam KWSP. Ada baiknya anda solat 2 rakaat dan berdoa, minta petunjuk dari Allah.

Cuma nasihat kami, jangan pula anda keluarkan duit ASB untuk berjoli. Sudah baik-baik tersimpan untuk hari tua, anda gatal-gatal nak joli katak.

 

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kata, jangan keluarkan duit KWSP 10k

Dalam sidan media tadi, keputusan membenarkan permohonan pengeluaran KWSP 10k ini adalah satu keputusan yang sukar oleh pihak kerajaan. Ini adalah kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat. Pengeluaran khas KWSP 10k ini diluluskan dan dibenarkan kerana ada sesetengah rakyat yang terlalu memerlukan bantuan kewangan. Pengeluaran KWSP 10k ini hanyalah satu jalan tengah yang bakal mengimbangi keperluan mendesak rakyat dan juga simpanan masa hadapan.

Perdana Menteri menambah lagi, walaupun kerajaan telah membenarkan permohonan pengeluaran khas KWSP 10 ini, diharapkan agar rakyat tidak mengeluarkan simpanan ini, kecuali dalam keadaan yang betul-betul mendesak. Beliau juga berharap agar pencarum KWSP membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

 

KWSP minta berhati-hati, jangan kena tipu dengan scammer!

Bagi yang tak biasa memegang duit sekelepuk RM10,000, amaun tersebut memang banyak. Jadi, memandangkan ramai yang mencari maklumat berkenaan pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini, pasti ada puak-puak jahat di luar sana yang mengintai peluang dan cuba mengambil kesempatan.

Untuk makluman semua, KWSP tidak akan dan tidak pernah melantik pihak ketiga yang diberikan kebenaran menguruskan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran. Semuanya boleh dibuat sendiri, tanpa memerlukan orang ketiga.

Withdraw KWSP 10k

Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membantu anda, itu adalah scam.

Sekadar ingatan:

  • Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah mereka yang menawarkan bantuan
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam email
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam SMS
  • Jangan download apa-apa aplikasi pengeluaran KWSP yang meragukan
  • Sila daftar dan download aplikasi i-Akaun yang rasmi daripada KWSP sahaja
  • Boleh ikut cara daftar i-Akaun KWSP secara online melalui handphone

Seperti yang dimaklumkan tadi, sila tukar nombor telefon KWSP anda jika ada perubahan. Proses kemaskini no telefon ini penting kerana segala urusan KWSP secara online akan menggunakan TAC yang akan diterima melalui SMS.

 

Akhir kata

Kami berharap agar proses dan cara untuk mohon pengeluaran khas KWSP one-off RM10,000 adalah semudah i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar sebelum ini. Bagi yang masih muda, mungkin mudah untuk menggunakan portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Dari semasa ke semasa, sila buat semakan di portal dan akaun bank masing-masing untuk mengetahui samada duit Pengeluaran Khas KWSP masuk ke dalam bank mengikut tarikh yang ditetapkan.

Bagi yang sudah berusia, mungkin perlukan pertolongan anak-anak, saudara mara atau kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

32 thoughts on “Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP (Permohonan RM10k 2022)”

  1. Sya nak balik kampung jumpa emak yg sedang sakit sekarang ni,kerana sudah 7tahun sya tak balik kampung atas kesan pendemik covid19.Sya berharap luluslah,Amin ya Allah🤲😪

    Reply

Leave a Comment