Cara Mohon i-Citra 2021 (Apply & Isi Borang Permohonan iCitra Online)


Selepas i-Lestari dan i-Sinar, kerajaan sekali lagi  membenarkan pengeluaran duit KWSP melalui program yang dinamakan i-Citra. Izinkan kami berkongsi cara mohon i-Citra KWSP secara online.

Selepas buat permohonan nanti, untuk check samada lulus atau tidak, sila rujuk semakan kelulusan i-Citra.

[su_note]

Nota:

[/su_note]

1. Untuk apply, perlu isi borang i-Citra KWSP secara online?

Ya, anda daftar i-Citra dan mengisi borang permohonan i-Citra melalui icitra.kwsp.gov.my

2. Cara mohon i-Citra, adakah guna online application?

Ya, masih lagi sama. Perlu buat online application seperti i-Sinar. Cuma ada sedikit kelainan di mana amaun maksimum yang dibenarkan ialah RM5,000.

Berikut ialah cara untuk buat permohonan i-Citra.

[su_note]

Nota:

  • Selepas beberapa minit, sekiranya anda masih lagi tidak menerima SMS OTP / TAC, mungkin ada masalah dengan no telefon anda
  • Sila rujuk cara tukar no telefon KWSP
  • Dan jangan lupa baca cara mohon Bakul Prihatin Negara

[/su_note]

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  3. Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk Bukan Warganegara
  4. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  5. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif
  6. Tekan butang TERUSKAN
  7. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  8. Masukkan Nombor OTP tersebut
  9. Tekan butang SAHKAN NOMBOR OTP
  10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra
  11. Sekarang, anda perlu mengisi 4 bahagian
  12. Pertama sekali, Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
    • Anda akan dapat lihat paparan AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN
    • Amaun di atas adalah setelah ditolak amaun i-Sinar yang masih belum dibayar (sekiranya ada)
    • Amaun kelayakan yang dipaparkan adalah berdasarkan baki akaun anda setakat tiga (3) hari yang lalu
    • Andaikan AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN anda ialah RM5,000
    • Akan ada dua pilihan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
      • Klik untuk memohon RM5,000
      • Klik untuk mengurangkan Amaun Pengeluaran
    • Pilih Klik untuk memohon RM5,000
    • Anda akan dapat lihat JADUAL BAYARAN untuk:
      • Bulan 1
      • Bulan 2
      • Bulan 3
      • Bulan 4
      • Bulan 5
    • Tekan butang TERUSKAN
  13. Anda kini berada di Bahagian 2: Maklumat Permohonan
    • Semak MAKLUMAT PEMOHON
      • Nama Penuh
      • Nombor MyKad / MyPR
      • Nombor Telefon Bimbit
    • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
    • Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, pilih Ya
    • Masukkan Nama Bank
    • Masukkan Nombor Akaun Bank
    • Masukkan sekali lagi Nombor Akaun Bank
    • Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh tekan butang TERUSKAN
    • Jawab soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
      • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
      • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
      • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
      • Mengalami penguran pendapatan / gaji
      • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
      • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
      • Sebab-sebab lain
    • Jawab soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
      • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
      • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
      • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
      • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
      • Menambah simpanan / dana kecemasan
      • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
      • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
      • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
      • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
      • Perbelanjaan bukan keperluan asas
      • Hal-hal lain
    • Tekan butang TERUSKAN
  14. Anda kini berada di Bahagian 3: Pengesahan Permohonan
    • Sila semak MAKLUMAT PEMOHON
    • Sila semak JADUAL BAYARAN
    • Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan
    • Tick di ruangan Saya bukan robot
    • Tekan butang HANTAR
  15. Anda kini berada di Bahagian 4: Selesai
    • Jika semuanya berjalan lancar, permohonan i-Citra anda kini sudah selesai
    • Anda akan melihat paparan TERIMA KASIH
    • Ini menunjukkan bahawa permohonan i-Citra anda diterima
    • Sila screenshot dan simpan untuk rekod

 

3. Bila boleh mohon i-Citra KWSP?

Permohonan i-Citra akan dibuka bermula 12 Julai 2021.

 

4. Berapa banyak boleh apply & keluarkan duit KWSP melalui i-Citra?

Maksimum ialah RM5,000. Sila ambil maklum, jika baki anda tidak mencukupi, pengeluaran duit KWSP adalah bergantung kepada baki akaun KWSP anda.

 

5. Kalau baki ada banyak, berapa maksimum boleh keluarkan melalui iCitra?

Seperti yang dimaklumkan, KWSP membenarkan pengeluaran maksimum RM5,000 sahaja. Walau bagaimanapun, RM5,000 ini bukanlah untuk pengeluaran sekaligus.

Anda hanya boleh mengeluarkan RM1,000 sahaja setiap bulan. Jadi, jika permohonan i-Citra anda diluluskan pada bulan Julai 2021, anda akan menerima duit KWSP untuk 5 bulan seterusnya iaitu:

  1. Bulan pertama: RM1,000 pada bulan Ogos 2021
  2. Bulan kedua: RM1,000 pada bulan September 2021
  3. Bulan ketiga: RM1,000 pada bulan Oktober 2021
  4. Bulan keempat: RM1,000 pada bulan November 2021
  5. Bulan kelima: RM1,000 pada bulan Disember 2021

 

Bolehkah memohon i-Citra guna i-Akaun?

Hasil semakan kami, pengeluaran i-Citra hanya boleh dilakukan melalui https://icitra.kwsp.gov.my sahaja.

 

Akhir kata

Terima kasih kerajaan dan juga KWSP kerana masih lagi sudi membantu rakyat yang tersepit dengan wabak pandemik COVID-19 ini.

Diharapkan agar perkongsian cara mohon i-Citra ini akan memudahkan lagi urusan kehidupan anda.

Semoga bermanfaat.

45 thoughts on “Cara Mohon i-Citra 2021 (Apply & Isi Borang Permohonan iCitra Online)”

  1. Macam i sinar sy.duit banyak keluar.tapi cek xad sampai dekat saya.ad yg dapat cek tamat tarikh.mcn cek tamat tarikh.mcn mna cara utk sy buat.blh bg pejelasan mcn mna nk ke sy buat.

    Reply
  2. saya x boleh memohon …sya tidak tahu untuk kemaskini permohonan…ini pertama kali sya memohon…boleh anda membantu saya….

    Reply

Leave a Comment