icitra.kwsp.gov.my (Login i-Citra & Buat Permohonan KWSP 2021)


Bagi anda yang berhajat untuk keluarkan duit KWSP melalui i-Citra, boleh daftar dan login melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Cuma sebelum keluarkan duit, pastikan masih lagi ada baki dalam akaun KWSP anda.

Daftar i-Citra siap-siap supaya proses permohonan berjalan lancar. Bagi tahun 2022, anda boleh mohon i-Ceria pula melalui iceria.kwsp.gov.my

[su_note]

Nota:

[/su_note]

1. Login icitra.kwsp.gov.my

Sila ikuti panduan ringkas untuk login i-Citra seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Citra KWSP di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    • PERMOHONAN
    • SEMAK STATUS PERMOHONAN (AKAN DATANG)
    • SOALAN LAZIM
    • PANDUAN PENGGUNA
  3. Jika anda masih lagi belum daftar i-Citra, sila klik butang PERMOHONAN untuk memohon terlebih dahulu
  4. Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
  5. Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Citra, boleh terus klik SEMAK STATUS PERMOHONAN (apabila dibuka nanti) untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

2. Permohonan iCitra di www.kwsp.gov.my

[su_note]

SILA AMBIL PERHATIAN:

  • Permohonan i-Citra ini hanya boleh dikemukakan SEKALI sahaja
  • Jika tersalah isi, tidak ada permohonan kali kedua
  • Ini bermakna, kalau salah isi amaun atau jumlah pengeluaran, itu adalah muktamad
  • Tidak boleh dipinda lagi
  • Sila masukkan maklumat yang betul dan lengkap supaya tidak ada masalah nanti
  • Pilih amaun yang dimohon mengikut keperluan, bukan kehendak
  • Diulang sekali lagi, pindaan amaun TIDAK DIBENARKAN selepas permohonan iCitra dihantar
  • Anggota perkhidmatan awam yang mohon i-Citra berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak

[/su_note]

Untuk panduan yang lebih terperinci, sila rujuk cara mohon i-Citra secara online.

Secara ringkasnya:

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Akan ada dua pilihan ini:
    • Nombor MyKad / MyPR
    • Nombor Pasport / MyKAS
  3. Jika anda adalah Warganegara Malaysia, pilih Nombor MyKad / MyPR
  4. Lengkapkan ruangan Nombor Telefon Bimbit
    • Pilih Kod yang tersenarai iaitu:
      • 010
      • 011
      • 012
      • 013
      • 014
      • 015
      • 016
      • 017
      • 018
      • 019
    • Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan masih lagi aktif
  5. Tekan butang TERUSKAN
  6. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  7. Masukkan Nombor OTP tersebut
  8. Tekan butang SAHKAN NOMBOR OTP
  9. Anda kini berada di Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
    • Anda akan dapat lihat paparan AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN
    • Amaun di atas adalah setelah ditolak amaun i-Sinar yang masih belum dibayar (sekiranya ada)
    • Amaun kelayakan yang dipaparkan adalah berdasarkan baki akaun anda setakat tiga (3) hari yang lalu
    • Andaikan AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN anda ialah RM5,000
    • Akan ada dua pilihan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
      • Klik untuk memohon RM5,000
      • Klik untuk mengurangkan Amaun Pengeluaran
    • Pilih Klik untuk memohon RM5,000
    • Anda akan dapat lihat JADUAL BAYARAN untuk:
      • Bulan 1
      • Bulan 2
      • Bulan 3
      • Bulan 4
      • Bulan 5
    • Tekan butang TERUSKAN
  10. Anda kini berada di Bahagian 2: Maklumat Permohonan
    • Semak MAKLUMAT PEMOHON
      • Nama Penuh
      • Nombor MyKad / MyPR
      • Nombor Telefon Bimbit
    • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
    • Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, pilih Ya
    • Masukkan Nama Bank
    • Masukkan Nombor Akaun Bank
    • Masukkan sekali lagi Nombor Akaun Bank
    • Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh tekan butang TERUSKAN
    • Jawab soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
      • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
      • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
      • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
      • Mengalami penguran pendapatan / gaji
      • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
      • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
      • Sebab-sebab lain
    • Jawab soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
      • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
      • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
      • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
      • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
      • Menambah simpanan / dana kecemasan
      • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
      • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
      • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
      • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
      • Perbelanjaan bukan keperluan asas
      • Hal-hal lain
    • Tekan butang TERUSKAN
  11. Anda kini berada di Bahagian 3: Pengesahan Permohonan
    • Sila semak MAKLUMAT PEMOHON
    • Sila semak JADUAL BAYARAN
    • Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan
    • Tick di ruangan Saya bukan robot
    • Tekan butang HANTAR
  12. Anda kini berada di Bahagian 4: Selesai
    • Jika semuanya berjalan lancar, permohonan i-Citra anda kini sudah selesai

3. Buat semakan kelulusan i-Citra di www.kwsp.gov.my

Berikut ialah cara untuk buat semakan i-Sinar melalui portal i-Citra:

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
  3. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  4. Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
  5. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
  7. Tick Saya bukan robot
  8. Tekan butang SEMAK STATUS
  9. Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
  10. Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
  11. Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
  12. Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan
  13. Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
  14. Semakan kelulusan i-Citra anda selesai.

Tahniah jika lulus. Andai anda buat semakan i-Citra dan mendapat status tidak berjaya, jangan bersedih. Boleh hubungi KWSP untuk rayuan atau maklumat lanjut.

4. Check status pembayaran i-Citra di i-Akaun KWSP

Berikut pula ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan bayaran i-Citra melalui i-Akaun:

  1. Layari portal rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan USER ID
  3. Masukkan PASSWORD
  4. Tekan butang Login
  5. Pergi ke menu bahagian atas
  6. Klik WITHDRAWAL
  7. Lihat di sebelah kiri skrin
  8. Klik e-Pengeluaran
  9. Anda akan dapat lihat paparan senarai pengeluaran
  10. Lihat maklumat berikut:
    1. Withdrawal Type: i-Citra
    2. Status: APPROVED
    3. Submission Date: Tarikh anda hantar permohonan
    4. Updated Date: Tarikh KWSP kemaskini status bayaran
  11. Jika dapat status APPROVED dengan Updated Date yang terkini, sila check baki akaun bank anda samada bertambah atau tidak.

5. Semakan pembayaran duit i-Citra masuk dalam akaun bank

Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu happy. Tunggu sehingga pihak KWSP memasukkan duit dalam akaun bank anda. Ini kerana walaupun anda berhati-hati semasa mengisi maklumat bank tempohari, ada kemungkinan anda melalukan perkara berikut:

  • Tersalah isi nombor akaun
  • Memasukkan bank dan nombor akaun orang lain
  • Memasukkan nombor akaun bank yang tidak aktif lagi

Jika ini berlaku, anda mungkin mempunyai masalah untuk menerima duit i-Citra.

6. Saya tersilap masukkan jumlah pengeluaran. Boleh tak nak tukar amaun i-Citra?

Contohnya, anda layak mengeluarkan RM5,000, tetapi tersilap masukkan RM3,000 sahaja.

Jika anda ingin tukar semula amaun, ini adalah tidak dibenarkan. Tidak boleh kemaskini i-Citra.

Permohonan semula juga tidak dibenarkan.

7. Saya dah tak perlu duit i-Citra. Boleh tak nak batalkan?

Jika anda sudah mendapat status lulus permohonan i-Citra dan bakal menerima pembayaran i-Citra, tetapi ingin mengubah keputusan di saat-saat akhir, anda dibenarkan berbuat demikian.

Boleh terus hubungi pihak KWSP untuk proses membatalkan permohonan i-Citra.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian padat berkenaan icitra.kwsp.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk keluarkan duit di KWSP.

Bila sudah dapat duit, jangan boros sangat. Ingatlah hari-hari mendatang.

Semoga bermanfaat.

28 thoughts on “icitra.kwsp.gov.my (Login i-Citra & Buat Permohonan KWSP 2021)”

  1. Nak tukar nombor telefon dari yang lama ke baru…01139234319 ni nombor lama…nak tukar ke nombor baru 01169631583

    Reply
  2. Saya nak tukar nombor telefon baru , telefon lama saya sudah lama tidak guna lagi .
    Telefon lama saya pun sudah lama tidak aktif lagi .Telefon baru saya ialah 016-5257581.
    Saya mahu membuat pemohonan I-Citra , menyebabkan telefon lama tidak aktif lagi ,maka tak dapat menerima OTP .Harap pihak boleh menolong membuat penyelesaian secepat mungkin .
    Telefon baru saya ialah 016 5257581.
    Nama: Lee Mee Na
    IC: 811202-13-5392

    Reply
  3. Saya mohd arif b abd manap
    Ingin mohon i citra..sblm ni sy mohon i sinar melalui no tel lama0195882137..no ni sudah kena blok dan xblh pki lagi..d sebabkan itu sy mohon icitra ini dgn menggunakan no yg bru0139293982..sy bimbang klu mohon icitra dgn gunakan no bru ni no otp x sampai ke no ni..

    Reply
  4. My jaya a/p krishnan boleh tak batalkan permohoan saya.. Ini.. I dah batalkan.. I citra Dan I sinar sama ke..

    Reply
  5. Semakan i citra tiada dalam rekod…ada sebarang masalah kah…kedua…membuat permohonan sekali lagi tidak dapat..mengapa

    Reply
  6. Icitra ini bagus tuk kalangan semua orang…permohonan i citra ini saya nak dluluskan tuk meringankan beban ekonomi kebutuhan rumah tangga saya..

    Reply
  7. Saya dah tukar nombor telefon yang lama tak guna ini nombor telefon baru saya 01133484061 saya nak mohon i citra tapi tak boleh dan nombor id saya 820201086888 bila saya buat permohonan i citra tapi tak boleh nombor id saya tak ada dalam

    Reply
  8. Nak tukar no telefon bimbit secara online…sebab no yg di daftar untuk i akaun ssya hilang,boleh tak kalau buat online tak perlu ke kios sebab sekarang pkp..no lama saya 0178569467…jadi saya nak tukar dengan no yang sekarang 0178060250

    Reply
  9. Saya punya duit i-citra sudah masuk kah,,sms kwsp cakap sya punya i-citra masuk 8 hri bln ini tapi blm jga duit sya msuk.

    Reply

Leave a Comment