Semakan untuk i-Citra ada beberapa jenis. Antaranya ialah semakan status permohonan, semakan kelulusan dan juga semakan bayaran. Jadi, dalam perkongsian di bawah ini, kami akan menunjukkan cara untuk buat semakan bayaran i-Citra. Sangat penting untuk anda yang selalu sangat login untuk check i-Citra, dan asyik bertanya duit sudah masuk atau belum.
Izinkan kami berkongsi.
1. Bila tarikh bayaran i-Citra terkini?
Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP melalui Facebook, bayaran i-Citra bagi bulan seterusnya akan dibuat bermula 1 Oktober 2021.
Sila ambil maklum bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank pemohon adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank.
Ini bermakna anda tidak semestinya akan dapat menerima duit i-Citra tepat pada 1 Oktober 2021. Paling lewat, mungkin pada 4 Oktober 2021.
2. Semakan status bayaran i-Citra di icitra.kwsp.gov.my
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan i-Citra:
- Layari portal rasmi dan login i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
- Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN; atau
- Klik direct link ini: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan Nombor MyKad / MyPR
- Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
- Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
- 010
- 011
- 012
- 013
- 014
- 015
- 016
- 017
- 018
- 019
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
- Tick Saya bukan robot
- Tekan butang SEMAK STATUS
- Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
- Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
- Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
- Sila lihat paparan mengenai maklumat pembayaran
- Sila check baki akaun bank anda samada bertambah atau tidak.
- Selesai
3. Semakan pembayaran duit i-Citra dalam bank
Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu happy. Tunggu sehingga pihak KWSP memasukkan duit dalam akaun bank anda. Ini kerana walaupun anda berhati-hati semasa mengisi maklumat bank tempohari, ada kemungkinan anda melalukan perkara berikut:
- Tersalah memasukkan nombor akaun
- Memasukkan nombor akaun orang lain
- Memasukkan nombor akaun yang tidak aktif lagi
Jika ini berlaku, anda mungkin mempunyai masalah untuk menerima duit i-Citra.
Sekiranya semua berjalan lancar, berikut ialah panduan untuk semak baki akaun mengikut bank-bank tempatan seperti berikut:
- Maybank
- BSN
- Bank Islam
- RHB Bank
- Ambank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank
- Affin Bank
- Bank Rakyat
- CIMB Bank
- Bank Muamalat
- Public Bank
- Alliance Bank
4. Jadual pembayaran i-Citra 2021
Setiap individu yang mohon i-Citra mungkin akan menerima jadual bayaran yang berbeza-beza. Ini tidak sama seperti bantuan kerajaan yang mempunyai satu tarikh yang sama.
Pastikan anda tengok semula screenshot JADUAL BAYARAN yang anda ambil semasa membuat permohonan tempohari.
JADUAL BAYARAN tersebut akan menunjukkan:
- Bulan 1
- Bulan 2
- Bulan 3
- Bulan 4
- Bulan 5
Contohnya, jika anda mula memohon pengeluaran RM5,000 pada 15 Ogos 2021, secara asasnya JADUAL BAYARANanda akan terlihat seperti ini:
- September 2021: RM1,000
- Oktober 2021: RM1,000
- November 2021: RM1,000
- Disember 2021: RM1,000
- Januari 2022: RM1,000
4. Maklumat lanjut pembayaran iCitra
Siapa tak marah duit tak masuk-masuk bukan? Rasa macam nak pergi gegar pejabat KWSP sekarang juga.
Sabar. Kami faham perasaan itu.
Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai masalah pembayaran iCitra, layari semula https://icitra.kwsp.gov.my.
Sila tekan butang ASK LEYA di sebelah kanan bawah untuk bantuan.
Alternatif lain, anda juga boleh gunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
Hamburkan segala perasaan anda supaya lega apa yang terbenak di dalam hati.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan bayaran i-Citra KWSP ini akan memudahkan lagi urusan anda dalam mendepani hari-hari mencabar semasa tempoh pandemik ini.
Bagi yang belum mendaftar dan buat permohonan lagi, sila daftar i-Citra cepat-cepat sebelum tarikh tutup 30 September 2021 ini.
Semoga bermanfaat.
Can i know when I will receive my payment..
I still didnt received yet,my one CIMB Bank
Encik saya ingin bertanya bilakah saya boleh dapat duit dari icetra saya ini l
Bila saya boleh pergi ambil duit I citra saya
Encik,saya ingin bertanya bilakah duit i citra sye masok dalam bank islam
Bilakah tarikh pembayaran i citra saya bulan oktober sebelum ni pada 5,6 haribulan dah masuk icitra saya
Salam Encik, Bilakah duit masuk dalam bank i citra
Jadual pembayaran icitra bulan Okt,NOV,Dis
saya.nak bertanya….bilakah bayaran i.citra saya dapat untuk bulan oktober…
saya.nak bertanya….bilakah bayaran i.citra saya dapat untuk bulan oktober…bank BSN…
Encik,saya bulan pertama dapat 8ogos.untuk bulan oktober di kreditkan ke akaun (BSN) berapa hari bulan?
8hb bulan seterusnya mengikut tempoh pemprosesan pengkreditan oleh bank anda.
Saya lihat ada beberapa kekeliruan dalam artikel ini.
Antaranya, seperti yang kita sedia maklum, duit i-citra akan masuk ke dalam akaun bank mengikut tarikh pada bulan pertama duit telah dikreditkan kepada akaun bank anda.
Mengikut sumber yang saya perolehi, contohnya:
Ali menerima bayaran pertama i-citra pada 6 Ogos 2021, maka, bayaran seterusnya yang akan diterima ali ialah pada 6 September 2021 (Mengikut tempoh masa bank memproses pengkreditan duit i-citra anda).
Harap perkongsian saya dapat membantu anda semua.
ya tapi kenapa sampai sekarang belum masuk-masuk lagi,,sedangkan bulan pertama masuk5 Julai 2021
Saya dapat september 6/9/2021 dapat I-Citra di masukkan ke hong leong bank..kalau bulan oktober berapa kah Tarikh sepatutnya
Saya 6hb cek BSN x msuk lagi
Assalamualaikum sya nk bertanya bilakah pembayaran bg blan oktober.kt ikut bln prtama 5haribulan ni dh 6hb x msuk lg.bank BSN.
Bilakah duit i citra saya masuk akaun bsn..bulan ptama 28.8.21.bulan kedua 8.9.21.bulan oktober brapa haribulan
Hello Icitra duit saya last September on 6th this month still haven’t get yet. Can I know when will get cimb bank. Thank you.
Nak tanya bayaran icitra Oktober kenapa belum terima lagi
Saya ingin bertanya,macam mana untuk daftarkan i citra selepas tarikh permohonan sudah ditutup? Apakah masih ada kesempatan untuk memohon?
Sy terlewat untuk memohon i citra.Masihkah ada kesempatan untuk dapatkan pengeluaran i citra
Semakan menyatakan kemasukan pada awal bulan..tetapi sehingga hari ini kemasukan belum dijelaskan..
Bagaimana pula untuk melihat atau m3nga7d8t data kemasukan sebelum ini dipapan penyata kwsp daripada ilestari sehingga kini icitra?
Bayaran i citra saya bagi bulan october belum masuk Bank.sedangkan sekarang dah bulan november.