Kami tahu, anda adalah antara orang yang tak sabar-sabar nak check status Pengeluaran Khas KWSP dan ingin maklumat tarikh Pengeluaran Khas KWSP masuk dalam akaun bank bukan? Mesti nak tahu bila duit KWSP masuk kan? Tak payah tipu, kami tahu. Kalau tak, takkan anda Google sana, Google sini semata-mata nak tahu adakah orang lain pun mempunyai perasaan yang sama dengan anda iaitu mahu tahu status pembayaran KWSP 10k.
Sebelum anda check akaun bank, sila pastikan yang anda sudah buat semakan status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP 10k terlebih dahulu. Sila log masuk portal Pengeluaran Khas KWSP dan chek samada permohonan anda lulus atau tidak. Jangan menggelabah kalau duit KWSP anda belum masuk kerana tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini hanya bermula pada 20 April 2022.
Kami akan share beberapa perkara penting berkenaan semakan dan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini.
Bila tarikh duit Pengeluaran Khas KWSP masuk?
Berdasarkan FAQ, bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan bilakah tarikh akhir bayaran akan dibuat.
Jadi, kami berpendapat bahawa jika anda memohon pada 1 April 2022, anda bakal menerima bayaran pada 20 April 2022.
Sekiranya lewat daripada tarikh 1 April 2022, contohnya pada pertengahan bulan iaitu 15 April, mungkin anda akan menerima pembayaran lewat daripada 20 April 2022.
Jika anda mula memohon pada tarikh akhir iaitu 30 April 2022, kemungkina besar anda akan menjadi penerima yang paling lewat menerima duit KWSP masuk ke dalam akaun bank.
Jadi, jangan lewat-lewatkan permohonan. Kalau boleh cepat, cepatkan.
Macam mana cara pembayaran Pengeluaran Khas?
Pengeluaran Khas ini akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment). Jadi, beruntung juga sebab boleh dapat duit sekelepuk.
Duit KWSP 10k dah masuk ke?
Kalau baru submit pada 1 April 2022, janganlah berangan nak dapat RM10,000 pada 2 April 2022. Tunggulah setidak-tidak pada tarikh 20 April 2022.
Untuk kepastian, selain daripada status semakan di portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my; anda juga perlu menyemak baki duit dalam akaun anda.
Boleh rujuk pautan mengikut Perbankan Internet masing-masing seperti di bawah:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
- Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
- Affin Bank / Affin Islamic Bank
- RHB Bank / RHB Islamic Bank
- Bank Muamalat
- Maybank / Maybank Islamic
- Bank Islam
- Public Bank / Public Islamic Bank
- Agro Bank
- Ambank / AmIslamic Bank
Kenapa duit Pengeluaran Khas KWSP 2022 belum masuk lagi?
Satu sahaja kami boleh cakap.
Sabar.
Kadang-kadang, proses pembayaran bukan boleh dilakukan dalam masa 24 jam. Anda perlu faham bahawa pihak KWSP menerima jumlah permohonan yang sangat-sangat tinggi.
Sebagai contoh, andaikan 5 juta pemohon memohon untuk mengeluarkan duit simpanan dalam Pengeluaran Khas KWSP ini. Tentu sekali ia akan mengambil masa yang lama untuk diproses.
“Kan dah ada komputer. Kenapa slow sangat?”
Bertenang.
Komputer pun bukanlah bijak sangat. Ada masanya, komputer pun ada masalah juga.
Sudah-sudahlah menyalahkan pihak-pihak yang berkaitan.
Apa kata kita teruskan menunggu dengan sabar.
Apa nak buat kalau duit Pengeluaran Khas KWSP belum dapat lagi?
Nasihat kami, anda perlu check sekali lagi sekali. Double-check dan pastikan bahawa anda benar-benar mendapat status lulus Pengeluaran Khas KWSP, barulah layak menerima pembayaran.
Seperkara lagi, jika anda lulus sekalipun, ada kemungkinan duit belum masuk juga. Takut-takut duit tidak masuk ke dalam akaun bank sebab akaun bank anda tidak aktif.
Sila semak dengan pihak bank untuk kepastian.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini dapat melegakan hati anda. Seperti yang dimaklumkan tadi, jangan lupa semak cara bayaran juga.
Jika perlu, sentiasalah kemaskini KWSP online melalui i-Akaun kerana ia akan memudahkan urusan pada masa akan datang.
Semoga dipermudahkan semua urusan.
Sangat2 memberi motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Saya Masih permohonan ANDA telah diterima maksud tak lulus ke
bila duit kwsp saya masuk
Kenapa sya memohon 5 April bayaran ialah 30 April.lgi 30 April ialah hari sabtu kwsp ble buat bayaran ke.
Bilakah bayaran kwsp saya dikreditkan ke akaun saya
Bila saya boleh duit KWSP yang buat permohom 10.000 bila kah boleh terima duit tu kalau boleh secepat muking saya minta dipermudah kan segala urusan saya
Bila saya boleh duit KWSP yang buat permohom 10.000 bila kah boleh terima duit tu kalau boleh secepat muking saya minta dipermudah kan segala urusan saya bila duit KWSP saya boleh masuk dalam akaun saya
Bila saya boleh duit KWSP yang buat permohom 10.000 bila kah boleh terima duit tu kalau boleh secepat muking saya minta dipermudah kan segala urusan saya bila duit KWSP saya boleh masuk dalam akaun saya Mohd Noor zahir /21/04/2022 april
Saya rasa anda terkhilaf satu perkara. Saya mohon 1 April dan tarikh bayaran adalah pada 28hb April. Bukan seperti yang anda kongsikan.
Bila nak dapat duit kwsp nie, brg² keperluan raya banyak xbli lgi n brg² keperluan rumah pun xbli lgi..
Kenapa belum masuk lagi..sedang kan duit sdh di potong dlm i. Akaun… Bila cheak duit tak dha pun… Dlm bank….
dlm i akaun dha.. Kena potong… Tpi duit belum.. Masuk lgi.. Kata tgal 26….sampai skrng belum masuk pun
dapat ke pihak kwsp bayar pada 1 mei sebab satu mei bersamaan hari ahad
Jerm pkabu baju raya x beli lagi duit dapat lepas raya macam mana nak raya mcm ni baju x beli lagi anak bini pon x ada lagi baju raya jahanam mcm ni
Entah lh belalang
Tarikh last dapat bayaran kwsp khas?
Last date for kwsp khas
Tarikh bayaran 2mei hari ini bila duit akan masuk?
Kata 2mei bayarAn Lum suk lg…..
Korang ni buat rilek la, faham2lah berapa ramai yang mohon. Orang dah sruh sabar tu sabar jelah
Pejabat kwsp tutup ke masa raya..dan akan dibuka bila
Kwsp sudah tolak duit Saya pada 1 of May tetapi sampai hari ini account bank Saya still not yet receive any payment from kwsp. So what I need to do?