Pembayaran KWSP 10k 2022 (Bila Tarikh Duit Bayaran Pengeluaran Khas Masuk Bank?)


Kalau anda jenis rajin membaca, anda pasti sudah catat dan mark siap-siap kalendar bila tarikh pembayaran KWSP 10k bagi tahun 2022 ini. Penat sebenarnya nak jawab bila seorang demi seorang tanya, Ambank bila masuk? Seorang lagi tanya Maybank dah masuk ke?

Jadi, untuk memudahkan dalam proses menjawab persoalan orang ramai, mari sini kami jelaskan satu persatu berkenaan bayaran Pengeluaran Khas KWSP.

Bila tarikh pembayaran KWSP 10k 2022?

Untuk makluman, pembayaran KWSP 10k akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing mulai hari Rabu, 20 April 2022.

Walau bagaimanapun, pastikan anda sudah buat semakan kelulusan KWSP 10k terlebih dahulu. Sila login portal Pengeluaran Khas KWSP dan pastikan anda check status KWSP 10k anda betul-betul, samada lulus atau tidak.

Kalau TAK LULUS, mungkin ada sebab-sebab tertentu seperti baki simpanan kurang daripada yang sepatutnya. Kalau LULUS, ucapkan Alhamdulillah dulu. Selepas itu barulah tunggu duit masuk ke dalam akaun bank.

 

Kenapa duit KWSP 10k tak masuk lagi?

Jangan kalut dan menggelabah kalau pada tanggal 20 April 2022, duit bayaran KWSP 10k masih belum masuk. Ini adalah disebabkan oleh pembayaran berperingkat

Tentu sekali ia mengambil masa.

Sabar.

Faham tak maksud BERPERINGKAT?

Mari sini kami terangkan. Berperingkat itu menurut Kamus Dewan ialah bertingkat, bertahap, berkelas atau berperenggan.

Kalau tak faham definisi kamus, di bawah ini kami jelaskan definisi dalam layman term.

Kadang-kadang, proses pembayaran bukan boleh dilakukan dalam masa 24 jam. Anda perlu faham bahawa pihak KWSP akan masukkan duit bantuan ke dalam bank dahulu. Kemudian, barulah bank akan masukkan duit pembayaran KWSP 10k ke dalam akaun bank peribadi milik penerima.

Senang cerita, pihak KWSP perlu mengkreditkan amaun yang diluluskan ke bank-bank terlibat seperti Maybank, CIMB, RHB supaya pihak bank disburse ke akaun anda.

Pasti anda maklum bahawa ada berjuta-juta permohonan yang perlu disemak, diluluskan dan diselesaikan oleh pihak KWSP. Ia bukan boleh dilakukan sekaligus.

 

Kalau tak ada akaun bank, boleh terima bayaran KWSP RM10k?

Tidak.

Hasil pembacaan kami, duit KWSP 10k ini hanya akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemilik. Anda tidak dibenarkan mengambil wang Pengeluaran Khas KWSP secara tunai di mana-mana kaunter cawangan KWSP dan juga bank-bank terpilih.

Seperkara lagi, bahaya jika bawa wang tunai banyak-banyak. Takut-takut ada penyamun yang tunggu di luar.

 

Duit pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10k dah masuk ke?

Susah untuk kami kemaskini bank mana yang dah masuk, bank mana yang belum. Kami sarankan anda ambil inisiatif sendiri untuk menyemak akaun bank masing-masing. Jika amaun bertambah, maka duit KWSP 10k sudah masuk. Jika baki masih sama, mungkin belum masuk lagi.

Berikut ialah link untuk check baki dalam akaun bank masing-masing:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank
  • RHB Bank / RHB Islamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Maybank / Maybank Islamic
  • Bank Islam
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Ambank / AmIslamic Bank

 

Nak buat apa kalau bayaran KWSP 10k belum masuk?

Anda perlu check sekali lagi, pastikan bahawa anda benar-benar mendapat status lulus Pengeluaran Khas KWSP dan layak menerima pembayaran. Sekiranya anda tak lulus dan awal-awal lagi tak layak, buang masa sahaja menunggu duit masuk. Tak payah fikir akan berlaku magic.

Kalau masih lagi belum masuk, sila hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

 

Akhir kata

Tahniah kami ucapkan kepada mana-mana individu yang sudah terima bayaran KWSP 10k. Tercapai juga niat untuk pegang duit RM10,000 sekelepuk. Yang penting, rancang kewangan anda. Bimbang duit RM10k tersebut cepat habis jika tidak dirancang dengan betul.

Bagi yang masih menunggu bila KWSP 10k masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit.

Bagi rakyat Johor pula, sudah boleh cuba dapatkan maklumat lanjut berkenaan Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

5 thoughts on “Pembayaran KWSP 10k 2022 (Bila Tarikh Duit Bayaran Pengeluaran Khas Masuk Bank?)”

  1. Saya anak yatim yg perlukan bantuan,saya mempunyai seorang anak yg perlu ditanggung yg masih bersekolah dan ibu berumur 67tahun.saya juga perlukan bantuan kerana saya juga merupakan individu yg baru keluar dari penjara.harap permohonan saya diterima.terima kasih.

    Reply

Leave a Comment