Bantuan Johor 2022 (Bantuan Kasih Bangsa Johor, BUKAN MyKasih)


Beruntung jadi rakyat negeri Johor. Sudahlah dapat Menteri Besar baru, dapat lagi bantuan terbaru yang dinamakan Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022. Bantuan Kasih Bangsa Johor ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi pada jam 12.00 tengahari, 14 April 2022.

Jumlah bantuan adalah sebanyak RM144.38 juta yang bakal memberikan manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.
Inisiatif ini merangkumi lima kategori utama, iaitu kemasyarakatan, kebajikan, orang muda Johor, pendidikan dan ekonomi. Bantuan ini juga adalah satu tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor di samping menyedari masih ramai rakyat memerlukan bantuan dan sokongan.

Bantuan apa yang ada dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 ini?

Secara ringkasnya, ada 23 jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor.

Antaranya ialah:

  1. Bantuan Beras Bangsa Johor
  2. Bantuan RM300 Kepada Pekerja Ekonomi Gig (Pemandu Teksi, E-hailing & Penghantar Makanan)
  3. Bantuan RM300 Kepada Pemandu Bas Awam Dan Bas Ekspress
  4. Bantuan RM300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar Dengan Jabatan Perikanan
  5. Bantuan RM500 Kepada Imarah Masjid Dan Surau
  6. Bantuan RM500 Kepada Ketua Kampung
  7. Bantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor
  8. Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
  9. Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
  10. Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas Dan Anak Yatim
  11. Bantuan Anak Johor Prihatin
  12. Bantuan Program i-Berkat
  13. Bantuan Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat (PPR)
  14. Bantuan Insentif Rumah Sewa Kerajaan (RSK)
  15. Bantuan RM1000 Kepada Pasangan Raja Sehari
  16. Bantuan Geran Southern Volunteers
  17. Bantuan Geran Majlis Belia Negeri Johor
  18. Bantuan Geran Dewan Muda Johor
  19. Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 Kepada Pelajar Sekolah Rendah
  20. Bantuan Mahasiswa IPTA / IPTS
  21. Bantuan Biasiswa Bangsa Johor
  22. Bantuan Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  23. Bantuan Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

 

Adakah bantuan ini sama dengan MyKasih Johor?

Ramai yang bertanyakan soalan ini. Jawapannya, tidak sama.

Untuk makluman, MyKasih ialah inisiatif daripada MyKasih Foundation.

Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 pula ialah inisiatif daripada kerajaan Negeri Johor.

Jangan keliru.

 

Bila boleh dapat Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 ini?

Tidak dimaklumkan tarikh khusus berkenaan pembayaran bantuan ini. Walau bagaimanapun, peruntukan RM144.36 juta bagi BKBJ ini dikatakan akan dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2022.

 

Bantuan apa yang menarik?

Bantuan Mahasiswa Johor 2022

Kerajaan negeri Johor juga akan memberikan Bantuan Mahasiswa Johor yang berjumlah RM500 untuk pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diplomoa dan RM1000 untuk pelajar yang melanjut pelajaran di peringkat ijazah.

 

Biasiswa Bangsa Johor 2022

Biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar-pelajar di Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Biasiswa ini akan digunakan untuk membiayai yuran pelajaran bagi pelajar-pelajar di peringkat diploma, ijazah dan sarjana.

 

Biasiswa Khas Persekolahan Johor 2022

Sebanyak 123,361 murid sekolah rendah dikenalpasti akan menerima bantuan khas persekolahan ini. Amaun bantuan yang bakal diterima ialah RM150.

Bantuan khas persekolahan ini hanya terpakai untuk pelajar sekolah rendah atau sekolah kebangsaan sahaja. Tiada bantuan persekolahan untuk pelajar sekolah menengah.

 

Bantuan Raja Sehari 2022

Ini yang paling menarik dalam semua bantuan ini. Kepada mana-mana pasangan rakyat Johor yang baru kali pertama berkahwin, mereka akan diberikan bantuan Raja Sehari yang berjumlah RM1000. Walau bagaimanapun, syarat untuk melayakkan menerima bantuan ini ialah pasangan mestilah berpendapatan bersama bawah RM5000.

 

Bantuan Grab, GrabFood & foodpanda

Pemandu Grab, abang foodpanda dan rider GrabFood dan boleh senyum. Lebih kurang 11,790 pekerja gig ini akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri Johor.

 

Bantuan Untuk driver Bas Ekspress & Bas Awam

Abang-abang driver bas awam dan bas ekspress yang berjumlah 2,400 orang juga kana menerima bantuan ini.

 

Bantuan Nelayan Johor 2022

Mana-mana nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan yang berjumlah 11,267 juga dijangka akan menerima manfaat.

 

Akhir kata

Walaupun sudah ada BKM dan Pengeluaran Khas KWSP 10k, diharapkan agar Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 ini dapat menjadi buffer dan menambah keupayaan untuk terus survive pasca-Covid19

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh didapati daripada portal rasmi kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

5 thoughts on “Bantuan Johor 2022 (Bantuan Kasih Bangsa Johor, BUKAN MyKasih)”

  1. Tima kasih kerajaan johor atas kèprihatian kepada kami pemandu e-hailing da semua food drive …
    Banyuan rm300 tu alhmdulilah la tpi sikit sangatla…bgila rm500….berasa dikiy 0

    Reply
  2. Salam muafakat johor…saya golongan b40 dan anak jati johor nk tahu…adakah peruntukkn bntuan 150 utk pelajar sek rendah yg d salurkn dr kerajaan negeri johor ke sekolah perlu mngikut tngga gaji atau ada syarat yg d ttpkn…mohon beri pncerahan dn respon sebaik mungkin

    Reply
  3. Salam muafakat johor…saya golongan b40 dan anak jati johor nk tahu…adakah peruntukkn bntuan 150 utk pelajar sek rendah yg d salurkn dr kerajaan negeri johor ke sekolah perlu mngikut tngga gaji atau ada syarat yg d ttpkn…#mohon beri pncerahan dn respon sebaik mungkin💓

    Reply

Leave a Comment