Check KWSP 10k (Semakan Status LULUS / TIDAK Pengeluaran Khas)


Untuk makluman, anda sudah boleh login portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sekarang untuk check KWSP 10k anda. Kami faham, semua orang nak tahu status semakan KWSP 10k bagi Pengeluaran Khas samada LULUS atau TIDAK.

Tapi ramai yang kecewa kerana paparan status hanya menunjukkan PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA. Jadi, apa petanda KWSP 10k diluluskan? Bila boleh tahu status kelulusan yang sebenar-benarnya?

Izinkan kami berkongsi.

Bila tarikh boleh check status kelulusan pengeluaran khas KWSP 10k?

Semakan kelulusan akan dibuka bermula 20 April 2022. Dikatakan bahawa siapa yang mohon awal pada 31 Mac 2022 akan dapat kelulusan awal.

Bagi yang memohon pada tarikh 1 April 2022, mungkin akan dapat kelulusan lewat sedikit.

 

Bila tarikh boleh check status pembayaran pengeluaran khas KWSP 10k?

Walaupun semakan kelulusan boleh dibuat lebih awal, semakan status pembayaran KWSP 10k pula hanya akan bermula pada 20 April 2022.

 

Cara check KWSP 10k LULUS atau TIDAK

Untuk makluman, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 di pautan rasmi KWSP di sini.

Sekiranya semua syarat-syarat nombor 2, 3, 4, dan 5 dipenuhi, kami jangkakan tidak akan ada masalah untuk mendapat kelulusan.

Berikut ialah cara untuk login pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan membuat semakan KWSP 10k secara online, bagi mengetahui status permohonan Pengeluaran Khas samada LULUS atau TIDAK:

  1. Layari portal rasmi Pengeluaran Khas di sini: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau direct link https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status
  2. Klik TERUSKAN
  3. Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
  5. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
  7. Tick kotak empat segi Saya bukan robot
  8. Tekan butang SEMAK STATUS
  9. Anda kini boleh lihat maklumat STATUS PERMOHONAN seperti yang terpapar.
  10. Jika anda melihat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMAini bermakna permohonan anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  11. Walau bagaimanapun, jika anda mendapat paparan status PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD, anda perlu semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  12. Untuk mengetahui samada anda lulus atau tidak dalam pengeluaran sebelum ini seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, anda akan dapat melihat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN. Bagi Pengeluaran Khas ini, tidak diketahui samada paparan ini akan muncul atau tidak. Pihak KWSP masih belum menjawab persoalan ini.
  13. Selesai

Sila ambil maklum bahawa ini hanyalah status semakan kelulusan sahaja dan bukan pembayaran duit KWSP 10k.

 

Status anda warna purple atau bertukar hijau?

Ramai yang maklum, jika status anda masih terpapar PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA, latar belakangnya berwarna ungu atau purple.

Tapi jika sudah mendapat status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN, ia akan bertukar menjadi hijau.

 

Macam mana nak semak pembayaran KWSP 10k melalui i-Akaun?

Sekiranya anda telah daftar KWSP online, anda boleh check status Pengeluaran Khas melalui i-Akaun. Jika belum ada, sila register i-Akaun KWSP online dengan kadar segera. Ini juga akan membolehkan anda menyemak tarikh dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan Pengeluaran Khas KWSP menggunakan desktop computer:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
  3. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan PASSWORD
  6. Tekan butang Login
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • PROFILE
    • NOMINATION
    • SIMPANAN SHARIAH
    • MY ACCOUNT
    • ENQUIRY
    • INVESTMENT
    • WITHDRAWAL
    • INBOX
  9. Klik WITHDRAWAL
  10. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
  12. Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
  13. Selesai

 

Apa maksud Permohonan Diterima KWSP?

Jika sudah buat semakan, pasti anda akan dapat melihat status Permohonan Diterima dengan ayat “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA”. Ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima oleh pihak KWSP.

Walau bagaimanapun, terima tidak bermakna lulus. Macam kita pos barang ke sesuatu tempat. Hantar tidak bermakna dapat.

Ringkas cerita, permohonan anda juga sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat oleh pihak KWSP. Bukan mudah untuk proses berjuta-juta permohonan. Tentulah ia akan mengambil masa.

Jangan panik kalau tak terima status lulus. Tunggu dengan tabah.

Bagi yang masih lagi belum buat permohonan, sila mohon KWSP 10k secepat mungkin sebelum tarikh tutup.

 

Confirm lulus ke kalau dapat status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA?

Wallahua’alam.

Pihak KWSP tidak menjawab persoalan ini. Kalau ikut secara logik, TERIMA itu TERIMA. Belum tentu lulus. Sepatutnya ada status yang menunjukkan LULUS bagi mengesahkan kelulusan permohonan Pengeluaran Khas.

Kami sarankan anda rujuk laman Facebook KWSP untuk maklumat pantas dari semasa ke semasa.

 

Apa maksud Permohonan Tiada Dalam Rekod KWSP?

Jika sudah buat semakan dan melihat status “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”, ia membawa makna yang lain.

Sekiranya permohonan anda tiada dalam rekod, anda perlu semak semula dan pastikan segala maklumat yang dimasukkan adalah sama atau tally dengan maklumat semasa permohonan dibuat. Maklumat tersebut metilah sama bagi mengelakkan masalah permohonan tidak diluluskan.

Jika anda masih lagi mengalami masalah yang sama dengan error “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”, anda dinasihatkan supaya menghubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848.

 

Apa maksud PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN KWSP?

Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula.

Ini adalah paparan seperti sebelum-sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar.

Sudah tentulah status ini menunjukkan permohonan KWSP 10k anda telah diluluskan. Rasanya berbaloi menunggu status bertukar daripada PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA kepada PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN.

Sekarang apa perlu buat?

Tunggu sahaja duit bayaran KWSP anda. Jika anda mohon RM10k, tunggulah RM10k masuk dalam akaun.

Tazzzabarrrr kan?

Samalah.

 

Macam mana kalau tersilap masukkan no akaun bank? Boleh kemaskini permohonan Pengeluaran Khas KWSP?

Sudah kami pesan semasa buat permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10k tempohari supaya semak betul-betul. Sekiranya masih lagi berlaku kesilapan kerana memasukkan nombor akaun yang yang salah, anda tidak dibenarkan untuk buat kemaskini.

Macam mana nak dapat bayaran KWSP 10k?

Untuk makluman, pembayaran akan digantikan dengan Cek Jurubank.

 

Akhir kata

Alhamdulillah jika anda mendapatkan keputusan LULUS. Sekarang, anda perlu standby anda alert dengan makluman berkenaan pembayaran dan tarikh bayaran KWSP 10k untuk mengetahui bila duit KWSP 10k masuk.

Bagi yang tidak berjaya, sila hubungi pihak KWSP untuk membuat rayuan Pengeluaran Khas.

Buat pelajar-pelajar universiti yang pastinya belum lagi ada KWSP, boleh daftar dan claim ePemula yang berjumlah RM150.

Akhir sekali, diharapkan agar perkongsian mengenai semakan KWSP 10k ini dapat memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Check KWSP 10k (Semakan Status LULUS / TIDAK Pengeluaran Khas)”

  1. maklumat admin ni temberang.
    mana ada bgtau LULUS / TIDAK LULUS.
    Cuma ada “permohonan anda telah diterima”

    admin admin admin….
    semak dulu, baru sembang!
    🤣🤣

    Reply
  2. Kenapa perlu ada lulus atau gagal. Amat malang jika permohonan seseorang itu gagal. Dah la mengharap. Bukan guna duit mak bapak atuk nenek moyang hang

    Reply

Leave a Comment