Petanda KWSP 10k Diluluskan (Apa Tanda Lulus Permohonan Pengeluaran?)


Ramai pemohon Pengeluaran Khas KWSP yang tertunggu-tunggu jawapan adakah permohonan mereka ini di luluskan oleh KWSP atau tidak. Boleh dikatakan, hampir setiap hari akan login portal rasmi KWSP di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my untuk buat semakan KWSP  RM10k, hanya untuk melihat status sudah berubah atau belum. Semua nak tahu apa petanda KWSP 10k diluluskan.

Izinkan kami berkongsi.

Kenapa login setiap hari untuk buat semakan KWSP 10k?

Bagi yang sudah submit permohonan Pengeluaran Khas KWSP, anda pasti akan melihat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA yang berlatar-belakangkan warna merah. Ya, memang tidak ada masalah dengan status ini.

Yang buat pemohon tak senang duduk ialah status ini tidak berubah-ubah sejak hari pertama permohonan yang bermula pada 1 April 2022.

Kebanyakan pemohon tertanya-tanya dan ternanti-nanti bilakah akan diluluskan. Ini kerana penerimaan bukanlah bermaksud kelulusan. Itu yang rasa tidak sedap hati.

 

Jadi, apa petanda KWSP 10k diluluskan?

Kalau mengikut pengeluaran sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ada satu lagi paparan lain yang menunjukkan pemohon telah menerima kelulusan daripada KWSP.

Sepatutnya, status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA akan bertukar kepada PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN yang berlatarbelakang warna hijau. Ini terpakai bagi permohonan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Agak pelik kerana Pengeluaran Khas KWSP tidak memaparkan status ini sehingga ke hari ini.

 

Apa perlu buat kalau tiada status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN?

Selagi pihak KWSP tidak membuka mulut berkenaan perkara ini, selagi itulah pemohon KWSP 10k akan tertanya-tanya bila mereka akan tahu status kelulusan.

Semakan di laman Facebook rasmi KWSP juga tidak menunjukkan apa-apa kemaskini terbaru. Posting terakhir adalah pada 11 April 2022 berkenaan aplikasi KWSP yang mencurigakan.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi memastikan keselamatan maklumat peribadi, ahli KWSP dinasihatkan agar jangan download sebarang aplikasi mencurigakan daripada sumber yang tidak sah.

 

Kalau lulus permohonan KWSP 10k, perlu buat apa?

Pertama sekali, ucapkanlah Alhamdulillah dahulu. Selepas itu pastikan buat semakan pembayaran KWSP 10k bagi memastikan duit benar-benar masuk dalam akaun bank.

 

Akhir kata

Kami tidak ada apa-apa maklumat berkenaan petanda KWSP 10k diluluskan. Sama seperti anda, kami juga menunggu perkhabaran menarik daripada pihak KWSP.

Sama-sama kita tunggu.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment