Daftar & Claim ePemula (Sekarang eBelia)


Lebih dua juta orang-orang muda, remaja atau belia di Malaysia akan menerima faedah daripada program ePemula 2022 yang diumumkan oleh kerajaan. Nilai keseluruhan untuk program ePemula ini ialah RM300 juta. Untuk 2023, ia dipanggil eBelia.

Anda boleh claim amaun yang diberikan oleh kerajaan melalui beberapa eWallet yang menyertai program ini. Cuma tidak pasti samada boleh cash out ePemula atau tidak. Antara penyedia eWallet yang menyertai program ini ialah ePemula Shopee, ePemula BigPay, ePemula Grab dan ePemula TNG. Adakah anda salah seorang yang tergolong dalam kategori ini? Jika ya, Alhamdulillah. Seperkara lagi, jika anda golongan B40, sila alert berkenaan bantuan tablet untuk pelajar IPT yang dinamakan pakej PerantiSiswa.

Berapa amaun duit bantuan ePemula 2022?

Pertama sekali, ini bukan bantuan duit tunai seperti BR1M, BPR, BPN, BKC, BKM dan sebagainya. ePemula akan diberikan dalam bentuk kredit sahaja sebanyak RM150. Khas untuk belia sahaja. Sekarang sudah dijenamakan semula dan dipanggil eBelia.

Yang sudah berumur, sila main jauh-jauh.

Berapa umur belia yang layak dapat bantuan ePemula 2022?

Untuk melayakkan anda menerima kredit RM150 dalam program ePemula, anda mestilah berumur 18-20 tahun pada tahun 2022.

Masih tak clear?

Untuk mudah faham, anda mestila lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004 sahaja. Sekiranya anda lahir pada tahun 2001, anda tidak layak kerana anda sudah terlebih umur iaitu 21 tahun. Sekiranya anda lahir pada tahun 2005, anda juga tidak layak kerana masih bawah lingkungan umur yang dibenarkan iaitu 17 tahun.

Ingat, hanya yang berumur 18, 19 dan 20 tahun sahaja layak menerima ePemula 2022.

Apa syarat lain untuk dapat kredit RM150 ePemula 2022?

Selain faktor umur, anda juga mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang aktif di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Untuk lebih mudah faham, anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang mengambil diploma, sijil kemahiran SKM4 dan ke atas. Ini termasuk IPTA dan juga IPTS. Yang paling utama, kursus yang diambil mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan.

Macam mana nak tahu diiktiraf atau tidak?

Permohonan anda akan disemak silang. Takkan kerajaan buta-buta nak bagi duit macam itu sahaja tanpa buat semakan. Kalau anda dah habis sekolah tapi tak sambung belajar dan menganggur di rumah sambil goyang kaki tengok TikTok, anda tidak akan dapat apa-apa. Itulah, suruh belajar tak nak.

Apa eWallet yang boleh digunakan untuk tebus kredit ePemula?

Pemohon boleh memohon amaun sebanyak RM150 melalui e-Wallet pilihan masing-masing iaitu GrabPay, ShopeePay, BigPay dan Touch n Go eWallet. Boost tidak termasuk dalam program ePemula ini.

Untuk makluman, seperti yang dinyatakan di aas, hanya 4 eWallet sahaja yang menyertai program ini.

Ini bermakna, anda perlu mengaktifkan eWallet ini sebelum menerima kredit ePemula.

Bila boleh daftar ePemula?

Kami dimaklumkan bahawa anda boleh mula mendaftar atau register untuk program ini bermula 11 April 2022.

Cara daftar ePemula 2022

Menurut hantaran di Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, tidak dinyatakan pautan yang boleh digunakan untuk mendaftar.

Kami akan kemaskini artikel ini sekirnaya menerima maklumat baru.

Bila tarikh tutup untuk claim ePemula?

Tarikh tutup permohonan ePemula ialah 1 Jun 2022.

Bila boleh dapat kredit atau claim ePemula?

Kami belum dimakluman lagi berkenaan pekara ini. Kami akan segera kemaskini artikel ini sejurus menerima maklumbalas daripada pihak terbabit.

Walau bagaimanapun, menurut pembacaan kami, untuk meluluskan permohonan ePemula, data pemohon akan disemak melalui database kerajaan. Apabila sudah approve, database ini akan sync dengan data daripada penyedia eWallet tersebut iaitu Grab, Shopee, BigPay dan Touch n Go.

Dikatakan bahawa selepas mendapat kelulusan permohonan, kredit RM150 ini akan dimasukkan dalam akaun eWallet masing-masing dalam masa 72 jam.

Wallahua’alam.

Macam mana nak daftar eWallet untuk terima RM150?

Kalau belum ada eWallet, kami sarankan siap-siap daftar supaya tidak kalut dan mudah untuk menerima kredit ePemula nanti. Jemput rujuk panduan pendaftaran bagi setiap eWallet seperti di bawah:

  1. GrabPay
  2. ShopeePay
  3. BigPay
  4. Touch n Go eWallet

Akhir kata

Tahniah kami ucapkan kepada pihak kerajaan kerana masih cakna akan cabaran remaja Malaysia masakini. Walaupun amaun RM150 dalama ePemula 2022 itu tidaklah banyak mana, diharapkan agar ia dapat digunakan untuk tujuan-tujuan pembelajaran. Ini terpakai untuk pelajar-pelajar universiti.

Kepada orang-orang muda yang lain, nasihat kami, apabila sudah menerima bantuan ePemula RM150 ini, janganlah beli yang bukan-bukan pula. Beli yang penting-penting sahaja.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

1 thought on “Daftar & Claim ePemula (Sekarang eBelia)”

Leave a Comment