Cara Aktifkan GrabPay (Register Grab E-Wallet Guna Mobile App Grab)


Walaupun zaman sudah semakin maju, namun tidak semua orang tahu bagaimana cara aktifkan GrabPay. Jika anda ingin tahu tentang cara aktifkan GrabPay, anda telah sampai ke tempat yang betul.

Sebelum itu, Grab pada awalnya dikenali dengan khidmat pengangkutan seperti teksi.

Namun sesuai dengan peredaran masa, Grab kini telah menaiktaraf perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan mobile app Grab yang merangkumi pelbagai perkhidmatan seperti GrabPay untuk kemudahan pelanggan.

Jadi, untuk menjawab soalan mengenai cara aktifkan GrabPay, mari ikuti perkongsian pada artikel kali ini.

Izinkan kami berkongsi.

1. Jenis perkhidmatan yang disediakan di dalam mobile app Grab

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Grab menyediakan banyak perkhidmatan untuk memenuhi keiginan dan permintaan pelanggan. Selain daripada GrabPay, terdapat pelbagai lagi pilihan yang ada.

Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Penghantaran Makanan.
  2. Pengangkutan.
  3. Perkhidmatan Penghantaran.
  4. Barangan Runcit atau Pasar Raya.
  5. Pembayaran Bil.
  6. Perkhidmatan Prabayar.
  7. Kad Ucapan atau Hadiah.
  8. Hotel.
  9. Membersih & Membetulkan.

 

2. Cara aktifkan GrabPay kali pertama melalui mobile app Grab

Ini adalah cara aktifkan GrabPay kali pertama melalui aplikasi Grab yang ada di dalam telefon pintar anda. Cara aktifkan GrabPay adalah sangat mudah dan ringkas.

Rujuk cara di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Grab melalui Google Play Store dan Apple App Store.
  2. Buka aplikasi Grab anda.
  3. Sila klik OK pada setiap Access Device yang diperlukan untuk melindungi akaun anda.
  4. Tekan ALLOW pada setiap akses.
  5. Pada laman pendaftaran akaun, sila masukkan Mobile Number atau boleh terus mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google.
  6. Tekan butang Continue.
  7. Anda akan menerima Code Verification melalui Mobile Number atau akaun yang telah anda daftarkan tadi.
  8. Masukkan Code Verification pada ruangan yang disediakan.
  9. Pada paparan berikutnya, masukkan Full Name dan Email Adress yang hendak didaftarkan untuk akaun Grab.
  10. Selesai pendaftaran.
  11. Sila aktifkan butang Location anda ketika menggunakan aplikasi Grab.
  12. Cara aktifkan GrabPay anda telah selesai.

PERHATIAN

  • Dengan mendaftar akaun Grab, anda sudah mengaktifkan GrabPay anda secara automatik.
  • Untuk penggunaan fungsi GrabPay yang lebih lancar, sila lengkapkan proses verifikasi.

 

3. Cara lengkapkan proses verifikasi GrabPay kali pertama

Untuk pengetahuan anda, bagi mereka yang baru mendaftar akaun Grab kali pertama, anda harus melengkapkan proses verifikasi untuk melancarkan penggunaan fungsi GrabPay pada bila-bila masa.

Sila ikuti cara-cara lengkapkan proses verifikasi GrabPay seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi Grab pada telefon pintar anda.
  2. Pada laman utama Grab, anda akan dipaparkan dengan pilihan perkhidmatan seperti:
    • Food
    • Transport
    • Delivery
    • Mart
    • Bills
    • Prepaid
    • Gift Cards
    • Hotel
    • Clean & Fix
  3. Tekan pada bahagian GrabPay.
  4. Notis Complete Customer Identification akan dipaparkan.
  5. Tekan OK, Let’s Go.
  6. Anda akan dibawa ke bahagian setup GrabPay Wallet.
  7. Masukkan Nama Penuh Anda.
  8. Tekan icon next seperti ini: >
  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Passport.
  10. Tekan Submit.
  11. Laman Start Cashless Payment akan terpapar.
  12. Sila tekan Upgrade Wallet Now.
  13. Anda akan diminta untuk Mengambil Gambar Kad Pengenalan atau Passport.
  14. Tekan OK, Let’s Go.
  15. Sila ambil gambar Kad Pengenalan atau Passport anda.
  16. Tekan Use it.
  17. Laman Money Transfer Enabled akan dipamerkan.
  18. Sila tekan OK, Great!
  19. Proses verifikasi anda telah selesai.
  20. GrabPay anda sudah boleh digunakan.
  21. Sila tekan bahagian GrabPay untuk pelbagai fungsi.
  22. Tamat.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian cara aktifkan GrabPay ini mampu memberikan panduan untuk anda yang ingin menggunakan perkhidmatan GrabPay melalui aplikasi Grab.

Selamat mencuba.

Sedikit perkongsian, jika ada di antara anda yang memerlukan pekerjaan. Anda boleh cuba daftar Grab driver online untuk bekerja sebagai pemandu Grab sekiranya berminat.

Semoga bermanfaat.


Lagi Tentang Teknologi ↓

1 thought on “Cara Aktifkan GrabPay (Register Grab E-Wallet Guna Mobile App Grab)”

Leave a Comment