ePemula BigPay


Memang meriah di media sosial. Sana-sini kawan-kawan share bahawa sekarang sudah boleh claim ePemula daripada semua penyedia eWallet termasuk BigPay. Amaun kredit ePemula BigPay ini adalah berjumlah RM150 dan akan dikreditkan ke dalam akaun BigPay anda. Siapa yang nak bagi RM150 percuma bukan?

Sebenarnya, lebih kurang sama sahaja dengan ePemula TNG, Shopee dan ePemula GrabPay. Pilihan untuk tebus melalui ewallet yang mana satu itu terletak di tangan anda. Walau bagaimanapun, jika anda bukan jenis shopping online dengan kredit, mungkin boleh rujuk samada wujudkah cara transfer ePemula ke bank untuk mendapatkan duit tunai.

Kenapa pilih ePemula BigPay?

Jika anda claim ePemula Shopee, pihak Shopee akan memberikan voucher bernilai RM500 secara percuma.

Kalau claim ePemula dengan BigPay pula, pihak BigPay akan memberikan voucher bernilain RM1500.

Ini termasuk:

  • RM1000 daripada airasia academy
  • RM325 daripada pelbagai deal untuk flight dan hotel
  • RM76 daripada airasia deliveries
  • RM40 daripada Zalora

Berbaloi?

Jika anda suka melancong, mungkin berbaloi. Jika tidak, tebus dengan eWallet lain pun boleh.

Walau bagaimanapun, laporan SoyaCincau menyebut bahawa tawaran BigPay adalah sekadar suam-suam kuku sahaja. Sama dengan tawaran Shopee yang biasa-biasa.

Apa pun, pilihan terletak di tangan anda. Jangan dengar kata orang yang belum tentu terbaik untuk kita.

Boleh beli apa dengan kredit ePemula BigPay?

Ada yang mengatakan bahawa kredit RM150 itu memang tidak boleh digunakan untuk shopping online. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh memanfaat duit tersebut dengan shopping offline menggunakan DuitNow QR. Tidak seperti GrabPay, ShopeePay dan TnG yang digunakan secara meluas, penggunaan BigPay adalah terhad kepada DuitNow QR sahaja.

Setidak-tidaknya, boleh beli makanan atau barang keperluan harian.

Untuk makanan dan minuman, boleh dapatkan senarai di bawah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak status halal di restoran-restoran ini:

  • KFC
  • Starbucks
  • Tealive
  • Kenny Rogers
  • Manhattan Fish Market
  • O’Briens Sandwich
  • Sangkaya
  • Family Mart
  • DubuYo
  • Dominos Pizza
  • Myeongdong Topokki
  • Llao Llao
  • Pizza Hut
  • Secret Recipe
  • Texas Chicken
  • Old Town White Coffee
  • Burger King
  • Salad Atelier
  • Genki Sushi
  • Empire Sushi
  • Marrybrown
  • Boat Noodle
  • Nandos
  • Boost Juice
  • Cool Blog
  • Bubble Bee
  • dan banyak lagi….

Barang keperluan harian:

  • 99 Speedmart
  • Mydin
  • Lotus’s
  • Watsons
  • 7 Eleven
  • KK Mart
  • Mr DIY
  • Eco Shop
  • dan banyak lagi….

Isi minyak:

  • Shell
  • Petron
  • Caltex
  • dan banyak lagi….

Lifestyle:

  • MBO Cinemas
  • TGV Cinemas
  • Book Xcess
  • Gamers Hideout
  • Red Box
  • Samsung Store
  • Xiaomi Store
  • Switch (barang-barang Apple)
  • Huawei Store
  • Uniqlo
  • JD Sports
  • ELLE
  • Giordano
  • Focus Point
  • dan banyak lagi….

Cara download & daftar BigPay eWallet

Jika ini adalah kali pertama anda mendaftar, boleh masukkan kod promo PCEPEMULA untuk melayakkan anda memenangi iPhone 13.

Tambahan lagi, BigPay akan memberikan 5,000 mata ganjaran airasia untuk 20 orang yang bertuah.

Pihak BigPay tidak menyatakan arahan bagaimana untuk menebus ePemula BigPay dalam dalam laman web rasmi mereka.

Walau bagaimanpun, mereka ada berkongsi langkah-langkah ringkas untuk download BigPay:

  1. Layari laman web rasmi bigpayme.com
  2. Tekan butang Get BigPay now
  3. Anda akan diminta untuk download aplikasi BigPay
  4. Sila ikuti arahan untuk daftar BigPay sehingga selesai

Sila lakukan proses verifikasi mengunakan MyKad atau Kad Pengenalan apabila dikehendaki nanti.

Macam mana nak claim ePemula BigPay?

Memandangkan pihak BigPay tidak menyediakan apa-apa FAQ berkenaan cara untuk claim ePemula BigPay, kami mencuba sendiri.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk claim ePemula:

  1. Pastikan anda sudah download dan install aplikasi BigPay
  2. Buka aplikasi BigPay
  3. Anda akan lihat paparan Level up with BigPay
  4. Tekan butang Claim my RM150
  5. Sila bersetuju dengan Terms & Conditions
  6. Tekan butang Apply Now
  7. Tekan butang Get BigPay now
  8. Isikan maklumat seperti dipinta dalam Permohonan ePemula
  9. Tekan butang Hantar
  10. Sila tunggu notifikasi daripada pihak BigPay untuk status penghantaran dan kemasukan kredit
  11. Selesai

Berapa lama perlu tunggu duit ePemula BigPay masuk?

Ini bukan duit, tetapi kredit. Jangan salah faham.

Pihak BigPay belum menyatakan apa-apa maklumat berkenaan pembayaran ePemula.

Kami akan kemaskini sejurus menerima maklumat terbaru.

Siapa yang layak tebus ePemula BigPay ini?

Untuk melayakkan anda menerima kredit RM150 dalam program ePemula, anda mestilah berumur 18-20 tahun pada tahun 2022.

Masih tak clear?

Untuk mudah faham, anda mestila lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004 sahaja. Sekiranya anda lahir pada tahun 2001, anda tidak layak kerana anda sudah terlebih umur iaitu 21 tahun. Sekiranya anda lahir pada tahun 2005, anda juga tidak layak kerana masih bawah lingkungan umur yang dibenarkan iaitu 17 tahun.

Ingat, hanya yang berumur 18, 19 dan 20 tahun sahaja layak menerima ePemula 2022.

Apa syarat lain untuk dapat kredit RM150 ePemula BigPay?

Selain faktor umur, anda juga mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang aktif di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Untuk lebih mudah faham, anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang mengambil diploma, sijil kemahiran SKM4 dan ke atas. Ini termasuk IPTA dan juga IPTS. Yang paling utama, kursus yang diambil mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan.

Macam mana nak tahu diiktiraf atau tidak?

Permohonan anda akan disemak silang. Takkan kerajaan buta-buta nak bagi duit macam itu sahaja tanpa buat semakan. Kalau anda dah habis sekolah tapi tak sambung belajar dan menganggur di rumah sambil goyang kaki tengok TikTok, anda tidak akan dapat apa-apa. Itulah, suruh belajar tak nak.

Akhir kata

Tepuk dada, tanya selera. Jika anda suka dengan BigPay, boleh sahaja menebus ePemula dengan BigPay yang ada hubungan dengan airasia. Jika tidak, masih ada lagi penyedia eWallet yang lain seperti BigPay, ShopeePay dan TnG. Jangan salah taip Empula pula. Yang betul ialah ePemula.

Apa-apa pun, selamat berbelanja! Jangan boros.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

4 thoughts on “ePemula BigPay”

  1. Nak tanya.. cra guna epemula bigpay ni guna DuitNow QR.. sy dah cuba tpi tak dpt..kena tggu masuk dlm balance acc dulu ka?

    Reply
  2. Nak tanya.. cra guna epemula bigpay ni guna DuitNow QR.. sy dah cuba tpi tak dpt..kena tggu masuk dlm balance acc dulu ka?

    Reply

Leave a Comment