ePemula Grab (Cara Tebus & Claim Kredit eWallet GrabPay)


Dengar cerita, ramai rakan-rakan yang berkosngi bahawa sekarang sudah boleh mula claim ePemula 2022 daripada semua penyedia eWallet termasuk GrabPay. Amaun kredit ePemula Grab ini adalah berjumlah RM150 dan akan dikreditkan ke dalam akaun GrabPay anda. Siapa yang nak bagi RM150 percuma bukan?

Sebenarnya, lebih kurang sama sahaja dengan ePemula TNG, ePemula ShopeePay dan ePemula BigPay. Pilihan untuk tebus melalui ewallet yang mana satu itu terletak di tangan anda. Kalau tak suka kredit, boleh rujuk pautan berkenaan samada wujudkah cara withdraw ePemula bagi mendapatkan duit tunai.

Kenapa pilih ePemula Grab?

Kalau anda selalu ke sana dan ke sini menaiki Grab, ini memang berbaloi. Kalau anda juga antara individu yang suka order makanan melalui GrabFood, ia juga sesuai.

Bolehlah gunakan RM150 untuk melantak makanan dan minuman seperti Tealive, Nandos, Starbucks, Llao LLalo dan macam-macam lagi.

 

Boleh beli apa dengan kredit ePemula Grab?

Ada yang mengatakan bahawa kredit RM150 itu memang tidak boleh digunakan untuk shopping online. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh memanfaat duit tersebut dengan shopping offline di mana-mana kedai atau merchant yang memaparkan logo GrabPay di kaunter mereka. Kebiasaannya, mereka juga akan memaparkan ShopeePay, TNG eWallet dan DuitNow QR.

Setidak-tidaknya, boleh beli makanan atau barang keperluan harian.

Untuk makanan dan minuman, boleh dapatkan senarai di bawah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak status halal di restoran-restoran ini:

  • KFC
  • Starbucks
  • Tealive
  • Kenny Rogers
  • Manhattan Fish Market
  • O’Briens Sandwich
  • Sangkaya
  • Family Mart
  • DubuYo
  • Dominos Pizza
  • Myeongdong Topokki
  • Llao Llao
  • Pizza Hut
  • Secret Recipe
  • Texas Chicken
  • Old Town White Coffee
  • Burger King
  • Salad Atelier
  • Genki Sushi
  • Empire Sushi
  • Marrybrown
  • Boat Noodle
  • Nandos
  • Boost Juice
  • Cool Blog
  • Bubble Bee
  • dan banyak lagi….

 

Barang keperluan harian:

  • 99 Speedmart
  • Mydin
  • Lotus’s
  • Watsons
  • 7 Eleven
  • KK Mart
  • Mr DIY
  • Eco Shop
  • dan banyak lagi….

 

Isi minyak:

  • Shell
  • Petron
  • Caltex
  • dan banyak lagi….

 

Lifestyle:

  • MBO Cinemas
  • TGV Cinemas
  • Book Xcess
  • Gamers Hideout
  • Red Box
  • Samsung Store
  • Xiaomi Store
  • Switch (barang-barang Apple)
  • Huawei Store
  • Uniqlo
  • JD Sports
  • ELLE
  • Giordano
  • Focus Point
  • dan banyak lagi….

 

Tapi ramai tak puas hati & menyesal claim ePemula GrabPay?

Mengikut artikel daripada SoyaCincau, ramai yang tidak puas hati dengan cara Grab melaksanakan program ePemula ini.

Dikatakan bahawa sesiapa yang claim ePemula Grab hanya dapat voucher sahaja dan bukan dalam bentuk kredit. Grab akan memberikan voucher GrabFood sebanyak RM150 dan RM60 daripada rakan niaganya yang lain.

Berbeza dengan Shopee, selain memberikan kredit RM150, Shopee juga memberikan voucher RM500.

BigPay pula memberikan kredit RM150 dan voucher RM1,500.

TNG juga sama iaitu pemberian kredit RM150 dan juga baucer RM200 bagi eWallet Voucher Bundle. Ada juga baucer RM100 untuk A+ Rewards bagi Partner’s Voucher Bundle.

 

Macam mana nak claim ePemula Grab?

Menurut laman web rasmi Grab di grab.com, berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk claim ePemula:

  1. Pastikan anda sudah download & install aplikasi Grab
  2. Buka aplikasi Grab
  3. Tekan Payment
  4. Pergi ke bahagian Grab ePemula di bahagian bawah skrin yang tertulis Get RM360 worh of voucners. Claim now.
  5. Akan ada dua situasi di sini:
    • Jika anda masih belum verify identiti anda, sila buat pengesahan terlebih dahulu dengan tekan butang Get Started
    • Sekiranya anda sudah selesai membuat proses verifikasi, anda boleh terus claim Grab ePemula
  6. Tekan butang Apply
  7. Masukkan maklumat seperti di pinta dalam ePemula Application
  8. Anda akan menerima notifikasi berkenaan status submission
  9. Sekiranya lulus, voucher Grab akan dipaparkan di bahagian My Rewards
  10. Selesai

 

Berapa lama perlu tunggu duit ePemula Grab masuk?

Ini bukan duit, tetapi kredit. Jangan salah faham.

Pihak BigPay juga belum menyatakan apa-apa maklumat berkenaan pembayaran ePemula.

 

Apa kelayakan untuk tebus ePemula Grab ini?

Untuk melayakkan anda menerima kredit RM150 dalam program ePemula, anda mestilah berumur 18-20 tahun pada tahun 2022.

Masih tak clear?

Untuk mudah faham, anda mestila lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004 sahaja. Sekiranya anda lahir pada tahun 2001, anda tidak layak kerana anda sudah terlebih umur iaitu 21 tahun. Sekiranya anda lahir pada tahun 2005, anda juga tidak layak kerana masih bawah lingkungan umur yang dibenarkan iaitu 17 tahun.

Ingat, hanya yang berumur 18, 19 dan 20 tahun sahaja layak menerima ePemula 2022.

 

Apa syarat lain untuk dapat kredit RM150 ePemula GrabPay?

Selain faktor umur, anda juga mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang aktif di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Untuk lebih mudah faham, anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang mengambil diploma, sijil kemahiran SKM4 dan ke atas. Ini termasuk IPTA dan juga IPTS. Yang paling utama, kursus yang diambil mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan.

Macam mana nak tahu diiktiraf atau tidak?

Permohonan anda akan disemak silang. Takkan kerajaan buta-buta nak bagi duit macam itu sahaja tanpa buat semakan. Kalau anda dah habis sekolah tapi tak sambung belajar dan menganggur di rumah sambil goyang kaki tengok TikTok, anda tidak akan dapat apa-apa. Itulah, suruh belajar tak nak.

 

Akhir kata

Tepuk dada, tanya selera. Jika anda suka dengan Grab, boleh sahaja menebus ePemula dengan Grab yang mempunyai servis logistik dan penghantaran makana. Jika tidak, masih ada lagi penyedia eWallet yang lain seperti BigPay, ShopeePay dan TnG. Jangan salah taip Empula pula. Yang betul ialah ePemula.

Apa-apa pun, selamat berbelanja! Jangan boros.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

2 thoughts on “ePemula Grab (Cara Tebus & Claim Kredit eWallet GrabPay)”

  1. why my epemula has not entered while I have graduated, from yesterday I registered until now I have not entered yet

    Reply

Leave a Comment