Bila Duit KWSP Masuk? (Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022)


Alhamdulillah, pihak KWSP akhirnya mengeluarkan kenyataan di Facebook berkenaan bila duit KWSP masuk. Walau bagaimanapun, ia bukanlah rahsia kerana rata-rata sudah tahu pembayaran KWSP 10k akan bermula pada 20 April 2022.

Duit KWSP boleh masuk awal tak?

Ya, duit KWSP akan masuk seawal 18 April 2022 secara berperingkat. Ini adalah seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul di Facebook. Tengku Zafrul memaklumkan bahawa beliau mendengar suara rakyat. Ini menyebabkan beliau berbincang dengan KWSP berkenaan tarikh pengkreditan duit KWSP 10k yang diawalkan.

Beliau juga berharap agar kemasukan awal duit KWSP ini akan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 untuk semua pemohon.

Walau bagaimanapun, pada pendapat kami, tarikh 18 April 2022 ini hanya terpakai untuk pemohon yang memohon Pengeluaran Khas KWSP pada awal-awal pembukaan lagi iaitu malam 30 Mac 2022.

 

Dah 18 April 2022, kenapa duit KWSP 10k tak masuk lagi?

Ramai yang bertanya “Dah masuk ke duit KWSP?“. Sana-sini kita dengar soalan ini. Namun, ramai yang kecewa kerana semakan baki di bank masih lagi tidak berubah.

Untuk jawapan kenapa duit KWSP 10k tak masuk lagi walaupun sudah 18 April 2022, anda boleh tonton penjelasan Tengku Zafrul di Facebook.

Antara inti jawapan beliau ialah:

  • KWSP telah menerima 5.3 juta permohonan KWSP 10k
  • Jumlah pengeluaran ialah RM40.1 bilion
  • Ini adalah satu jumlah yang sangat besar
  • Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar ini dalam masa yang singkat
  • Oleh itu, sejak awal lagi KWSP sudah memaklumkan bahawa pembayaran akan dibuat secara berperingkat
  • Sekarang pun, ada yang sudah terima status permohonan dan tarikh pembayaran KWSP 10k
  • Memang bukan semua akan dapat pada tarikh 18 April 2022
  • Jangan risau jika permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat
  • KWSP telah memberi komitmen berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2022
  • KWSP akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022

Jadi, mana-mana pemohon yang asyik buat semakan KWSP Khas, anda perlu bersabar. Yang penting, Menteri Kewangan sudah berjanji anda akan dapat duit KWSP 10k itu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022

 

Berapa lama kena tunggu duit KWSP 10k masuk dalam akaun?

Duit akan dimasukkan ke dalam akaun mengikut jumlah yang dipohon dalam tempoh 1-3 hari. Maknanya, kalau anda layak memohon 10k, duit 10k sekelepuk itu akan masuk dalam tempoh 1-3 hari.

Sila aware dengan tarikh keramat ini:

  • 18 April 2022
  • 19 April 2022
  • 20 April 2022
  • 21 April 2022
  • 22 April 2022

Yang penting, sebelum 3 Mei 2022 iaitu Hari Raya Pertama, semua pemohon Pengeluaran Khas KWSP akan menerima pembayaran KWSP 10k ini.

Sila buat semakan status KWSP bagi mengelakkan kekecewaan. Walau bagaimanapun, jika anda mula memohon KWSP 10k pada tarikh akhir iaitu 30 April 2022, kemungkinan besar anda akan menjadi penerima yang paling lewat menerima duit KWSP masuk ke dalam akaun bank.

 

Macam mana nak tahu duit KWSP 10k dah masuk dalam akaun bank?

Simple.

Pertama sekali, semak baki dalam akaun bank masing-masing. Kalau bertambah dan tiba-tiba ada juta-juta (ok, gurau), maksudnya adalah duit yang baru masuk.

Untuk kepastian, anda boleh menyemak baki duit dalam akaun anda.

Boleh rujuk pautan mengikut Perbankan Internet masing-masing seperti di bawah:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic
  • Affin Bank atau Affin Islamic Bank
  • RHB Bank atau RHB Islamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Maybank atau Maybank Islamic
  • Bank Islam
  • Public Bank atau Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Ambank atau AmIslamic Bank

Yang kedua, teruskan check status KWSP dari semasa ke semasa melalui portal rasmi KWSP.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tarikh bila duit KWSP masuk ini dapat melegakan hati anda. Seperti yang dimaklumkan tadi, jangan lupa semak cara bayaran juga.

Jika perlu, sentiasalah kemaskini KWSP online melalui i-Akaun kerana ia akan memudahkan urusan pada masa akan datang.

Pesanan kami untuk pemohon yang beragama Islam, selepas duit masuk ke dalam akaun bank, jangan lupa bayar zakat KWSP. Mudah-mudahah, lebih berkat.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

33 thoughts on “Bila Duit KWSP Masuk? (Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022)”

  1. Encik saya ingin bertanya tentang bayaran KWSP 10k saya ini sudah dimasukkan ke dalam bank saya ke belum kerana saya ini amat penting untuk semua tanggungjawab yang besar kepada saya ini

    Reply
  2. Approve credits date 17/4 seperti yg dijelaskan dalam portal rasmi KWSP seperti yg dijelaskan..setiap masa melihat info dan bila duit masuk account bank saya .tetapi sampai sekarang masih belum ada perubahan dan bila tarikh sebenar duit masuk account..

    Reply
  3. Sy nk tnya dlm portal dh credit kn dlm akaun…tpi check akaun belum masuk lgy…ada masa2 ke masuk dlm akaun bank?? Sepatutnya direct debit kn…nie xda pun…check Statement belum masuk lgy duit…mohon explain….

    Reply
  4. dah jam 1.00 ptg duit kwsp rm10k sy masih belum masuk lagi..jam berapa nak masuk ni??banyak benda nak bayar ni..baju raya anak2 pun x beli lagi.aduhh..pening3

    Reply
  5. Bila duit kwsp sy masuk.. Tarikh sy 28hb.. Kata 25 hb dh masuk dlm akaun bg yg batch 28hb.. Dh pukul 5 pm.. Masih belum masuk dlm acc sy.. Mohon jelaskan tq…..

    Reply
  6. Suami sy punya KWSP lulus tarikh 28/4/22 tp AKN dipercepatkan ke 25hb..knp msih belum msuk dan diberitahu AKN msuk selepas Aidilfitri…bru nk beli bju raya ank2 …harap2 KWSP percepatkan pmbyran seperti yg diwar2 kn…

    Reply
  7. I-akaun KWSP saya bila saya buka semlm tngok kt dlm dh pun dikreditkan ke bank.tapi saya mula buka maybank2u bila buka masih lagi xada?bgi penjelasan

    Reply
  8. Tarikh saya 28hb, tapi kata masuk 25hb. Bila check kwsp dah kena potong rm10k, tapi dalam bank belum ada masuk . Mohon penjelasan. Ni debar2 rasa nii dupdapdupdap

    Reply
  9. tarikh sye 30hb. bole mempercepatkan bayaran tak..sye bnyak duit nak guna nii..nak balik kampong lagi..nak guna duit sye mohon sngat..kepada warga kwsp😢😢

    Reply
  10. Kenapa suit kwsp saya tak masuk lagi. Diorang tunjuk 2 Mei Akan credit Kan dalam account saya. Tapi harini daq 3 Mei belum masuk lagi. I nak tau kenapa lambat Sangat.

    Reply

Leave a Comment