Zakat KWSP 10k (Bayaran Bagi Pengeluaran Khas 2022)


Tahniah kerana anda sampai ke laman ini dengan niat yang sangat baik untuk berzakat. Benar, dalam harta kita, pasti ada hak orang lain. Jadi, tak perlu fikir rugi atau tidak. Laksanakan sahaja tanggungjawab kita sebagai orang Islam dengan menyempurnakan rukun Islam ketiga dengan mengeluarkan zakat KWSP 10k yang baru sahaja masuk dalam akaun bank.

Tak perlu tanya lagi “Duit KWSP kena zakat ke?”.

Ya, memang kena zakat. Ini bermakna, pengeluaran KWSP secara suka-suka adalah diwajibkan zakat. Ini termasuk pengeluaran sahaja-sahaja tanpa masalah kewangan dan bebanan yang besar.

Boleh rujuk berita daripada TV AlHijrah seperti di bawah:

Apa formula untuk bayar zakat KWSP?

Sungguh straight forward. Hanya 2.5% daripada amaun yang dikeluarkan. Jika anda layak mengeluarkan RM10,000, anda hanya perlu bayar zakat RM250. Jika anda layak permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM5,000, anda hanya perlu membayar zakat KWSP sebanyak RM125 sahaja.

Tak banyak pun kan?

 

Berapa banyak kena bayar zakat KWSP RM10,000?

Untuk mudah faham, syarat untuk pembayaran zakat KWSP ini terbahagi kepada dua iaitu berkaitan pemilikan yang sempurna dan belum sempurna.

Sila teruskan pembacaan untuk mendalami apa maksud kedua-duanya.

 

Apa maksud zakat KWSP bagi pemilikan sempurna?

Duit simpanan KWSP anda dikira sebagai pemilikan sempurna apabila anda mencapai umur 55 tahun. Apabila anda mencapai umur 55 tahun, anda dibenarkan untuk mengeluarkan keseluruhan duit dalam simpanan KWSP ada.

Jika ini berlaku, anda diperintahkan agar mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas keseluruhan wang KWSP. Kadar 2.5% ini adalah kadar wang wajib dizakatkan.

Cara kiraan bagi zakat KWSP untuk yang berumur 55 tahun dengan pemilikan yang sempurna adalah mengikut kaedah kiraan zakat wang simpanan.

Contohnya, jika anda mempunyai duit simpanan KWSP sebanyak RM50,000 dan mengeluarkan keseluruhan amaun tersebut, anda perlu membayar zakat sebanyak RM1,250.

Sekiranya sudah berumur 55 tahun dan masih lagi bekerja, tiada lagi tolakan caruman KWSP pada tafsiran zakat pendapatan.

Walau bagaimanapun, zakat KWSP 10k untuk golongan berumur 55 tahun ini tidak terpakai kerana tidak termasuk dalam golongan yang dibenarkan membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP.

 

Jadi, zakat KWSP hanya untuk pemilikan belum sempurna?

Ya.

Jika anda belum lagi mencapai umur 55 tahun, duit simpanan KWSP anda dikategorikan sebagai pemilikan belum sempurna.

Anda wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah pengeluaran wang KWSP. Harus diingat, jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab atau tidak.

Sebagai contoh, jika anda layak mengeluarkan KWSP sebanyak 10k, anda perlu mengeluarkan 2.5% daripada RM10,000. Jadi, jumlah yang perlu dizakatkan ialah RM250.

Percayalah, jumlah ini tidak banyak mana pun. Hati lebih lega sekiranya menunaikan tanggungjawab ini secepat mungkin.

 

Ada kalkulator zakat untuk Pengeluaran Khas KWSP 10k?

Untuk makluman, tidak ada kalkulator yang disediakan khas untuk buat pengiraan Pengeluaran Khas KWSP ini. Walau bagaimanapun, selepas anda check status KWSP dan mendapat kelulusan, anda boleh menggunakan kalkulator zakat KWSP yang disediakan oleh Zakat Selangor di sini.

Hanya perlu pilih samada anda berumur sebelum atau selepas 55 tahun dan masukkan jumlah wang KWSP yang dikeluarkan.

Kalkulator ini akan menunjukkan amaun atau jumlah wang yang dikenakan zakat KWSP.

 

Macam mana nak bayar zakat KWSP 10k?

Pembayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP ini adalah mengikut negeri masing-masing. Sebagai contoh, jika anda bekerja di Kuala Lumpur, adalah lebih baik anda membayar zakat dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jika dan bekerja di Shah Alam, Subang Jaya atau Petaling Jaya yang terletak di dalam negeri Selangor, anda boleh membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor. Boleh rujuk cara daftar Zakat Selangor secara online.

 

Akhir kata

Kami tahu, pasti ada yang mengeluh, “Aku kerja penat-penat, takkan nak kena bayar zakat. Habislah, tak dapat penuh RM10,000”.

Nasihat kami, percayalah pada apa sahaja perintah Allah. Pasti ada hikmah dan kebaikan atas apa yang diwajibkan dan diperintahkan.

Ingat betul-betul, dalam harta kita, pasti ada hak dan milik orang lain. Tambahan lagi, lebih banyak kita keluarkan duit dalam berzakat, lebih murah rezeki. Jika ada keluarkan ASB, anda juga perlu kira zakat ASB dan buat pembayaran. Islam tidak pernah zalim, malah menjaga mereka yang berhak dan betul-betul memerlukan.

Jika perlu, anda juga digalakkan untuk semak penyata KWSP melalui IC untuk melihat baki terkini. Semoga apa yang dizakatkan itu mendapat keberkatan.

Insya Allah.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment