ezo.zakatselangor.com.my (Cara Daftar & Login Zakat Selangor)


Kini, anda boleh mendaftar dan login di ezo.zakatselangor.com.my. Kemudahan ini disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk memudahkan lagi pembayar dan penerima zakat di Selangor melakukan urusan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Kelebihan ezo.zakatselangor.com.my

Antara kelebihan yang anda akan peroleh apabila mendaftar dengan ezo.zakatselangor.com.my ialah:

  1. Semak maklumat bayaran zakat
  2. Cetak penyata bayaran zakat
  3. Kemaskini profil individu
  4. Boleh terus menunaikan zakat
  5. Mengetahui status bantuan

[su_icon_panel icon=”icon: info-circle”]

Bermula tahun 2017, Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak lagi mengeluarkan penyata kepada pengeluar zakat. Segala urusan penyata dan kemaskini maklumat pengeluar zakat kini adalah secara online.

[/su_icon_panel]

 

2. Cara daftar ezakat online melalui ezo.zakatselangor.com.my

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar zakat online bagi pengeluar zakat:

  1. Layari ezo.zakatselangor.com.my.
  2. Klik Pendaftaran Baru.
  3. Lengkapkan borang yang dipaparkan. Maklumat anda haruslah betulkan dan ruangan bertanda * hendaklah diisi.
  4. Maklumat yang perlu diisi ialah:
    1. No. Kad Pengenalan
    2. Nama
    3. Alamat
    4. Poskod
    5. Bandar
    6. Negeri
    7. No. Telefon
    8. Pekerjaan
    9. User ID (Minima 5 abjad dan maksima 15 abjad)
    10. Emel (Sila pastikan emel yang dimasukkan terkini dan sah kerana e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel ini.)
    11. Nama Ibu
    12. Klik Saya Setuju.
    13. Emel pengaktifan akan dihantar pada anda.
    14. Setelah emel anda sampai, tekan KLIK DISINI di pautan emel untuk mengaktifkan akaun anda.
    15. Akaun anda telah diaktifkan.
    16. Sila masukkan katalaluan anda.
    17. Tekan OK.
    18. Selesai

Sekarang, anda sudah boleh login ezo.zakatselangor.com.my

 

3. Cara login Zakat Selangor online

Setelah anda selesai mendaftar, anda boleh login untuk membuat urusan anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari ezo.zakatselangor.com.my.
  2. Masukkan User ID dan katalaluan anda.
  3. Tekan LOGIN.
  4. Anda sudah boleh meneruskan urusan anda seperti:
    • Lihat Rekod Bayaran Zakat lepas (sehingga tahun 2006).
    • Lihat Status Bantuan Zakat yang dimohon (sekiranya ada).
    • Kemaskini Maklumat Diri.
    • Boleh membuat Bayaran Zakat.
    • Cetak Maklumat Pembayaran ataupun Agihan Zakat.

 

4. Bagaimana kalau terlupa kata laluan Zakat Selangor?

Sekiranya anda terlupa kata laluan anda di ezo.zakatselangor.com.my, berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Tekan Terlupa Katalaluan?
  2. Masukkan Email dan Nama Ibu (Sila masukkan nama pangkal ibu sahaja. Contoh: Aminah Bt Ali. Masukkan Aminah sahaja)
  3. Tekan Reset Katalaluan.
  4. Emel pengesahan akan dihantar pada emel anda.
  5. Tekan KLIK DISINI untuk reset password anda.
  6. Anda akan dibawa pada portal zakat dan tukar password anda.

 

Orang ramai masih boleh berurusan dengan LZS menerusi platform dalam talian yang disediakan. Untuk pembayaran zakat, boleh dilakukan di fpx.zakatselangor.com.my atau download Apps ZakatSelangor di Google PlayStore dan Apps Store.

 

Akhir kata

Semoga dengan kehadiran sistem ini akan memudahkan lagi urusan kepada pemberi dan penerima zakat.

Jika anda merupakan pemilik perniagaan dan ingin mendaftar SSM, anda boleh klik sini.

21 thoughts on “ezo.zakatselangor.com.my (Cara Daftar & Login Zakat Selangor)”

  1. Saya nak reset paswood tapi bile taip nama ibu dia tulis nama tak ujud,dlu bantuan atas nama arwah mak sy skrg dh tukar ke nama sy mcm mna sy nj reset paswood

    Reply
  2. Sebelum ini sy daftar guna email lain sekarang ini sy terlupa password e-mail yg didaftarkan itu.bagaimanakah caranya untuk sy daftar masuk kembali dengan gunakan e-mail yg baharu..

    Reply
  3. Assalamualaikum,saya nak betulkan ID saya,sebab bila dah reset kata laluan Bila buat kata laluan yang baru tak boleh nak log in kata kata laluan salah, ID salah,macam tu

    Reply
  4. Macam mana nak edit user ID,sebab nak log in dia kata ID salah pastu kata laluan salah bila reset guna ID tu pun tak boleh log in, walaupun dh tukar kata laluan

    Reply
  5. Assalammualaikum..macam mana saya nak log in ezakat..bila saya tukar kata laluan baru tetap tak boleh nak log in..user id pon tak boleh tukar..

    Reply
  6. Assalammualaikum..macam mana saya nak log in ezakat..bila saya tukar kata laluan baru tetap tak boleh nak log in..user id pon tak boleh tukar..

    Reply

Leave a Comment