ezbiz.ssm.com.my Login


EzBiz adalah portal pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Portal ini membolehkan pengguna mendaftar perniagaan baru, mendaftarkan perubahan maklumat perniagaan, memperbaharui sijil pendaftaran, dan menamatkan perniagaan. EzBiz boleh dilayari melalui portal ezbiz.ssm.com.my. Portal ini boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini memudahkan pengguna mendaftar atau menguruskan maklumat perniagaan mereka pada bila-bila masa.

Untuk menggunakan EzBiz, pengguna perlu mendaftar dan log masuk ke portal dengan membuat nama pengguna dan kata laluan. Proses pendaftaran melibatkan beberapa langkah mudah, dengan hanya perlu mengisi maklumat pada ruang pendaftaran yang disediakan di laman web EzBiz. Untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM, ada dua cara. Yang pertama, anda perlu pergi ke kaunter di cawangan SSM. Yang kedua, boleh daftar secara online melalui ezbiz.ssm.com.my.

ebiz.ssm.com.my atau ezbiz.ssm.com.my?

Jangan tersilap taip. Sila lihat perbezaan antara kedua-dua URL tersebut.

Tiada ruangan ebiz SSM login.

Yang ada hanya sistem ezbiz SSM sahaja.

Cara daftar username & password ezbiz.ssm.com.my

Sila ikuti langkah-langkah mudah untuk register company melalui ezbiz (BUKAN ebiz) seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi SSM di sini: https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Tekan butang Sign Up.
  3. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Id Type, pilih jenis ID yang anda ingin masukkan. Untuk memudahkan, pilih NRIC untuk kad pengenalan baru.
  4. Pada ruangan Id No, masukkan nombor kad pengenalan anda, tanpa tanda sempang. (Misalnya, 880110055014)
  5. Kemudian, pada ruangan Name as per IC, masukkan nama penuh anda seperti dalam kad pengenalan
  6. Tekan butang Register untuk meneruskan proses pendaftaran di ezbiz.ssm.com.my
  7. Isikan maklumat di bahagian Registration Information
    • Username
    • Password
    • Re-type Password
    • Email
    • Re-type Email
  8. Masukkan maklumat di bahagian User Information
    • Name
    • NRIC
    • ID No (Nombor Kad Pengenalan)
    • Colour
    • Nationality
    • Gender
    • Date of Birth
    • Race
  9. Masukkan maklumat di bahagian Residential Address Information
    • Residential Address
    • Postcode
    • City
    • Country
    • State
    • Mobile Phone No
  10. Tick bahagian Declaration yang tertulis “I have read and understood the Protocol on E-Lodgement and agree to the Terms and Conditions of the system.”
  11. Tekan butang Save
  12. Teruskan sehingga selesai pendaftaran username

Masih belum selesai. Anda perlu log masuk selepas siap daftar.

Cara login EzBiz SSM selepas mendaftar

Anda hanya boleh login hanya setelah selesai urusan pendaftaran SSM seperti di atas.

  1. Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
  2. Anda kini berada di bahagian Sign In
  3. Isikan USERNAME
  4. Isikan PASSWORD
  5. Jika tidak pasti, tekan ikon mata untuk melihat password yang anda taip
  6. Masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar
  7. Tekan butang Sign In
  8. Anda kini telah berjaya login ezbiz.ssm.com.my
  9. Selesai

Thumbprint di pejabat SSM

Pastikan anda sudah login SSM.

  1. Pergi ke menu bahagian atas
  2. Klik My Business Services > New Business Registration
  3. Akan terpapar “Please do thumbprint verification at nearest SSM office in order to use this service”

Untuk makluman, selepas login, anda tidak boleh terus daftar syarikat. Anda perlu buat verifikasi terlebih dahulu di mana-mana cawangan SSM yang berhampiran.

Cara daftar syarikat di ezbiz.ssm.com.my

Selepas buat thumbprint, barulah boleh boleh register company.

  1. Login SSM terlebih dahulu
  2. Pergi ke menu bahagian atas
  3. Klik My Business Services > New Business Registration
  4. Isikan maklumat di bahagian Main Information
    • Name Type
      • PERSONAL NAME
      • TRADE NAME
    • Business Start Date
    • Partnership Agreement Date (if applicable)
    • Incentive
    • Registration Period
    • Business Info
    • Status
    • Incubator
    • Is Online Seller
  5. Masukkan Business Address dengan lengkap
  6. Masukkan Mailing Address dengan lengkap
  7. Masukkan Business Code dengan tekan butang Add Business Code
  8. Tekan butang Next
  9. Isikan bahagian Owners Information
  10. Tekan butang Next
  11. Muat naik dokumen dalam format PDF di bahagian Attachment (if applicable)
  12. Lihat dan sahkan jumlah pembayaran yang perlu dibaut di bahagian Fees & Declaration
  13. Tekan butang Preview
  14. Buat semakan terlebih dahulu sebelum buat pembayaran
  15. Jika semuanya betul, tekan butang Submit Payment
  16. Anda boleh pilih PAY OVER THE COUNTER untuk membayar di kaunter di mana-mana cawangan SSM yang terdekat; atau PAY ONLINE untuk membayar secara online.
  17. Untuk membayar secara online, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu membayar menggunakan kad kredit/debit, atau membayar secara online banking.
  18. Jika anda ingin membayar secara kad kredit/debit, pada ruangan yang tertera di bawah Pay with Credit or Debit Card, masukkan maklumat yang diperlukan. Pada Cardholder Name, masukkan nama anda, sama seperti nama yang anda daftarkan untuk kad anda.
  19. Pada Card Number, masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad kredit/debit anda.
  20. Pada Expiration Date, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda. Pada MM, masukkan bulan, manakala pada YYYY, masukkan tahun. Tarikh luput ini tertera pada bahagian hadapan kad anda. (Misalnya, tertera 05/24, yang bermaksud Mei 2024)
  21. Pada CVV, masukkan tiga digit yang tertera pada bahagian belakang kad kredit/debit anda.
  22. Kemudian, tekan butang Submit Payment.
  23. Sekiranya anda ingin membayar menggunakan online banking, pilih mana-mana ikon bank yang tertera. Setelah klik ikon tersebut, anda akan dibawa ke laman rasmi bank tersebut. Misalnya, jika anda pilih Maybank2u, anda akan dibawa ke laman rasmi maybank2u.com.my
  24. Ikut prosedur pembayaran online banking melalui maybank2u.com.my sehingga selesai
  25. Selepas siap pembayaran, akan keluar paparan resit bayaran dari SSM
  26. Siap-siap download dan print jika perlu
  27. Seterusnya, pergi semula ke bahagian menu atas
  28. Untuk mengetahui pendaftaran berjaya, sila buat semakan di Business Services > List New Business Registration
  29. Sila semak status samada:
    • Draft
    • In Process
    • Query
    • Approved / Reject
    • Cancel
    • Incentive
  30. Kalau sudah berjaya, status syarikat akan berada di tab Approved / Reject
  31. Selesai

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian untuk login dan daftar syarikat online melalui ezbiz.ssm.com.my ini memudahkan lagi urusan anda.

Jika sudah ada syarikat, sila pamerkan QR code di depan premis perniagaan untuk elakkan dari disaman. Ikut panduan di mysejahtera.malaysia.gov.my

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories SSM

25 thoughts on “ezbiz.ssm.com.my Login”

  1. nak daftar online tetapi bila nak bayar bagitau ( my name ) not match with back end data . please contact ssm. call ssm tak dapat . please help me.

    Reply
  2. Salam…saya nk tanya,camne cara nak verifikasi ID SSM online ye?2 hari lepas saya ada call pjbt SSM tapi,kerani tu kata x perlu ke kaunter utk .Verifikasi ID tu…katanya boleh buat online jerr…bila sya log in dan click “My Bisnes Service” tapi keluar “User ID need to be Actived in order” macamana tu ye..TQ…

    Reply
  3. Saya nak tanya kenapa sampai 9 kali keluar query pasal id dpn and bklg .saya dah buat apa yg patut.susah sgt nak dpt verifercation

    Reply
  4. I try to register as General Insurance Agent but failed to submit because I don’t know the Business Code.
    Could you please provide me the Business Code? Thank You.

    Reply
  5. Salam,sya dah register,tp lupa password.Bila klik forgot password,dpt email ke email lama.Mcm mn sya nk tukar ke email baru ye?

    Reply
  6. Dah register , bila log in cakap password tak match pula

    habis , click forgot password , ada msg cakap dah handtar kat email

    dah tekan berpuluh kali , email tak sampai langsung …

    nak register baru , cakap IC dah sudah register ~ nak macam mana baru boleh masuk ?

    Reply

Leave a Comment