Semakan BKK 2022 (Check Bantuan Kanak Kanak Di eBantuan JKM)


Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Kanak Kanak yang khusus untuk keluarga atau penjaga yang menjaga kanak-kanak bagi meneruskan kelangsungan hidup. Bagi yang sudah memohon tempohari, kami sarankan anda buat semakan BKK 2022 untuk mengetahui status kelulusan.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat semakan BKK 2022 di eBantuan JKM

Sila ambil maklum bahawa sistem ini akan memaparkan status bantuan BKK hanya untuk individu yang telah membuat permohonan BKK sebelum ini. Permohonan BKK yang sedang diterima juga akan terpapar di sini.

Untuk menyemak status kelulusan bantuan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan eBantuanJKM di sini: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik butang Semakan Status Permohonan Talian
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Klik butang Semak
  5. Status Bantuan / Permohonan akan terpapar
  6. Jika tidak pernah buat permohonan apa-apa, akan terpapar Tiada rekod
  7. Selesai

Untuk mengetahui status lanjut berkenaan bantuan BKK yang telah dipohon, anda dikehendaki untuk menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat.

 

Untuk buat semakan BKK, perlu login eBantuan JKM ke?

Setakat yang kami tahu, permohonan dan semakan BKK tidak memerlukan proses login seperti BKM.

Untuk mohon BKK, anda hanya perlu klik butang Daftar Permohonan Atas Talian. Untuk semak status permohonan pula, anda hanya perlu klik butang Semakan Status Permohonan Talian.

Tidak perlu login apa-apa.

 

Kenapa kerajaan beri Bantuan Kanak-Kanak 2022?

Aspirasi kerajaan adalah untuk membantu keluarga dan penjaga kepada kanak-kanak meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat mereka. Justeru, dengan bantuan ini, ia dapat membantu anak atau kanak-kanak yang tiada penjaga mahupun yang kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga yang sudi menjaga mereka.

Selain itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat inin membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi penjagaan sempurna kepada kanak-kanak. Ini termasuk kasih sayang dan perhatian kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Ingat, bukan semua kanak-kanak bernasib baik. Ada yang betul-betul memerlukan didikan dan kasih sayang daripada orang yang tersayang.

 

Berapa amaun bantuan BKK 2022?

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

Jumlah bantuan BKK adalah sebanyak RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah. Contohnya, jika ada 3 orang anak yang berumur 3, 4 dan 5, anda layak mendapat RM200 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM600.

Jumlah bantuan BKK 2022 sebanyak  RM150 seorang pula adala untuk anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun

 

Kalau ada anak ramai, boleh dapat duit BKK banyak tak?

Tidak.

Kadar bantuan maksimum RM1000 untuk satu keluarga sebulan. Jika anda layak mendapat RM2000 sekalipun untuk satu keluarga, kerajaan akan mengehadkan bantuan BKK kepada RM1,000 sahaja.

Apa syarat dan kelayakan untuk mohon BKK 2022?

Berikut ialah kriteria kelayakan untuk mohon Bantuan Kanak-Kanak 2022:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

Kalau belum buat permohonan, macam mana nak mohon BKK 2022?

Untuk mendaftar permohonan baru BKK 2022, anda boleh memohon secara online. Anda juga perlu tahu bahawa ini bukan salah satu cara untuk mohon bantuan kewangan segera yang tidak diketahui kebenarannya. Ini adalah bantuan yang legit daripada kerajaan dan bukan scam.

Walau bagaimanapun, semakan kami menunjukkan permohonan online ditangguhkan sementara disebabkan atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Tidak dimaklumkan bila portal permohonan BKK ini akan dibuka semula.

Jangan sedih-sediah. Anda masih boleh kemukakan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian yang berdekatan. Siap-siap dengan Borang Permohonan Bantuan Kewangan (JKM 18)

Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan BKK kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

Dokumen apa yang perlu bawa untuk memohon BKK 2022?

Untuk memudahkan urusan pentadbiran di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian, anda dikehendaki untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke pejabat berkenaan.

Sila bawa salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Kegagalan menyediakan dokumen seperti yang dinyatakan boleh membuatkan permohonan menjadi lambat dan kelulusan akan keluar lewat.

 

Akhir kata

Kami menyambut baik usaha kerajaan yang tidak lupa kepada kanak-kanak yang masih lagi perlu dibantu. Semoga anak-anak ini membesar dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Diharapkan agar perkongsian maklumat berkenaan semakan BKK 2022 ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment