Mohon Bantuan Kewangan Segera (Jika Perlu Pinjam, BACA Ini Dulu)


Sekiranya anda perlu mohon bantuan kewangan segera, jangan terburu-buru dan kalut tak tentu arah. Bertenang. Bila hati resah gelisah, masalah tak selesai. Jika kita bertenang, otak lebih mudah buat keputusan.

Izinkan kami berkongsi.

JANGAN mohon bantuan kewangan segera dengan ALONG

Ada orang yang mengalami masalah hutang serius dan betul-betul perlukan wang segera untuk membayar hutang yang lain. Ini adalan akibat terjerat kerana terpedaya dengan tawaran pihak yang mengambil peluang dan tidak bertanggungjawab.

Selalunya, dalam keadaan memaksa, ramai orang tak berfikir panjang dan terus menerima tawaran tanpa peduli akan kesannya di masa akan datang. Contohnya ialah dengan membuat pinjaman dengan along.

Jadi nasihat kami, cubalah elakkan dari membuat pinjaman kecemasan dengan mana-mana syarikat yang tidak berlesen. Suatu hari nanti, anda mungkin terpaksa gali lubang tutup lubang.

Jadi, apa pilihan yang ada?

Teruskan membaca di bawah.

 

Cuba mohon bantuan kewangan segera dari keluarga

Dalam hati, mesti anda akan terfikir “Boleh ke RM500 atau RM1000? Takut banyak sangat pula”.

Janganlah berfikiran negatif. Cuba sahaja tanya dulu. Kalau tak tanya, macam mana nak dapat.

Kenapa kami sarankan jumpa keluarga dulu?

Ini kerana jarang-jarang ahli keluarga seperti mak, ayah dan adik beradik akan menetapkan syarat yang terlalu ketat. Contohnya, bayar balik minggu depan.

Mereka ada budi bicara. Boleh lebih kurang.

Namun ini bukan alasan untuk anda tidak bayar langsung. Hutang tetap hutang. Anda perlu usahakan untuk bayar balik secepat mungkin.

Secara logiknya, kalau sudah namanya keluargam takkan nak buat pinjaman 1000 pun tak boleh kan?

Jika anda sudah berkeluarga dan masih tidak dapat pinjam, boleh cuba bantuan daripada kerajaan yang dipanggil Bantuan Kanak-Kanak atau BKK. Tak rugi pun mencuba.

 

Cuba dapatkan bantuan duit segera dari kawan

Ini adalah salah satu jalan keluar jika keluarga tidak dapat membantu.

Cuba dahulu dengan kawan-kawan di tempat kerja kita. Kalau anda jenis bekerja sendiri dan tidak punya kawan sepejabat, cuba dapatkan bantuan kewangan dari kawan-kawan yang sama-sama belajar di universiti.

Kalau masih lagi tak ada, cubalah dapatkan pinjaman duit segera dari kawan-kawan di sekolah menengah. Yang terakhir ialah rakan yang sama-sama belajar di sekolah rendah.

Cuba ikut susunan begini:

Kawan Sepejabat > Kawan Universiti > Kawan Sekolah Menengah > Kawan Sekolah Rendah

Secara logiknya, takkan nak buat pinjaman 500 pun tak boleh kan?

 

Akhir kata

Buang dulu rasa malu untuk meminjam. Tebalkan sahaja muka jika perlu bantuan kewangan segera.

Jika anda bukan jenis orang yang selalu meminjam, orang akan faham.

Lainlah anda jenis yang memang selalu pinjam sana sini dan tak pernah bayar. Mungkin orang akan ragu-ragu untuk segera beri bantuan pinjaman.

Usah tetap usaha. Doa jangan lupa.

Kami doakan agar segala urusan anda dipermudahkan. Jika masalah tidak berkesudahan dan masih lagi memerlukan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang, cuba dapatkan nasihat dari AKPK. Mereka ada jalan penyelesaiannya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

4 thoughts on “Mohon Bantuan Kewangan Segera (Jika Perlu Pinjam, BACA Ini Dulu)”

Leave a Comment