Pinjaman RM500 Segera Online (Duit Terus Masuk Akaun Bank)

Arghhhhh, pening kepala nak cari duit. Tak apa, kami faham perasaan anda. Anda memang terdesak betul sekarang. Anda perlukan duit pinjaman RM500 segera. Kalau boleh, anda nak buat pinjaman secara online dan duit boleh terus masuk dalam akaun bank.

Betul ke ada bank dan institusi yang menawarkan servis pinjaman segera? Betul ke ada aplikasi yang boleh beri pinjaman RM500 tanpa dokumen? Kedengaran macam senang sangat, tapi tidaklah semudah itu.

Mari sini kami kongsikan beberapa cara yang anda boleh cuba untuk dapatkan duit RM500. Kalau tak perlu banyak-banyak sangat, boleh cuba buat pinjaman 300 sahaja. Paling tidak, dapat pinjaman 200 pun sudah cukup bagus bukan? Kalau mahu lebih, boleh teruskan dengan pinjaman 1000.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat pinjaman RM500 segera online

1. Pinjaman 500 melalui aplikasi BigPay

Pertama sekali, ini bukan scam. Kalau anda tengah tercari-cari bank atau mana-mana institusi yang boleh memberikan pinjaman duit segera dan ingin membuat pinjaman wang untuk segala keperluan anda, anda boleh cuba BigPay. Sudah pasti ini adalah sejenis pinjaman online terus masuk akaun.

Bagi yang tidak tahu, BigPay ialah salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad yang dahulu dikenali sebagai Air Asia Berhad.

Nak mohon pinjaman BigPay ini juga teramatlah mudah. Walau bagaimanapun, ia bukan boleh dapat sekelip mata kerana anda perlu daftar BigPay secara online terlebih dahulu dan tunggu kad tersebut sampai ke rumah.

Apa yang menarik dengan BigPay ialah anda tak perlu sediakan apa-apa dokumen. Ini kerana semasa proses pendaftaran, anda memang sudah kena siap-siap upload IC. Jadi, tak perlu buang masa untuk apply loan nanti.

Jika sudah mendaftar BigPay, boleh ikuti langkah-langkah untuk buat pinjaman RM500 seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi BigPay
  2. Klik PAYMENTS di bahagian menu sebelah bawah skrin
  3. Klik Loans
  4. Di bahagian I want to borrow, masukkan 500
  5. Jika tidak boleh masukkan 500, masukkan amaun 1000
  6. Di bahagian I want to repay in, pilih samada 6 Months, 9 Months atau 12 Months
  7. Klik Get a quote
  8. Akan keluar paparan Loan Offer
  9. Sebagai contoh, jika anda memohon RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, anda perlu bayar RM173.34 sebulan. Ini adalah dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
  10. Klik Apply for this loan
  11. Baca Privacy Policy
  12. Klik Accept
  13. Jawab soalan dan assessment yang diberikan antaranya How will you be using RM1,0000
  14. Jawab semua soalan dan ikuti arahan sehingga selesai

 

2. Pinjaman 500 melalui AEON

Selain BigPay, kami cadangkan AEON kerana kaedah pinjaman AEON melalui aeoncredit.com.my adalah lebih mudah berbanding dengan bank-bank besar yang lain seperti Maybank dan CIMB Bank.

Mari kita teliti dan fahami syarat-syarat untuk membuat pinjaman RM500 segera tanpa dokumen daripada AEON.

 

Sedikit sebanyak tentang AEON Credit

AEON Credit Services adalah subordinat AEON Financial Service. Mereka merupakan sebuah syarikat multinasional yang muncul sebagai salah satu nama yang paling dipercayai di Malaysia sejak tahun 1997.

Perkhidmatan Kredit AEON mula beroperasi pada tahun 1997. Visi AEON adalah untuk membolehkan individu untuk memaksimumkan setiap peluang melalui penggunaan kredit yang berkesan.

Kami juga akan kongsikan tentang pinjaman mudah tanpa slip gaji AEON Credit.

 

Syarat-syarat kelayakan untuk membuat pinjaman RM500 segera

  1. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.
  2. Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  3. Mempunyai Kad Pengenalan yang sah.
  4. Pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM800.
  5. Jumlah pinjaman yang ingin dipohon adalah dalam lingkungan RM1,000 – RM100,000.

 

Pinjaman tanpa slip gaji AEON

Untuk personal loan AEON, terdapat jadual untuk jumlah pinjaman yang boleh anda buat, kemudian untuk proses pinjaman peribadi tanpa gaji biasanya mengambil masa kira-kira 3 hari.

Jika dokumen dan rekod peribadi anda baik, prosesnya biasanya lebih mudah.

 

Caj kalau bayar pinjaman lewat pinjaman segera RM500

  • Pembayaran dibuat selepas bulan ke-18 sebelum akhir bulan: RM40.00
  • Bonus tambahan untuk setiap bulan berikutnya jika akaun timbul tunggakan dari bulan sebelumnya: RM23.00

Untuk pembayaran, kami cadangkan anda bayar menggunakan perbankan online dan bayar 2 hari sebelum tarikh tamat.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan pinjaman RM500 segera online tanpa dokumen ini dapat memudahkan urusan anda dan mendapat bantuan duit segera yang diingini.

Untuk makluman, berdasarkan carian dan penelitian kami, tidak banyak syarikat yang menawarkan pinjaman 500 segera online. Kebanyakannya perlu bersemuka. Kalau anda selalu berkecimpung dengan VIP dan kenal mana-mana orang berpangkat Datuk, boleh cuba pinjam duit dengan Datin juga. Manalah tahu mereka berbesar hati mahu membantu.

Yang penting, jika anda perlu bantuan kewangan segera sekalipun, jangan pernah buat pinjaman along. Bimbang buruk padahnya.

Semoga bermanfaat.

125 thoughts on “Pinjaman RM500 Segera Online (Duit Terus Masuk Akaun Bank)”

Leave a Comment